Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, November 25, 2010

Mama pun Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Semalam mama sakit perut lagi. Kali ni sekali dengan cherry berry ye. Huhuhu..Rasa letih ja dan malas nak lakukan segala. Mama tak larat sangat nak masak untuk dinner, jadi papa tapaukan saja. Nasi goreng ayam untuk papa dan bihun sup untuk mama. Selera makan mama juga berkurangan.huhu..Mama makan sikit je. Bihun sup tu tak sedap.

Amanie pulak masih merengek-rengek. Kesian dia. Dah la demam, mama lak tak berapa nak layan dia sangat. Mama tak larat sangat. Papa yang duk layan Amanie. Kan apa, Amanie kalau nampak mama makin menjadi-jadi merengek tu. Manja betul dia dengan mama. Malam-malam kalau dia terjaga dari tidur untuk menyusu, bila terpandang mama ada ja mula la dia pasang volume dia tu. Kalau papa yang tidur sebelah dia, takdelah pulak dia nak nangis bagai. Amanie, Amanie, manja sangat la kamu.

Pagi-pagi lagi, mama dan papa dah bawa Amanie ke RSAT  (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk check up enam bulan. Kena cucuk lagi. Berat Amanie sekarang 5.5kg. Sikit ja pertambahan berat badan dia. Mungkin sebab demam kot. Mama perasan bila Amanie demam, susu jarang dia habiskan. Mungkin takde selera. Macam orang besar-besar juga kot. Tiap kali demam mulut terasa pahit je, tekak tiada selera. Macam tu kot. Nasib la orang tak ramai sangat hari ni. Tak perlu lah menunggu lama-lama kat situ. Risau kalau lama-lama kat situ, nanti Amanie buat perangai macam bulan lepas. Jenuh mama nak memujuk dia. Kalau mama sihat mama tak kisah, ini mama pun sakit juga.

Lepas settle kan chec up Amanie, mama pulak masuk jumpa doktor. Ambik ubat. tak tahan rasa dok tanggung sakit, pastu dok ulang-ulang masuk rumah kecik..huhuhu... PAling penting mama nak cepat-cepat sembuh, nanti bleh layankan karenah Amanie. Terkejut mama, banyak betol la ubat yang doktor bagi. Huhuu..mau tak mau kena la makan jugak kan. Kata nak cepat baik. Dan yang paling penting tiada ubat dalam bentuk cecair sebab mama memang tak suka. Lepas antarkan Amanie kat BS, terus mama ke ofis. Sesampai di ofis terus mama makan ubat yang ambil tadi. Alhamdulillah sekarang ni tiada lagi rasa memulas-mulas dan rasa untuk memerut.

Wednesday, November 24, 2010

Bila kamu Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Buat anak mama Nur Aimey Amanie,

Semoga anak mama cepat sihat ye sayang. Mama harap anak mama dapat bersabar. Mama tahu pasti anak mama sorang ni tak selesa kan bila demam. Mama dah bagi ubat kat anak mama, mudah-mudahan anak mama cepat sembuh.

Mama bersedih bila anak mama tak sihat. Tuhan saja yang tahu kerisauan dihati mama. Jika boleh, mama sanggup menjadi pengganti kepada sakitmu wahai anakku. Mama sanggup merasa segala lenguh-lenguh di badanmu ketika demam. Mama sanggup merasa segala ketidakselesaan yang anak mama rasa. Pagi ni, mama rasa panas Amanie dah berkurang dari semalam.

Mama tak lena tidur bila kamu sakit. Kamu asyik merengek-rengek. Mungkin kamu tak selesa. Mungkin kamu lenguh-lenguh. Mungkin kamu sakit kepala. Segalanya mungkin. Kerna kamu tidak tahu bagaimana nak beritahu mama lagi apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui. Kasihan kamu wahai anak. Namun, dalam keadaan kamu tak sihat pun, masih mampu memberikan senyuman manis buat mama. Mama sayang kamu banyak-banyak.
Tuhan sembuhkanlah anakku dari sakitnya.

**Risau memikirkan esok Amanie perlu dicucuk. Adakah akan ditangguhkan jika Amanie demam? Harap ditangguhkan...

Tuesday, November 23, 2010

Pertunangan Adik

Assalammualaikum w.b.t

19 November 2010, Jumaat - Alhamdulillah di tarikh berkenaan adik perempuanku sudah selamat menjadi tunangan orang. semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Majlis bermula selepas zohor. Jom zassss gambar dah la yer. Biarkan gambar menceritakan segalanya

Serba Sedikit Mengenai Aidiladha

Assalammualaikum w.b.t

Aidiladha tahun ni keluarga kecil kami sambut disebelah keluarga mama dulu. Hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah bakal tunang adikku (Siti). Saja kunjungan balas.huhuhu...Selesai menjamu selera dan beramah mesra lebih kurang, kami semua beransur pulang. tapi tak balik ke rumah terus, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Felda bukit Tangga, rumah makcikku. Petang sudah, baru kami balik. kemudian sesi mengemaskan barang-barang pula untuk ke rumah MIL pula. Esok beraya kat sana.

Esoknya, kami bersama keluarga MIL ke rumah kak mah, dia buat kenduri korban. Lepas balik dari situ terus singgah kat umah wa. Amanie, sepanjang hari raya ni sangatlah buat perangai. letih mama duk melayan dia. Kat penang takde plak dia berperangai begitu. Anak oh anak...Balik agak lewat dari rumah wa, kerana laluan terhalang. Lori baja terbalik menghalang laluan keluar. huhu..

Cerita hari raya yang sangat pendek. Sunyi je aidiladha di kali ini.

Monday, November 22, 2010

Dulu Tak Suka, Kini Nak Aja..

Assalammualaikum w.b.t

Kalau dulu, mama tak suka sangat dengan ia. Tapi, papa suka sangat ngan ia. Pantang jumpa mesti papa nak. Kadang-kadang tu sanggup papa ke hulu ke hilir mencari ia. Sejak berkahwin ngan papa, mama pun dah terpengaruh dengan kegemaran papa itu. Ini kegemaran kami..hihihi...


Asal ada pasar malam ja, mesti kami mencari-cari kuih ni. Dulu mama tak pandai nak makan ia. Sekarang dah hampir tiap-tiap hari papa dok menayang kat mama, harus lah mama cuba kan. Sekali dah jatuh cinta pula. Sanggup tau kami berdua jalan sampai habis kat gerai-gerai di pasar malam tu semata-mata nak cari kuih ni. Kalau tak ada, masing-masing macam hampa ja.huhuhu..Erm petang ni ada pasar malam kat rumah, confem nak p cari kuih ni.hihihi

Kau Tetap Kesayangan Kami

Asssalammualaikum w.b.t

Beberapa ketika mama menyepi, sekarang mama kembali (: Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mulakan yang mana satu. Ermm..Tiba-tiba mama terfikir nak berceloteh mengenai puteri kesayangan lagi. Mengenai Amanie ketika dilahirkan dan keadaannya kini.


Foto di atas adalah ketika Amanie masih lagi di wad. Kerap kali mama akan tersentuh hati bila mama lihat Amanie ketika itu. Fizikal Amanie sangat kecil, nampak tulang-tulang macam tak cukup zat. Ketika itu juga, kulit Amanie hitam dan tak comel. Kata-kata dari insan yang tak suka. Namun walau apapun keadaan Amanie, pada mama Amanie tetap bayi yang comel. Amanie anugerah dari ilahi, Amanie ciptaan Tuhan yang maha agung. Terima atau tidak, segala kata hinaan buat Amanie, seolah-olah hinaan juga dengan ciptaan DIA. Tak jejas sikit pun dengan kebencian mereka, kerana mama tahu terlalu ramai insan yang menyayangi Amanie.


Tengok keadaan Amanie kini. Semakin hari semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan untuk anak mama. Suatu pemberian yang amat besar buat mama. Semakin hari, mama lihat Amanie semakin berbeza, kulitnya tak seperti ketika di awal kelahirannya. Kuasa tuhan. Kuasa manusia sangatlah terbatas. Hitam atau putih, comel atau hodoh, itu hanya luaran. Apa yang penting dalaman haruslah bersih. Amanie sayang, walau apapun keadaanmu, mama dan papa tetap sayang kamu dunia akhirat.

Monday, November 15, 2010

Serangan Buat Mama

Assalammualaikum w.b.t

Petang semalam, ketika dok layan tv, tiba-tiba sesuatu datang menyerang mama. Azab sekali ok. Sekejap dia serang, sekejap dia diam. Aduh sungguh mama tak tahan. Papa dan Amanie tido. Tinggal la mama keseorangan berperang dengan serangan-serangan yang tak diundang itu. Tak penah - penah mama
alami serangan macam tu. Mula-mula mama mampu bertahan, tapi bila dah lama dah xmampu dah nak menahan. terus mama bergegas ke
                                                        ................


                                                       ....................

                                                       ....................


                                                       ...................


                                                       ...................


                                                       TOILET :)

Mama diserang sakit perut daaaa...Sakit sangat. Asyik dok ulang alik ke toilet ja. Sepetang dan semalaman juga la mama dok menanggung azab tu. Papa paksa mama minum ubat yang papa amik hari tu. Ubat air. Mama kalau ubat air memang mama angkat bendera putih la. Tak suka tau.. kalau ubat biji, mai p la besar mana pun, mama sanggup telan. Papa paksa juga minum. Dan rasanya eeeeeyaaaakkkkk..Tapi selepas tu, takdelah mama dok berulang-alik lagi. Rasa memulas-mulas itu pun dah kurang. Tak tahu la mama salah makan ke apa. Tapi yg mama ingat la mama belasah makan laksa yg BS antar kat mama.huhuhu.. Dah lama ngidam tu. Akibat serangan itu, Amanie pun mama dah tak larat dah nak melayan dia bermain-main. Papa yang dok kisahkan Amanie. Amanie bila tengok mama mesti dia tegur-tegur mama. Kesian dia, nak ajak mama main dengan dia la tu. Selalu mama selalu dok main-main, gomol-gomol dia. Tapi semalam adalah tiada.. Kesian anak mama yer..Sorry my dear. Malam ni kita main-main cukcakcukcak eh..



Amanie tegur2 mama, mama wat taktau, dok menahan sakit.huuhuhu..sory sayang

Sabtu yang Kalut

Assalammualaikum w.b.t


Jumaat malam, maklang aku ngan anak beranak datang tumpang tido diumah aku sebabnya sepupu aku, dikwan ada interview esok kat area Komtar nu. Sampai kat umah akupun dah lewat dah dalam jam 1pagi lebih2 dah pun. Disebabkan tak mau kalut mencari-cari tempat interview esok, papa ngan dikwan keluar pulak untuk mencari tempat tu. Mama borak-borak ngan maklang dan sepupu. Amanie baru jaga dari tido, heran tengok orang ramai lak, selalu ada mama ngan papa ja. Asyik la dok tersengih memanjang. Bila orang nak amik menangis, dok jauh kemain lagi dok tegur2 orang, dok sengih2.

Sabtu tu jugak mama ada test. Pagi-pagi lagi mama dah antar Amanie ke rumah BS. Mama sampai kat sekolah tu agak lewat sikit. Sikit ja lewat.hihii..Soalan test kali ni ada yang senang ada yang susah. Entah nak lepas ke tak kali ni. Mama memang dah tak terlalu mengharap sangat. kalau dah rezeki tak ke mana kan. Tapi kalau belum rezeki, cuma lagi. Itu ja..Pagi-pagi jugak maklang anak beranak dah bertolak ke Komtar. Dikwan interview jam 8pagi, mama test start jam 9pagi. Masa mama ondaway nk ke tempat test dikwan dok sms papa, tanya ada tak long sleeve warna putih sebab kena pakai warna tu pulak. Nak dijadikan cerita, papa pun takda warna tu, so merata la cari kat kawan-kawan. Pun tiada jugak. Lastly, dikwan beli baju sekolah kat sekolah ja.hahhaa..

Terasa penat ja, sabtu kali ni. Dah la mama tido bapa jam ja sebab study kan. Study pun lebih kurang ja. Nak study lebih-lebih susah la bila Amanie ada. Time dia tido baru leh study. Kadang-kadang tu Amanie susah sangat nak tido, kalau tak tido dia dok main sorang-sorang takpe la jgak.Ini nak juga mama temankan dia. Papa teman kejap-kejap boleh la, lama-lama kang Amanie lak yang dok jaga papa sebab papa dah zzzzzz..Adoiiiiii laaaa...mencabar tol.

Friday, November 12, 2010

Award dari Cikidis

Assalammualaikum w.b.t


Tocey2 ye cikidis sebab kasi award ni kat mama. Cepatnya dah leh dapat 200 follower kan. Teruskan usaha tingkatkan prestasi anda.hihi...peace :)

Kisah Apple & Bubur Nasi Carrot

Assalammualaikum w.b.t


Semalam sangat sibuk sekali berkerja sampaikan di waktu rehat pun, mama asyik la dok menyiapkan segala mak nenek report. Report-report tu semua perlu dihantar dengan segera ke KL. Jadi tak sempatlah nak update blog. 2 hari lepas, mama merajinkan diri membuat puri epal untuk Amanie. Saja nak bagi Amanie cuba-cuba. Sebelum mencuba sesuatu makanan untuk Amanie, Doktor Amanie dan mak la menjadi tempat rujukan utama. Bila mereka bagi greenlight, mama pun meneruskan agenda mempelbagaikan makanan untuk Amanie:)
Puri epal - Masa mama suapkan Amanie puri ni, muka dia menunjukkan cam reaksi peli-pelik.hihi...baru pertama kali mencubakan. Haruslah dia merasa pelik. Entah apa la yang mama dia bagi makan tu. Walaupun pelik-pelik, Amanie masih lagi mengangakan mulutnya untuk merasa lagi. Kali ketiga suapan dia macam geli-geleman pulak.hihi..Terus mama stop suap.


Bubur nasi carrot lak, mama masak hari ni untuk Amanie. Mama nak dia try bubur nasi pulak. Mama tak letak garam, sebab dari pembacaan mama, garam dan gula tak boleh diberikan kepada bayi sebab boleh merosakkan buah pinggangnya. Organ bayi belum kuat untuk memproses bahan itu. tak sabar nak balik dari keja, nak tanya BS Amanie, camna penerimaan Amanie pada bubur nasi tu. :) Untuk menambahkan rasa, mama suh BS Amanie campurkan bubur tu dengan sikit susu.
Masa usia Amanie 5bulan lebih-lebih, lebih kurang 2minggu nak masuk 6bulan, mama dah pun perkenalkan Amanie dengan Nestum beras. Mama buat bagi cair-cair, bimbang jugak kot-kot Amanie tak leh terima atau powpow susah. Tapi sampai hari ni, mama tengok Amanie ok-ok ja. Mama bagi makan sari sekali je. ok la kan untuk permulaan. Start bagi makan tu bukan apa, dok dengar susu dok berkocak ja dalam perut dia, tak kejap langsung, tu yang try tu.




Thursday, November 11, 2010

Bermuka-muka

Assalammualaikum w.b.t


Bermuka-muka adalah sikap yang perlu dielakkan. Kawan yang bermuka-muka, terukkan.ermmm..Di depan bermulut manis, pijak semut pun tak mati betapa lemah lembutnya dia menjaga hati dan perasaan kawannya. Tapi kat belakang lain cerita pula, berbagai-bagai cacian dan hinaan dihamburkan kat kawan yang lain. Paling menyedihkan bila cerita yang disampaikan itu ditokok tambah dengan perisa tambahan untuk mempelbagaikan rasa-rasa yang ada. Mengapa eh perlu bersikap begini.? Terlalu sukar untuk berkawan dengan kawan yang benar-benar ikhlas. Biasanya orang yang suka bermuka-muka ni, mulanya seronok bercerita itu-ini mengenai si polan tu, lepas tu confem dia akan ceritakan kembali pada si polan tu apa yang mereka cerita-cerita sebelum ni. kononnya nak menunjukkan bahawa dirinya sangat suci, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak story-story apapun, padahal dia pun seronok jugak story-morry dan bengkeeeekkkk jugak ngan si polan tu. Kemudian dia akan story-story lak mengenai kawan yang sebelum ni bersama si polan tu. Sikap tu seolah-olah cuba mengapi-apikan orang supaya terlerai siraturrahim. Good job...

Wednesday, November 10, 2010

Personaliti Diri Berdasarkan Bulan Kelahiran

Assalammualaikum w.b.t

Mac - Papa Noty
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang amat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa
  • Jangan terlalu moody
October - Mama Comey
  • Suka sembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikkan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan-kawan
  • Sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam-kabut
  • daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan)
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah-lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat
Mei - Amanie Manja
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi fizikal dan mental
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tapi mudah dipengaruhi orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik (otak kiri)
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga, leher, dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalan tinggi
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

Denggi Menyerang Di Tempat Kami Berteduh

Assalammualaikum w.b.t



Lately, demam denggi menjadi-jadi di kuaters kediaman kami sekeluarga. Minggu lepas sebelum Deepavali, orang-orang dari Jabatan kesihatan dah datang kuaters untuk sembur ubat tu. Mama tak tau la orang panggil apa asap tu. Jenuh la mama dok larikan Amanie dari dok terhidu asap tu. Last-last tak tau nak lari mana, teus mama bawak Amanie masuk dalam keta.hihihi. Selepas Deepavali pun, orang-orang dari Jabatan kesihatan datang menyembur lagi. BS Amanie pun kena demam denggi jugak. Alhamdulillah dah sihat dah sekarang ni, tapi masih perlu berulang ke klinik kesihatan untuk ambil darah.

Anak kawan papa pun dah admit kat hospital. Dah tiga hari la masuk hari ni. Bahaya la nyamuk Aedes ni. Risau ja mama bila tengok ada kesan gigitan nyamuk kat mana-mana tubuh Amanie. Sekarang mama lebih suka tidokan Amanie dalam kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk tu. Tapi yang mama risau sangat tu, bila Amanie kat umah BS. Kadang-kadang tu masa mama p amik dia dari balik keja, ada juga la bekas gigitan nyamuk kat Amanie. Minta dijauhkan segala penyakit dari anakku. Ini mama nak share sikit fakta mengenai denggi :-
  • Demam Denggi - sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina
  • Cara penyebaran - melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang mempunyai virus denggi kepada orang yang sihat.
  • Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin alami demam mengejut diikuti dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus.
  •  tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting
    Tanda dan Gejala
  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  • Bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • rasa pahit pada lidah
  • lemah dan tidak bermaya
    Pencegahan
  
Pada masa kini tidak terdapat vaksin  siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Sumber : Demam Denggi


*** Mencegah sesuatu penyakit lebih baik daripada merawat

Tuesday, November 09, 2010

Perkembangan Amanie Terkini

Assalammualaikum w.b.t


Anak mama makin membesar. Mood pun dah berbagai-bagai dah. Kejap mood bagus, kejap lagi pulak mood buruk sangat. Nak kena babab ni. Besa tuuu.. Lagi dua hari genap la umur Amanie 6 bulan. Kira aci la mama updatekan pasal perkembangan dia. Stock ketandusan idea :)
  • Amanie dah pandai meniarap. Pantang baringkan dia kat bawah, mesti dia meniarap.
  • Amanie sangat suka membebel dan terjerit-jerit.
  • Amanie dah mula melompat-lompat si katak lompat bila orang pegang dia. azab juga la orang yang pegang dia tu
  • Amanie dah pandai pegang benda. Paling mama suka bila Amanie pegang botol susunya. Kejap-kejap dia pegang cam biasa elok-elok ja. Bila dia bosan mungkin mula la dia tunggang kemain lagi botol tu. yang paling best, bila susu dah habis, terus dia lepaskan botol tu.hihihi...
  • Amanie dah pandai juga melalak sakan sekarang ni.huhuhu..mana la dia belajar eh. Dulu, ekek sikit je, sekarang ni tak main la ekek, uwaarghhhh mau tau la.
  • Amanie masih lagi suka bermain air liur. Hobi buat buih-buih. Habis rambut mama
  • Amanie dah demand sekarang ni. pilih-pilih orang nak mesra. Orang yang dia tak kenal, tak mahu. Kalau amik juga menangis jawabnya
  • Amanie suka dengar muzik. Bila papa buka lagu, kemain lagi Amanie tersengih-sengih sambil lompat-lompat
  • Amanie dah pandai mamam. Mama bagi makan nestum beras. Nanti mama wat bubur nasi ye sayang.
Itu saja yang mama perasaan setakat ni. Later-later mama update lagi perkembangan Amanie

Monday, November 08, 2010

Orang Kata Murah Rezeki

Assalammualaikum w.b.t

Orang tua-tua ada cakap, jika budak meleleh air liur, murah rezeki. Yeker? Entah la mama pun tak tahu. Kalau nak kepastian p tanya orang tua-tua. hihihi...Hobi Amanie sejak dua menjak empat menjak ni, suka sangat main air liur. Habis la baju basah, sarung tangan basah. Busuk air liur ja kat dia. time nak tido pun dok main air liur jugak.huhu..Amanie paling hebat dalam meniru buih-buih ketam. Bila mama lap, dia buat lagi, mama lap lagi, dia buat lagi. Last-last mama biarkan ajalah. Setiap saat dan ketika, pasti air liur menceceh-ceceh keluar. kalau betul la kata orang tua-tua, bagus kannn...:)

Tenok papa cuci cermin depan kereta


cam pakai lipbalm pulak:)

Cuti-cuti Balik Kampung

Assalammualaikum w.b.t

Memandang last week cuti agak lama, kami balik kampung lagi. Cuti mama start hari khamis sehingga Ahad. Bertolak dari penang ke kedah selepas Maghrib. Khabarnya Kedah dilanda banjir. Singgah di perhentian Gurun untuk menjamu selera. Masa kami sampai kat Alor Star, adik papa call, suh balik ikut jalan Kuala Kedah ekoran banjir kat jalan putra, Kuala Sungai. Jalan Putra adalah jalan utama Alor star - Kangar. Jalan itu telah ditutup. Untuk ke kampung kami perlu melalui jalan itu. Masa adik papa call tu, kami dah pun sampai kat Kuala Sungai. Padan la ramai gila orang masa tu. Rupanya banjir teruk kat situ. Terus kami pusing balik. Ikut jalan Kuala kedah, jalan kampung tersangat la jauh.huhuhu...Amanie mula wat perangai. Huhu...
sawah padi yang kelihatan seperti laut
 
air sungai yang melampau

**Foto di atas bukan la pada hari kami balik kampung, ianya disnap dua 3 hari semasa kami di kampung

Rentetan Kisah Amanie Berdating

Assalammualaikum w.b.t

4 Nov 2011, Mama dan papa bawa Amanie ke Hospital Pulau Pinang untuk Check up lagi. Setiap tiga bulan sekali Amanie perlu berdating dengan pakar kanak-kanak untuk check up perkembangannya. Adakah perkembangan Amanie normal atau sebaliknya? Alhamdulillah mama syukur sangat kerana perkembangan Amanie normal sama seperti bayi-bayi yang lain. Agak sukar memiliki bayi pramatang, kerana perlu menjalani pemeriksaan demi pemeriksaan bagi memastikan semua dalam keadaan baik-baik saja. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit perlu dikorbankan. Namun mama dan papa tidak pernah sekali mengeluh dengan segala kesusakaran ini. Amanie adalah amanah buat mama dan papa. Sebolehnya mama dan papa akan melakukan yang terbaik buat puteri kesayangan kami. 

Appointment jam 10pagi. Sampai kat hospital awal tapi menjadi lewat juga untuk daftar gara-gara mencari tempat parking keta. Sangat pack, dah berapa kali papa pusing-pusing sekitar tempat letak keta tu, tapi tetap takde tempat yang kosong. Bila dah fed-up sangat papa blocking kereta lain. Tapi kami still kat situ, kot-kot ada orang yang nak balik dah kan. Masa tungu-tunggu tu, mama nampak seseorang. Macam kenalan masa kat hospital dulu. Anak diorang twins, pun pramatang cam Amanie. Terus mama gitau papa. dan-dan tu papa bunyikan hon keta, bila diorang pandang arah kami, mama pun lambai-lambai tangan. Mula tu diorang pun cam tak perasan. Direnungnya kami lama-lama, baru perasan, terus datang kat kami. Anak diorang pun membesar dengan sihat macam Amanie, cuma anak diorang yang sorang lagi kurang sihat. Sekarang masih di hospital.

Berat Amanie maintain la, 5kg dan tinggi pulak 60cm. Sebelum ni Amanie penah buat cranium ultrasound. Dari report tu, ada ruang kecil 0.8mm kat otak. Doktor bagitau otak manusia ada beberapa lapisan. Mama pun tak arif sangat la bab-bab ni kan. Jadi, berdasarkan report tu, doktor cadangkan untuk buat MRI scan kat Amanie untuk pastikan ruang itu. Doktor perlukan singnature papa untuk meneruskan prosedur tu. Mama dan papa tak tau samada nak teruskan atau tidak sebab kami risau kalau-kalau prosedur tu meninggalkan kesan sampingan pada Amanie. Untuk buat MRI, doktor akan inject sejenis dye kat tangan Amanie, kemudian akan masukkan Amanie kat dalam satu alat lebih kurang cam terowong. Lebih kurang macam orang buat kimoterapi (mama tengok drama tv). cam ngeri je. konfem Amanie melalak la masa proses tu, sedangkan doktor ambik dukung dia sekejap pun dia melalak tak hingat dunia. Akhirnya mama dan papa sepakat, tangguhkan dulu, tunggu next appoinment kami akan bagi keputusan samada nak buat ke tak? Tapi rasa-rasanya taknak buatlah. Insyallah Amanie baik-baik saja. 

semoga puteri kami sentiasa dilindungi-NYA

Wednesday, November 03, 2010

Dating Dengan Pakar Kanak-Kanak

Assalammualaikum w.b.t

Pagi esok Amanie akan berdating dengan doktor pakar kanak-kanak.

Dia Dah Pandai !!!

Assalammualaikum w.b.t

Amanie dah boleh meniarap:) Dah pandai dah alihkan badan dia sendiri. Kalau entry yang sebelum ni, yang ada foto Amanie tengah meniarap tu, bukanlah Amanie meniarap dengan sendirinya tapi mama yang letak dia dalam keadaan begitu.hihihi....Saja ja sebab mama teringin sangat nak tengok Amanie meniarap. Amanie start pandai meniarap hari isnin baru-baru ni. Mama p rumah BS nak amik Amanie, buka-buka pintu tengok Amanie tengah meniarap. Mama tanya BS Amanie, Amanie meniarap sendiri ke atau dia alihkan Amanie, macam mama dok buat tu. BS cakap, Amanie meniarap sendiri dia. Yess!! Cayalah anak mama..hihihi..mama pulak yang teruja lebih.. owoww...Yup harus la teruja dengan perkembangan anak sendiri kann. Amanie pun mama tengok teruja jugak. Masa mama sampai tu, mama tegur la AManie, dah pandai meniarap ye sayang. Dia pun beriya-iya lah mengiyakan pertanyaan mama tu. Tengok mama, tegur-tegur mama, senyum-senyum.. Sangat comell owhh

Bila dah pandai meniarap ni, pantang mama letak kat bawah ja mesti Amanie meniarap punyeee. Pastu mulut bising-bising. Kepohnye anak mama sorang nie. Kalau nak meniarap kat bawah tu, mama takde la pening, yang mama pening bila dalam ndoi pun nak meniarap.huhu..ini pun pernah diceritakan dalam entry terdahulu. Lately, punya la susah nak bagi Amanie tido. Main banyak betol la anak mama nie. Mata mama dah serupa mak panda dah.huhu..Pagi tadi pun berjaga. Pukul 3pagi, mata Amanie punyalah cerah, booolaaatttt dok terkebil-kebil. Mama biarkan dia main sorang-sorang, dah tak mau plak. nak jugak orang teman dia. Papa lak tido, letih sebab balik lewat. Dah 2 malam dah papa attend seminar kat kem Batu Feringgi. Ada lagi dua malam lagi papa kena attend, malam ni ngan malam esok. Bila mama sorang-sorang jaga Amanie, mak aihhhhh punya la penat. Maunye tak penat, dah nak kena jaga Amanie, pastu curi-curi nak masak, kemas umah lagi. Amanie plak tak mau ditinggalkan sorang-sorang. Banyak songeh betol yer.Fuhhh semput mama tau. Ni baru anak sorang, buatnyer berdozen, mati mama..hahahha... Layan foto Amanie dalam ndoiiii...zassss





Luka Dah Sembuh, Parutnya Masih Berbekas

Assalammualaikum w.b.t

Mulanya mama dok heran dan pelik la, kenapa tangan Amanie cam ada bintik-bintik kecil, lebih kurang parut kecil la. Ingatkan mama ja yang perasan, tak sangka papa pun perasan jugak. Banyak jugak la parut tu. Dua-dua belah tangan pun ada yer.

Masa Amanie admit hari tu, Amanie kena amik darah untuk testing samada kes denggi ke takkan. masa tu papa tanya kat mama, "mama tau tak bintik-bintik kat tangan Amanie tu pasal pe"? Mama bagitau tak tahu la kan, dah sememangnya tak tahu pun. Pastu papa bagitau, papa baru ja sedar, bintik-bintik kat tangan Amanie tu adalah bekas doktor cucuk amik darah Amanie. Mama terus, aaa la kannn. Dulu kan Amanie duduk lama kat hospital. Sepanjang dia duduk sana, doktor asyik la duk amik darah, juga duk masukkan drip segala mak nenek la. Ermm semua yang Amanie alami suatu ketika dulu meninggalkan kesan yang kekal.

Kat bahagian antara dada dan perut Amanie pun meninggalkan parut luka. Tak silap mama parut tu disebabkan tampalan wayar nadi. Bayangkan, boleh nurse-nurse kat situ tampal ngan salotip (tak tau la eja camna). Dah la Amanie kecik, kulitnya sangat la halus dan nipis masa tu. Mau tak terkoyakkan. Mama marah, diorang wat tak reti. Mesti diorang cakap mama ni kecoh kan. Ye aar itu bukan anak korang-korang, sebab tu ala balai je wat keja. Mestilah mama kecoh, dah anak mama. kalau anak orang takdenya mama nak kecoh-kecoh. Huhuhu...Kenangan Amanie semasa tinggal di hospital. Tiada yang manis-manis, semuanya pahit-pahit belaka.


Banyak parut-parut tu, tapi kat dalam foto ni tak jelas pulak. Ermm yang parut kat dada Amanie tu mama dah amik foto tapi nak uplode tadi cek2 tak dak lak dalam list pen drive mama. Mukin dah delete.

Monday, November 01, 2010

Rupa-rupanya

Assalammualaikum w.b.t

Weekend baru-baru ni, kami sekeluarga balik kampung. Mulanya tak mau balik tapi rindu sangat kat kampung, rindu kat family. Akhirnya kami balik juga. Bertolak balik tu dah petang. Ye lah benda tak rancang kan. Kejap nak balik, kejap tak mau balik..Huja lebat sepanjang perjalanan. owhh sangat takut...sentiasa pesan kat papa drive carefully.

Bila sampai ja kat rumah family mama, diaorang semua dah tercogok kat depan pintu tu ha, menantikan kami. hehehe..Kuda kami dari jauh dah leh dengar vroommmmnya sebab tu la awal-awal lagi diorang dok tunggu depan pintu. rindu kami la tu..:) Makngah terus ambik Amanie. Semua-semua dok kerumun Amanie. Amanie lak terkebil-kebil tengok sorang-sorang. Muka Amanie cuak je. Dah tarik muka nak nangis dah tu. kejap pandang diorang semua, kejap pandang mama. Hahaha kelakar. Kenapa sayang? tak kenal eh maktok, paklang, makngah, maksu, toknyang. Lama eh tak Amanie tak jumpa diorang.

Mak tengok-tengok Amanie terus kata kat mama, "Amanie kena demam campak ni"...oh ye ke? Bintik-bintik merah kecil-kecil kat seluruh badan Amanie tu rupa-rupanya campak. Ingatkan ruam. hehehe..Mana la mama dan papa taukan. Mama pernah la dengar pasal demam campak, ada campak kecik dan campak besar. Selalu dok tengok campak yang besar ja, sebab tu la taktau yang Amanie sebenarnya demam campak. Mak kata demam tu, memang budak akan meragam sebab ia miang. Yelah nak bagitau apa yang diorang rasa tak pandai kannn. kesian anak mama, tapi ok lah, dah baik dahh sekarang ni. dah boleh gurau-gurau ngan mama dan papa dah kannn.Sayang diaaa...