Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, October 23, 2010

Malang tidak berbau

Assalammualaikum w.b.t

pinjam foto dari en google
Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Seandainya malang tu ada bau, awal-awal lagi mama bersiap sedia cuba sedaya upaya menghindarinya. Realitinya ia tidak berbau dan tak akan berbau. Itu yang susah tu. belit-belit lak intro mama ni. Sejak akhir-akhir ni, nasib mama selalu je tidak baik. Mula-mula carger my lappy rosak. Sekarang ni pen drive kesayangan mama pulak hilang. Hilang ke mana tak dapatlah mama kesan. Pen drive mama tu lebih kurang cam foto tu lah. yang penting pink colour. Selalunya mama simpan kat poket seluar je. Semalam nak ambil pen drive, seluk-seluk takde la pulak. Ingatkan tertinggal kat umah, sekali balik check kat umah pun takda jugak. Satu umah mama geledeh tapi masih tak jumpa.sedih betol la.

Pen drive tu memang mama sayang. tapi dah nak hilang, terpaksa terima seadanya. Cuma, mama risau sangat sebab dalam pen drive tu ada banyak foto-foto mama, Amanie, papa dan famili. Risau kalau-kalau jatuh ke tangan manusia yang tak berperikemanusiaan. Takut laaa....Zaman sekarang ni macam-macam kemungkinan leh terjadi. huhu.. mohon kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. Jauh benar mama berfikir kan...pen drive...pen drive... mana la ko hilang ni.huhuhu

0 Bisikan Asmara (::