Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, October 30, 2010

Manja Mama Dah Sihat Tapi Mama Risau lagi

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Amanie semakin sihat dari demamnya. Cuma sekarang ni, masih ada perkara yang merisaukan mama. Tak tahu kat mana yang tak kena laa. Mama dan papa dah jaga Amanie sebaik mungkin. Dah cuba berikan yang terbaik buat si manjaku ini. Huhuhu..Ermm Amanie sekarang ni seluruh badan Amanie tumbuh ruam-ruam kecil pulak. kat muka pun ada. Mama tak tahan la tengok Amanie macam tu. Rasa kesian pulak. Mungkin Amanie gatal kan. tapi tak tahu nak bagitau mama ngan papa. Sejak baik dari demam, Amanie selalu merengek ngan mama dan papa. Sebab tak tahan sangat tengok keadaan Amanie macam tu, mama ajak papa p klinik check Amanie.

Semalam jumpa doktor, doktor cakap itu tidak membimbangkan sebab ia bukan masalah dari segi internal tapi external. Ia boleh baik. Sememenagnya dari segi penyusuan, Amanie menyusu seperti biasa, tiada cirit atau muntah. Cuma perlu give more attention pada Amanie. Kata doktor, banyak faktor yang menyebabkan masalah tu. Antaranya dari segi pakaiannya, air mandian, sabun bayi, bedak, ubat nyamuk, ciuman atau sentuhan dari orang-orang sekeliling dan banyak lagi faktor. Pastu doktor suruh stop antibiotik yang mama kasi kat Amanie. Katanya kadangkala ubat pun boleh menyebabkan alahan. Kulit baby sangat-sangat halus dan sensitif. Macam kulit mama jugak Amanie ni.Susahnya nak jaga baby. Owh ya, lepas tu kan doktor siap pesan jangan sapu bedak banyak sangat terutamanya bedak sejuk.hihihi... macam tau-tau aja doktor ni yang mama memang dok lumur bedak sejuk kat Amanie. Mana la mama tau tak boleh, mama cuma nak hilangkan ruam Amanie tu je. Kata Doktor, kulit ada liang roma, kalau bedak banyak sangat nanti boleh tutup liang roma tu dan kulit tak dapat nak bernafas. Macam tu ekkkk? Baiklahhhh.....Lega sikit mama bila dah dengar penerangan dari doktor. Nasib la ianya bukan masalah serius..mama ja kecoh lebih. Kan pe kesian tengok bintik-bintik merah tu kat badan dia. Takut dibiarkan melarat pulak. Sapa tak sayang anak oiiii..bukan senang la mama nak dapat anak. So, kena la jaga baik-baik. Harta dunia akhirat tuuuu....Heran macam mana la mereka-mereka tu boleh buang anak sesuka hati..

Lepas ambik ubat, terus singgah kedai makan. Mulanya nak makan kat situ tapi tengok Amanie dah laloq semacam je, makanya tapau aja. Sampai di rumah, mama terus salinkan pampers Amanie dan bagi ubat. Kemudian tidokan dia dalam ndoi (buai). kebiasaannya, bila Amanie dah lena dalam ndoi tu baru la mama angkat letak kat atas tilamnya. Kalau tak jangan harap dia nak tido kat bawah. Jarang-jarang la Amanie terus tido kat tilam dia tu. Yang menjadi masalahnya sekarang ni, tido dalam ndoi nak meniarap. Mana boleh sayang ooiii nak meniarap macam mana dalam ndoi tu. Mama kalihkan badan dia, mula la protes mama. huhuhu..anak...anak....macam-macam perangai kamu ye...

0 Bisikan Asmara (::