Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, March 30, 2010

25weeks = 6bln+

Pagi ni pegi check up 6bulan. kena inject le arini..berat aku dh naik 4kg..huhu..sblm nih 45kg n skang ni dh 49kg. patut ler aku rasa cm diri aku ni gemookkk. Rupa-rupanya mang gemuk pun. Mang skang ni selera makan aku bertambah2, jd no wonder la boleh gemokkan.. Result check up kali ni mcm selalu2 jugak, alhamdulillah aku ngn baby sihat. Cumanya skang ni, badan aku gatal2..abis badan parut2..uwaaa xsuka okey..sgt hodoh..mak aku cakap pembawakan budak tuh..nanti bila dh bersalin ilang la..yeker...harap2 la eh. semalam lak serba xkena aku nk tido. ngiring kanan xkena, ngiring kiri pun xkena, sakit pinggang tuh..tah jam bapa tah aku ttido. Baru aku tahu sukarnya org mengandung nih ehh.. mcm ni rupanya mak aku ngandungkan aku dedulu. tp aku suka dgn pengalaman nih.. sgt2 bermakna buat aku. Haihhh..xsabar la plak nak jumpa ngan baby mama nih. Dah makin noty dh syg skang ni eh..sket2 dok kuis2 perut mama eh..kadang2 tu sengal2 jgk perut mama. xper nanti baby syg keluar, mama ngan papa gomol2 syg pulak yewww;p

Monday, March 29, 2010

26thn sudahh

Photobucket
Entry nie khas tuk abang.. Tanggal 27hb Mac adalah tarikh abang dilahirkan..sudah 26 tahun yer abang skang nih..hehehe...masih tidak terasakah diri semakin tua..opss matang..kihkih..internet mcm mengong je sejak 2 menjak nih. dh wat dh n3 then bila nk publish post je, cannot find server.tension den.
Apapun, selamat hari lahir ye abang..harapan sayang, abang diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezki(supaya syg pun leh tumpang jgk;p), dipanjangkan umur yer. walaupun utk thn ni tiada sambutan, tp kita tetap happy kan..abang kan..hehhe..thn dpn kita celebrate skali ngn anak kita ehh;p

Tuesday, March 23, 2010

Abang...abang..

Semalam, lebih kurang jam 4pm cam tuh, aku dapat 1 text dari Mej Ridzuan. Katanya abang pengsan kat office dan sudah dibawa ke GH untuk rawatan lanjut. Baca jew text tuh, dada ni ha jadi berdebar2 sgt, gigil2 aku rasa. Apa plak la kali nih. Dah la sejak kebelakangan ni aku selalu mengah2, nafas pun pendek2 jew. Dapat lak berita macam ni..Aduuhhh..x tau nak ckp la mcm mana. Harap xder apalah yg serius.Terus aku call Mej Ridzuan, nak tahu perkembangan abang waktu tuh.. Mej Rizuan cakap, abang dah sedar dah. Abang kena admit 2jam jer untuk tambah air. Sebotol jew pun. mukin x kena admit kat wad. Alhamdulillah xder apa yg serius berlaku kat abang. risau betul laaa..Keje kat ofis ni dah tak leh nak fokus dah. Asyik ingat abang jew. Cepat2 aku siapkan keja aku aku n blah awal..Act abang jd macam tu sbb x amik lunch aku rasa, ditambah lak letih ngan kerja2 yg bertimbun tuh. Dengan cuaca skang ni lagi panas semacam. Dr bagitau abang kurang gula. Haihhh kurang pun xleh yer..lebih lagi la kan.. Sian abang. Harap abang cepat baik eh...

Friday, March 19, 2010

Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Google sana google sini, terjumpalah tips ni satu website. tapi dh x ingat pe linknya. Kalau dulu orang tua-tuanyer petua, suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T. Antara tip-tipnya ialah: 1.Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang. 2.Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul. 3.Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk. 4.Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang). 5.Amalkan ÜFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.

Friday, March 12, 2010

Hati Resah Gelisah

Lately nih, susah sangat nak borak2 ngan abang. Manjang jew busynyew. Siang masing2 keje then bila malam lak, abang still kena settle kan keje dia tuh. *yeker keje, jgn2 wat keje len kat luar..huhu..xbek buruk sangka kat suami meh*. Bila abang balik, aku ni dh telentang tdo x sedar diri dah.. Ptg semalam sempat la borak2 kejap ngn abang. Abang gtau maybe bulan 7 nanti abang kena g kursus kat Port Dickson. Sebulan lak tuh.. Argghh tidak..xkan kot..Dah la aku due date bln 7 jgk. Macam mana ni. mula la hati jadi x tenteram jew mikirkan hal ni..Niat kat hati ni nak bersalin kat penang ni jer. Nak Abang temankan saat2 aku bersalin nanti.. Sebab aku tau saat2 tu nanti aku amat2 perlukan sokongan dari abang. Dah begini lak jadinya. huhu..tak sanggup nak lalui sorang2. Aku takut maaa..Tapi abang cakap lom confem lagi. Harap sangat klu jadi pun biar lah pas aku bersalin dulu. Lepas tu nak pegi pun pegi lah. Ermm, pastu abang cakap kat aku.."kalau sayang xnak abang p, abang tolak jer. tahun depan klu ada lagi kursus tu baru abang p k" ... Berbelah bagi la plak. Sayang jugak klu abang xpegi kursus tu. Tuk kenaikan pangkat abang jugak..tak tau la macam mana.. tengok la macam mana nanti..Harap2 DIA aturkan yang terbaik & permudahkanlah segala urusan hambamu ini. kalau abang terpaksa pegi jugak, terpaksa la aku balik bersalin kat kedah jew..

Thursday, March 04, 2010

Setelah Lama Menyepi

Salam you all;) kembali lagi aku disini.. Lama meh xmenaip sesuatu kat sini..sekarang aku dh 21wks.. dah leh rasa anak mama sayang ni gerak2..selalunya cinta hati mama ni aktif sgt diwaktu malam.siang hari jarang2 mama dapat rasa pergerakkan anak mama ni.xtau nak describe camna perasaan di waktu ini..sgt2 hapy,sebak pun ada. perut aku skang ni dh buncit dah.hehehe..klakar je tgk diri sendiri..cam kartun pun ada.. xperlah demi sayang, kartun pun kartun lah..janji sayang mama sihat2 aja.. abang plak skang ni suka sgt usik aku..cakap aku nih si buncittt..tah pape jew. taula abg tu maintain kering..hahha... klu dulu selera makan aku kurang, asyik muntah2 jew. tapi skang ni alhamdulillah dah okey.haihhh...lama sgt x menaip nih..cm kekok lak nk bercerita yer..sampai sini dulu lah tuk kali ni..jumpa lagi di lain hari dan waktu..;p