Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, March 30, 2011

Taman Perbandaran Pulau Pinang 27/03/11

Assalammualaikum w.b.t

Lama rasaya menyepikan diri dari dunia blog. Ada banyak benda nak cerita tapi mood plak tak menentu. Asyik malas ja nak bercerita.huhu..Ni nak cerita pasal last weekend, Selalunya weekend kitaorang akan balik kampung. Biasa la maktok ngan wan asyik la bertanya balik kampung ke tak minggu ni. Teringat kat Amanie.. Aduyaii sekarang ni asyik la dok teringat kat cucu ja..kat anak dah tak teringat dah.

Ahad lepas, kitaorang pergi beriadah kat Taman perbandaran. Saja ja bawak Amanie keluar jalan-jalan. Kesian Amanie tak pegi mana2. Kat situ ada kolam. Jadi ni fisrt time la Amanie main air kolam yer.. Mula-mula nak bawa pegi Batu Feringgi, tapi keadaan cuaca tak berapa nak clear cancel la. Kan apa, situ kan pantai takut la..Teringat kat Jepun nuu..ngeriiii

Tak sangka pulak Amanie suka main air kolam tu. happy ja dia. Amanie dengan air memang suka. Kat rumah dok mandi pun tak penah lagi la mama dengar dia menangis. Suka mama tengok anak mama happy. Sengih manjang sepanjang main air ngan papa. Yang kelakarnya, bila papa bagi Amanie dekat mama dia tak nak, dia nak ke kolam tu lagi.Ermm...Time balik pun dok toleh-toleh ke kolam lagi ye sayang. Nanti-nanti free kita pegi Batu Feringgi plak ok sayang..Jom usha foto:)



Thursday, March 10, 2011

Strawbery Japanese Cheese Cake

Assalammualaikum w.b.t

Lama sungguh la tak menghabiskan masa kat blog ni.huhu..Hari ni saja la menyinggah kejap. Terus nak post pasal try2 buat cheese cake aritu.hehehe..Lama dah nak try tapi tak try2 sebab takut tak jadi.huhuhu..Lastly try jugak la kot2 kempunan dikemudian hari. Hakalahhhh..


Walaupun rupamu tak cantik, tetapi rasa mu tetap menawan tekakku dan suami.hihi..Apa-apalah janji tekak boleh terima dan rasa tak menghampakan. Puas hati bila cuba buat sesuatu dan menjadiii :)

bahan2 :

4/5 cheddar cheese
200ml susu segar
4biji telur
70gm tepung kek / gandum
70gm butter cup
70gm gula halus(gula kastor)

blueberry topping (depends u ols la nk letak topping apa n nk byk mana)

cara2:
1- koyakkan cheese kecik & campur 200ml susu (msk dgn api kecik, kacau selalu, bila dh cair/sebati masukkan butter n tutup api.
2- asingkan telur putih & kuning dlm bekas berlainan. kemudian pukul telur kuning sampai kembang., bila dh kembang masukkan adunan cheese td (1)
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau perlahan, kalau berketul blh tapis.
4- pukul telur putih & gula guna mixer sampai kembang.(meringue..sampai adunan jd kental, bila terbalik ia x jatuh)
5- kemudian masukkan adunan meringue kedlm adunan, (kaup balik tepung dan sebatikan)
6- lapik loyang, sapukan dgn butter n tepung, tuang adunan dlm loyang.
7- sebelum tu panaskan oven dgn loyang yg berisi air panas. masukkan dlm oven dan bakar selama 20minit, suhu 170C.

TEKNIK BAKAR : STEAMBATH - GUNA 2 LOYANG, YG LUAR BESAR DAN DIISI AIR. YG DALAM KECIL BERISI ADUNAN CHEESE. (supaya kek tak berkerak, cheese kan cepat hangus)

p/s: aku bakar cam biasa ja. awal tu sang suami ejas api bawah je, bila aku perasan baru letak api atas n bawah..nasib menjadi klu tak rugi ja kan.