Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, October 04, 2010

Nak Bagi ke Tak eh?

Assalammualaikum w.b.t


Ubat sapa ni? Empunya diri ubat ni adalah nama yang tertera kat botol-botol tu. Sejak Amanie discharge Jun aritu, doktor telah bekalkan Amanie dengan ubat-ubat ni. Mama pernah tanya doktor untuk apa ubat-ubat ni suma, kata doktor semua ubat tu adalah vitamin, vitamin untuk menambahkan darah merah Amanie juga menguatkan tulang temulang Amanie. Huhu..sian anak mama. Kecik-kecik lagi dah kena telan ubat. tiga sekali plak tu..

Amanie perlu mengambil ubat ni sehinggalah berusia 6 bulan. Amanie ok ja masa mama bagi ubat-ubat ni. Cuma ubat yang pertama sekali tu Amanie tak berapa suka. Kenapa mama kata macam ni. Sebabnya tiap kali mama bagi ubat itu, Amanie luahkan balik. Huhu abis kotor-kotor baju dia. Ubat yang lagi dua tu, selambe je ditelannya. Kadang-kadang tu mas skip juga bagi ubat untuk Amanie. Kan apa, mama rasa macam tak bagus la dok bagi ubat kat anak kecil ni. Tapi kadang-kadang tu mama risau juga takut apa-apa jadi kat Amanie. Harap takda apalah yang buruk berlaku yer.

Mama tengok Amanie sekarang sudah sihat. Kadang-kadang tertanya juga kenapa perlunya semua ubat-ubat tu. Mama macam terfikir-fikir nak bagi lagi ke tak eh ubat-ubat ni untuk Amanie.

P/S : Pendapat korang perlukah mama terus bagi ubat-ubat tu untuk Amanie atau takyah bagi dah???

1 Bisikan Asmara (::

My Little Diary said...

hai.. salam perkenalan, vitamin mmg sesuai untuk anak-anak kecik sbb mereka punya antibodi tak kuat... so tak salah ikut saranan doktor, apa2 pun wish anak u sehat sentiasa... sudi2lah follow my blog... thx. :)