Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, January 26, 2011

Keluarga Bahagia;)

Assalammualaikum w.b.t


Keluarga bahagia kami. Insyallah. Aminnn. Kami bahagia hidup bertiga. Ku bersyukur dengan apa yang kumiliki sekarang ini. Papa dan Amanie sumber ilham dan juga kekuatan buatku. Kalian penyeri dan penghibur di kala duka. Tanpa kalian berdua pasti luluh jiwaku. Tiada apa yang dapat menjadi dalang gantinya. Ku hanya mahu kamu dan kamu. Syukur di atas pinjaman terhebat ini. Akan kujaga dan belai dengan penuh kasih sayang. Always love u all..muaahhhhh;) 


Amanie Manis Bertudung

Assalammualaikum w.b.t



Bila mama takda keja, Amanie la menjadi mangsa bulian mama.hehhe. Manisnya anak mama bila bertudung eh. Tudung tu bukan Amanie yang punya tapi kakak watie yang punya. Amanie pinjam kejap.hikhik..Bila mula-mula sarungkan tudung kat Amanie, asyik sambar ja tudung tu nak masuk lam mulut. Semua nak masuk dalam mulut eh. Tudung tak boleh makan la sayang. Semoga Amanie membesar dengan bijak dan menjadi anak yang solehah buat mama dan papa. Amin...

Monday, January 10, 2011

Kek Sarang Tebuan.hahaha

Assalammualaikum w.b.t

Sabtu yang lepas mama try buat kek sarang tebuan. Ecehh, kek sarang semut la aka kek gula hangus. Resepi mama ambil kat sini..Mama balik kerja jam 1pm. Tak terus ambil Amanie sebab Amanie tidur jadi malas la nak kejutkan dia. Biar dia tidu dulu kat umah BS. Mama kat rumah dengan senang lenang bertungkus lumus di dapur menyediakan kek ni. Bahan-bahan untuk membuat kek ni pun mudah dan senang didapati.hihi. Yang best dan terujanya, menjadi kek mama buat ni.hahaha.Bangga dengan diri sendiri..Ni kalau mama bagitau kat mak ni, mesti dia usurh mama buat.hihihi..pastu bila mama nak tunjuk skill kat mak mesti dan dan tu jugak tak jadi.Aduyaii..ni kasi tengok itu kek ya. Best sebab dia jadi lubang-lubang tu, cam sarang la.:) Dan yang paling teruja sekali En hubby pun suka siap puji-puji lagi..kembang kempis juga la hidung mama yang sentiasa kembang ni.hahahha..

Share resipinya:-

Bahan Untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air
2 sb mentega (mama letak minyak masak sebab mentega/majerin tak ada:)

*Goreng gula atas api perlahan hingga gula cair dan bertukar warna.
*kemudian cepat-cepat tutup api dan masukkan air.Berhati-hati takut nanti meletop-letop kena tangan pulak
*Masukkan juga mentega dan biarkan ia mencair.ketepikan

Bahan Untuk kek
1 cawan tepung
2 st soda bikabonat
1 st baking powder (resepi asal tak perlu tapi mama memandai letak juga)
4 biji telur
1 cawan susu pekat (kurangkan jika taknak manis sangat, ikut suka hati)
1 st esen vanila

Cara-cara
*tepung, soda, baking powder diayak dan digaul rata
*masukkan telur dalam blender dan putar hingga kembang dan pekat
*kemudian masukkan susu dan esen dan putar lagi
*masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar lagi
*last sekali masukkan gula hangus tadi
*perapkan adunan dalam bekas bertutup selama 3-4jam (mesti perap utk dapatkan sarang berlubang-lubang tu)
*kukus sehingga masak (resepi asal bakar tapi mama hentam kukus sebab oven pun tak ada.huhu)

Kukus pun rasanya tidak mengecewakan. Sangat sedap untuk di ngap

Puan chef sesuka hati:)

Friday, January 07, 2011

Asas Penjagaan Wajah Yang Betul

Assalammualaikum w.b.t

Kulit wajah sangat penting dijaga dengan baik untuk melambatkan proses penuaan berlaku. kali ni saja nak kongsi tips penting dalam penjagaan kulit wajah secara kronologinya ye. Jika salah harap diperbetulkan yer. katanya saya pun budak yang baru belajar.:)

1. Mula-mula sekali perlu cuci muka menggunakan pembersih wajah. Kemudian bilas bersih

2. Kemudian perlu mamakai toner/penyegar. Ini ada bahan yang terpenting dalan satu set penjagaan wajah yang perlu ada. Fungsinya untuk menutup kembali liang-liang roma pada wajah yang terbuka semasa proses mencuci wajah sebelum itu.

3.Scrub wajah anda menggunakan facial scrub 2 kali seminggu. tujuannya untuk membuang sel kulit mati. tapi sebelum scrub sangat penting menutup lianga roma terlebih dahulu untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima yer.

4.Cuci muka dengan air bersih

5.kemudian pakai toner lagi

6. lepas tu boleh la pakai pelembap/mosturizer. Penting, sebelum pakai pelembap perlu pakai toner kerana pelembap hanya patut berada dipermukaan kulit bukan diserap oleh kulit.

7. Wajah sudah sedia untuk disolekkan.

Thursday, January 06, 2011

Alkisah Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik, kejap ja ank mama ni membesar. Alhamdulillah sihat dan semakin bijak. Kalau dulu Amanie sangat lah kecik konet, tapi sekarang ni dah agak montel. Bab makan semua Amanie belasah. hihi..Mama tengok anak mama ni jenis tak memilih makan. bagus begitu. kalau memilih sangat susah jadinya. Amanie paling suka makan bubur nasi dan kentang. Makan banyak tu. Kalau bubur nasi dengan carrot cam tak berapa layan sangat tapi time mama nak suap tu nganga ja dia. Betik pun faveret Amanie juga. Kalau bagi makan betik hanis la comot-comot satu badan. lambat suap ja mula la menjerit-jerit. Oh ya, sekarang ni dah pandai menjerit-jerit ye. Suara, ya allah..kalau mama tengah dukung dia menjerit-jerit rasa beregegar ja tahi telinga mama ni. Cam mau keluar ja.hihihi.....Silap sikit pasti menjerit. Mulut dia toksah dok kira la, bising ja manjang. Bab tidur selalu ja berperang ngan mama. Susah benar nak tidur. Mata dah ngantuk tapi nak main-main lagi, lepas tu mula nak menyebai..hai sabar ja lah.

Mama perasan, sekarang Amanie sangat sensitif dengan bunyi. Suka sangat dia dengar atau main benda yang berirama. Ke main lagi eh terkekek-kekek. Yang bestnya, kalau sapa-sapa panggil namanya, laju je dia toleh sambil sengih-sengih. owh geram oowhh..macam mau geget-geget ja dia. Lagi empat bulan Amanie genap setahun umur dia. Wah cepatnya masa berlalu. Dan tak sabar nak celebrate bezday Amanie yg pertama:)

Produk Penjagaan Wajahku

Assalammaualaikum w.b.t

Bercerita mengenai wajah, semua yang bergelar wanita atau perempuan pasti inginkan kulit wajah yang sihat, bersih, putih, gebu, licin, pendek kata cantik la. Suatu ketika dulu, di zaman remaja kulit wajah mama ok ja. Nak kata cantik tu takda la kan. Tapi bebas dari jerawat dan segala parut-parut jerawat. Masa tu mama hanya pakai krim safi yang tutup hijau tu je. Memang kulit wajah tu putih mulus la.

Tapi, tu dulu...Sejak mama dah kahwin, jerawat mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Huhuhu...sangat tak suka tau. Sejak dari tu mama mula tukar-tukar produk penjagaan wajah. Mama cuba macam-macam jenama tapi tiada hasil yang memuaskan. Masa mama mengandungkan Amanie klit wajah mama bertambah teruk. Jerawat yang tumbuh tu meninggalkan kesan degil la plak. Degil betul nak hilang parut-parut tu. Adoyai tension betul perasaan ini.

Ermm, ikut rasa hati nak je cuba produk yang mahal-mahal. Tapi bila fikir-fikir balik, cam tak mampu pulak.hihi..Jadi sekarang ni, mama tekad cuba balik produk safi yang dah lama mama tinggalkan. Mama cuba produk safi rania gold. Terpengaruh juga mama dengan feedback positif dari pengguna SRG. Cuba je lah. Lagi pun harganya mampulah dimiliki. Semalam mama pi beli SRG. Mama ambil yang basic set untuk kegunaan siang. Dalam set tu ada pembersih wajah, toner dan serum. Katanya SRG bagus untuk awet muda. Harus lah cuba juga kan memandangkan umur ni pun dah semakin matang. Hahaha..Di samping tu, mama turut pakai semula krim safi yang tutup hijau. Ermm apalah kesannya nanti yer. Ker takda apa-apa kesan.huhu..harus sabar menunggu. Harap-harap produk ni sesuai la dengan kulit wajahku dan dapat la menghapuskan parut-parut yang bermaharajalela itu.

nampakkan parut2 kat pipi dan area bawah bibir
harap produk ni dapatlah membantu diriku

Monday, January 03, 2011

Sunyi Dan Rindu

Assalammualaikum w.b.t

Semalam Amanie tinggalkan mama dan papa. Amanie pi mana yer. Ermmm Amanie pi tidur dengan BS dia.huhu..BS minta izin nak bawa Amanie balik tidur di rumah dia. Mama izinkan je, sebab Amanie malam-malam sangat susah nak tidur dan mama dah tak larat sangat nak melayan kerenah Amanie sayang.Hihihi..Nak juga bagi BS dia merasa. Noty kan mama. Ala kan jauh mana pun rumah BS Amanie. Kat blok yang sama tingkat tujuh ja. Kalau dok kat luar dari blok mama ni harus mama tak izinkan.huhu..

Ermm..tapi kan dari niat nak tidur dengan aman tanpa Amanie merenggek kat tepi telinga mama, lain plak jadinya. Mama tak leh tidur juga sebab asyik dok teringat ja kat Amanie.Huhuhu..sunyi rasanya tanpa renggekan manja Amanie. Rindu pulak dengan tangan kecil yang bau air liur tu dok kuis-kuis muka mama tiap-tiap pagi bila dia bangun nak susu...owhh sungguh mama rindukan Amanie.

Yang tak tahan tu, masa BS ambil Amanie keluar dari rumah, mama panggil la Amanie. Boleh pulak dia tengok mama sambil sengih-sengih. Amboii ke main suka lagi eh dia nak tinggalkan mama. Ke main suka lagi eh nak pi tidur umah ummi sally. Noty tau Amanie sayang..huhu..Cepat la jam bergerak. Tak sabar ni mama nak p ambil Amanie balik. Amanie tunggu sharp jam 5.15pm bedesuppp mama sampai kat pintu rumah BS eh :) Anak takde apa-apa, mamanya pulak yang lebih-lebih kan.huhu