Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label my mom. Show all posts
Showing posts with label my mom. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Aik..mintak kat ceqqq pulakkk

Assalammualaikum w.b.t

Tuuudiaaa aihhh keluaq dah cakap kedah mama :) tengahari tadi, masa mama dok bizi-bizian siapkan segala bagai report, tiba-tiba ringtone sms fon mama bernyanyi berbunyi. Owh, rupanya adik ct sms, katanya mak suruh tanya macam mana nak buat ayam madu. Hohoho...lawak la mak ni, xkan mak tanya ceq kot. Mak lagi terer masak la, ceq ni budak baru belajar, masak campak2 ja.huhu...tapi dah mak tanya, ceq habaq jugak la noooo...ok lets share resepi ayam madu ala mama syaida yang simple:)

foto: kredit to google
Bahan-bahan 2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2cm halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu kicap
4 sudu madu

Cara-cara
1. Blend semua bahan kecuali ayam, kicap dan madu
2. Gaulkan ayam bersama bahan yang diblend tadi
3. Masukkan kicap dan madu. Gaul lagi hingga sebati
4. perapkan selma sejam atau lagi lama lagi sedappp
5. Gorengkan. Siapppp

Friday, August 27, 2010

Tentang Rindu

Asslammualaikum w.b.t
Di angin lalu...kusampaikan kerinduan..
wajahmu kuterbayang...

Ada apa dengan rindu? Rindu juga suatu anugerah yang indah. yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Hadirnya dari sudut hati yang ikhlas lagi tulus suci. Sukar ditafsirkan definisinya kerana terlalu subjektif untuk dirungkaikan.

Selepas mama habis berpantang, situasi menuntut mama untuk kembali menjalani rutin harian seperti biasa kembali, seperti sebelum kehadiran Amanie dalam hidup mama. Mama kembali berkerja, membantu papa demi sebuah kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga kita. Amanie ditinggalkan di kampung bersama maktok. Hanya jasad mama saja yang tinggalkan Amanie, hati mama tetap bersama-sama Amanie. Tidak perlu untuk menunggu sehari, seminggu, sebulan, juga setahun, untuk merindui puteri kesayangan mama. Sesaat berjauhan denganmu sudah cukup membuatkan hati mama rindu. Teramat rindukan mu wahai anak. Setiap malam, rindu itu pasti bertamu dan papa menjadi saksi rindu itu tatkala, air jernih mengalir dari mata mama menandakan bukti rindu itu. Dua minggu Amanie bersama maktok. Dalam tempoh itu, hari2 mama menghubungi maktok untuk bertanyakan tentang Amanie. Ketika rindu ini tidak terbendung lagi, pada papa mama suarakan hasrat untuk mengambil Amanie semula untuk dijaga sendiri oleh mama dan papa. Papa cukup memahami, akur dengan kehendak mama, mungkin kehendak papa juga.

Kesian maktok. Maktok seolah berat untuk melepaskan Amanie syg. Tapi apakan daya, mama tak betah untuk terus berjauhan dengan dirimu lagi. Kini, hampir sebulan Amanie disisi mama & papa. Rasa rindu itu telah bercambah dihati maktok. Mama tahu walau maktok cuba menafikan. JIka rindu itu tidak pernah sekali singgah diruang hati maktok, masakan hampir setiap hari mama dihubungi untuk bertanyakan perihal Amanie syg. Setiap kali dihubungi pasti Amanie syg sudah lena dibuai mimpi indah. Dipinta maktok untuk kejutkan Amanie hanya untuk mendengar suara Amanie. Walau pada dasarnya, Amanie masih belum mampu untuk berbicara. Hanya bahasa2 bayi saja yg lahir dari bibir comel Amanie, kadang2 hanya rengekan manja, namun itu sudah cukup membahagiakan maktok. Betapa kerinduan itu pernah singgah dihati maktok. Mama dapat rasakan dari getar suaranya. Sesungguhnya rindu itu sangat indah walau ia cukup menyesakkan jiwa.

p/s: Buat mak, maafkan anakandamu kerana bgitu tega membiarkan rindu itu bertamu dihatimu kerna anakandamu ini juga tidak berdaya untuk mengekang rasa rindu yg sering bertandang jika berjauhan....

Sunday, May 10, 2009

Dedikasi Untuk Ibu2

hey alls..dh seminggu dh belog ni xberhupdet.kesihatan xmengizinkan.so skang aku nk hupdet sket.1stly aku nk amiik kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu untuk semua ibu2 dan bakal ibu.. To my mom..slamat ari ibu jgk eh..kat sini ida nk dedikasikan sajak utk mak yer;p

ibu..
Setiap degupan jantungku
kau mampu merasainya
Sedih, gembira, gelisah, buntu..
tak mampu utk aku rahsiakan dari naluri keibuanmu
Dikala kesedihan menyelubungi diriku
kaulah insan pertama yg yg menceriakan diriku kembali..
kau juga menghakis perasaan yg melunturkan semangatku
kau penguat semangatku
kaulah ubat kepada segala duka laraku..
tak terbalas olehku jasa2mu wahai ibu..
Dikala kegembiraan mewarnai hidupku..
Tentu saja kau turut berkongsi bersamaku..
kegembiraan yg menyinari selama aku hidup
dibumi ini sebagai manusia
Dikala kegelisahan & kebuntuan menyelubungi jiwaku
Engkau tak pernah jemu utk bersamaku
Menolong menyelesaikan kekusutan yg xsudah2 dalam
perjalanan hidupku..
ibu
kau insan teristimewa kurniaan tuhan buatku
biar bertahun masa beredar
satu wajah, satu nama xmungkin pudar
tempatmu tak mungkin berpengganti
ibu
akan sentiasa aku berdoa keatas kesejahteraan dirimu
agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
tak ingin sekali ku melihat dirimu menderita lagi..
terima kasih ibu atas kasih sayangmu
yang tak berbelah bagi buat diriku dan adik2
teramat menyanyangi & menyanjungi dirimu..
anakmu....
harsida bt hashim