Sebak aku mendengar kisah hidup seorang sahabat aku. Marah, kerana sahabatku diperlakukan begitu. Dia, Seorang sahabat yang aku kenal sejak dari kami mula belajar mengenal apa itu ABC, 123, iaitu di awal persekolahan kami(Tadika Kemas). Sehinggalah sekarang kami masih lagi bersahabat. Segala kisah-kisah suka mahupun duka selalu berkongsi bersama. Walaupun masing-masing sedar tidak akan mampu untuk menolong menyelesaikan masalah itu tetapi cukuplah sekadar meringankan rasa sesak yang bersarang dihati. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang sudi mendengar dan memahami apa yang terpendam dalam hati. Sungguh aku tak sangka sama sekali nasibnya akan berakhir sedemikian rupa. Tapi itu lebih baik buat dirimu dan anak-anak wahai sahabat. Itulah, hidup ini bagaikansebuah roda, kadang-kadang ia di atas dan kadang-kadang ia di bawah. Kita tidak boleh menduga apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita yang akan datang. Senjata yang ada pada kita hanyalah DOA supaya urusan kita dipermudahkan.
Maaf! Bukanlah niat aku untuk mengaibkan sahabatku sendiri. Tidak sama sekali. Apa yang terjadi padamu wahai shabat, akan aku jadikan sebagai pedoman. Apa yang berlaku terhadap sahabatku ini biarlah hanya aku dan dirinya saja yang tahu. Sahabat, di kala ini aku tahu terlalu berat untuk kau hadapi semua ujian ini. Tapi percayalah, kau tidak keseorangan. MAsih ramai yang sayang. Kau masih ada keluarga yang tak pernah membuang kau dari hidup mereka. Kau masih ada teman-teman yang selalu menyokong walau apapun yang berlaku. Kau harus percaya bahawa ada hikmahnya di sebalik semua ini. Aku yakin berkat kesabaran kau selama ini akan memberikan seribu kemanisan. Bersabarlah, semuanya akan berakhir.
Sahabatku, 5 tahun bukanlah satu jangka masa yang sekejap. 5 tahun kau memendam rasa. Allahuakbar! Sedih hati aku, meruntun jiwaku tat kala mengetahui semuanya. Sungguh sabar dirimu, sungguh cekal hatimu wahai sahabat. aku harap kau akan terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang berliku ini. Demi anak-anak kau harus terus maju ke hadapan, usah berpaling lagi. Gagal sekali tidak bermakna kau akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan itu suatu pengalaman dan pengajaran untuk menjadi dirimu ke arah yang lebih baik. Sahabat, aku tahu mudah untuk aku berkata-kata kerana bukan aku yang menanggung semua itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan itu. Tapi percayalah sahabatku bahawa aku sayangkan kau. Sayang sangat. Aku turut merasa kesakitan yang kau rasa. Aku sentisa mendoakan kesejahteraan buat kau dan anak-anak. Bahagia pasti menjadi milikmu jua.
Saturday, November 14, 2009
Sabarlah, Wahai Sahabatku!
Posted by syaida at 9:26 AM 1 comments Links to this post
Wednesday, November 11, 2009
Rawatan Kesuburan 2
10 Nov 2009: Aku temankan abg pegi GH Pulau Pinang. Awal-awal pagi dah bangun siap-siap. Risau terlambat lak nanti. Pagi-pagi bukan tak tau, kenderaan banyak. That day abang kena antar dia punya sperm kat Patology Depart. 10minit jam 8pagi kitaorang dah sampai.nasib baik la kan sebab menda alah tu kena antar pada jam 8pagi. Takde la lama kitaorang kat sana, just antarkan ajer pastu dah leh balik. Resultnyer maybe akan dapat tau masa next appointment aku ngan dokter nanti. Next appointment bulan 12 nanti. Tapi sekarang ni aku susah ati betol la. Ujian darah belom buat lagi, ujian xray pun belum buat lagi. Dok tunggu cik *P* datang, bila dia dah datang baru la boleh wat ujian-ujian tu suma. Risaunya takut kena postpon appointment tu. Memang lambat jugak la nampak gayanya. Apapun harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku dan suami.
Posted by syaida at 9:43 AM 2 comments Links to this post
Labels: rawatankesuburan
Friday, November 06, 2009
copycat@plagiat
Sengaja nak bercerita pasal isu nih. Beberapa hari lepas, aku berjalan2 ke blog teman blogger. Lepas tu aku terbaca, eh taklah memang aku nak baca entry sorang adik nih. Beliau aku kenal sejak zaman bermyspace lagi. Entry berkaitan copycat ni ler kann. Melalui entry tu jelas menunjukkan bahawa entry beliau telah dipinjam, tapi rasa-rasanya bukan dipinjam kot sebab kalau dipinjam mesti bagitau terlebih dulu ye tak? mukin diambil,diciplak,dicopycat,diplagiat atau seangkatan dengannyer lahhh..Rasa-rasa aku ini bukan kali pertama aku baca pasal isu ni kat blogspot ni. Pernah jugak aku terbaca mengenai ketidakpuasan hati si mangsa2 berkenaan mengenai hal ni. Dekat blog pun jadi jugak yew.
Isu ni sebenarnya dah lama sangat dah berlaku. Masa aku study dedulu pun isu ni sangatlah bermaharajalela. Assignment janganlah sesuka hati bagi kawan-kawan pinjam yew..konon-konon sebagai rujukan, walhal dicopy bulat2,bujur,melintang suma occay. Yang hairan bin ajaib tu, mereka-mereka yang terlibat dengan gejala tu tak der pulak rasa bersalah yew. Seolah-olah hasil penulisan mereka tu sumber ilham sendiri.walllahhhhh hebatkan mereka.
Aku pun pernah menjadi salah seorang mangsa kepada mereka-mereka yang bergiat aktif dalam bidang pinjam meminjam hak orang lain tanpa meminta izin ni. Voleyyy gitu. DAri pengamatan aku penulisan aku ni xder la bagus, berterabur sana sini. Tapi sapa sanka aku turut menjadi mangsa..Mula-mula tu tak perasan tapi bila diteliti, aiseyyyy...terfikir sejenak, adakah idea aku ni boleh sama dengan orang itu? Adakah perasaan aku ini juga sama dengan orang itu? Atau adakah perjalanan hidup aku ni juga sama dengan orang itu? terkesima diri sebentar. Itu kan, manusia ni rambut je hitam, tapi hati lain-lain. Tupun rambut di alaf milinium ni dah tak hitam sumanya dah, ada macam-macam colour dah..hiks. Aku takde lah marah ke hape, cuma terkilan je sket. MAri renung-renungkan bersama;p
Posted by syaida at 12:05 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 04, 2009
Tok Wan & kakak Sepupuku
bolehla borak panjang klu aku masih drive xdapatlah nak borak lama2.
mak aku bagitau, tok wan aku sakit pulak dan admit sekali lagi kat HSB Alor Setar..
kesian tok wan, rasanya dah dekat sebulan dah dia sakit. harap-harap tok wan aku
cepat-cepatlah sihat..katanya jika keadaan tok wan masih tak berubah, doktor
akan transfer dia ke Hosp Pulau Pinang lak..
lepas tu mak aku bagitau, kakak sepupu aku dah pregnen.aku macam hahhhhh!!! bukan tekejut apa, kakak sepupu aku tuh dah 10 tahun kawin..tup2 rezeki dia di tahun ni. alhamdulillah aku turut happy untuk dia.sumpah skit pun aku xder perasaan cemburu. jika tidak sebelum2 ni, klu aku dapat tahu sapa2 yg aku kenal pregnen,aku ada rasa sedikit cemburu.itu normal kan bagi orang2 yg macam aku ni yang masih menanti.kenapa perasaan cemburu tu dah x ada eh? mukin aku dah boleh terima kot keadaan ni.harap begitulah. itulah kan janji Allah adalah pasti..Harus bersangka baik dengan DIA..Usaha yang diiringi dengan doa serta tawakal pasti akan memberikan sesuatu yang manis buat kita. Tahniah kak, kesabaran dan ketabahan selama 10tahun lalu telah memberikan kemanisan & kepuasan yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata..Ida happy untuk akk..
Posted by syaida at 10:46 AM 0 comments Links to this post
Aku,Suatu ketika Dulu & Kini
Posted by syaida at 9:29 AM 2 comments Links to this post
Thursday, October 29, 2009
Rawatan Kesuburan [1]
semalam, hari Rabu bertarikh 28/10/2009 seperti yg telah aku war-warkan sebelum ini iaitu aku ada temujanji dengan doktor dari hospital pulau pinang untuk rawatan kesuburan pada hari dan tarikh tersebut.makanya aku dan abang pun pergi ke sana. kami sampai di sana lebih kurang jam 8.30pagi.keadaan jalan raya agak sesak pagi2 macam tuh..biasala kan penghuni2 bandar ni memenuhi tuntutan harian mereka untuk berkerja kan..sejurus saja sampai aku terus mendaftarkan diri..orang punya la ramai.lepas tukan service kat sana punya la lembap sampai aku dan abang dah bengang gilos2.tp kami masih boleh mengekalkan kewarasan masing2..hehehe.Bayangkan dari 8.30pagi aku dok tercogok tunggu giliran untuk jmpa doktor sampai lah jam 11.15pagi baru turn aku.sapa tak bengang kann.kata dah wat appointment tp still kena tunggu berejam2 jugak.kalau macam tu baik tak payah buat appointment kan..huhu..
okeylah ni aku nk citer apa yang aku wat kat sana.mula2 masuk jumpa doktor tu, macam sebelum2 ni jugak masa aku jumpa doktor kt klinik swasta dulu2, dr interview aku tentang berapa lama dah kawin,latar belakang kesihatan aku dan keluarga, tentang period cycle aku dan bla..bla..blaa..macam2 ditanyanyer.dr yg interview aku nih dr lelaki india..lepas abis diinterview tu, aku diarahkan ke bilik scan..alahai nak kena wat vaginal scan lagi aah..aduhh maluuuuuunyer perasaan masa tuh.tapi wat kering jugaklah..huhu..masa wat scan ni plak dr chinese lelaki.korang bayangkan perasaan aku..susahkan nak dapat dr pompuan dalam kes macam nih..huhu..abis wat scan tuh aku terpaksa wat pepsmear lak..seumur idup aku lom penah aku wat pepsmear nih..wat pepsmear xsakit tp aku malu.dr cakap akunyer pangkal rahim tinggi dats y susah tuk aku preknen. pasal cyst dr X sebut lansung harap2 xder lah..sementara tu plak, abang diberi form ngan botol untuk wat sperm test..abang kena antar sperm dia pada 10/11/2009..
bila dah abis suma tuh dr isi form tuk aku wat HSG..daripada penerangan dr tuh, HSG tu perlu buat untuk tentukan kedua2 tiup aku tidak tersumbat.diorang akan masukkan 1 tiub kat *tuttt* kann pastu diorang akan masukkan air macam nila la kata dr.jika air tu dapat keluar ikut saluran tiub tu means xder problem le ngan tiub jika xkeluar means something wrong lah.ya allah, takutnya aku..dr suruh aku wat arini jugak HSG tuh..apapun aku ngan abang pegi makan dulu la.masing2 dh lapar sgt dh.kitaorang xmik bekfes pagi tuh. bila abis je makan terus kitaorg pegi hospital balik.cari x-ray department tuk wat HSG tuh..tanya kat kaunter dulu kan, oarang tu cakap sebelum wat x-ray tuh kena wat appointment dulu.kena wat selepas next period.jadi xleh wat aritu jugak la.fuhh lega aku rasa..hehehe..ye aa aku takut..so kami pun terus balik la.masing2 dah letih sangat.oh! ya, lepas ni pada hari kedua aku period aku kena pegi hospital lagi utk blood test lak..lepas tu appointment aku seterusnya lagi dua bulan pada 23/12/2009.
sampai je kat umah aku terus call kawan aku pinat namanya...kawan aku nih macam aku jugak sampai sekarang belum pernah preknen.dia dah kawin 4tahun..dia penah wat rawatan kesuburan sehingga sekarang ni masih membuat rawatan.sekarang ni dia tengah wat proses i.u.i dah 2kali dah dia buat tapi masih belom ada rezeki dia.jadi aku nak tanya la dia tentang HSG tuh..katanya wat HSG tuh lah prosedur paling sakit..huhu..ini membuatkan aku makin cuak.takut la weyy..ya allah, cekalkanlah aku,kuatkanlah semangatku untuk menghadapi ujianmu ini..nasib baik aku xbuat arini kannn..perasaan aku sekarang ni saat2 takut untuk wat proses HSG tu..aku takut menanti next period..huhu...
Posted by syaida at 10:46 AM 4 comments Links to this post
Labels: menanti zuriat, rawatankesuburan
Tuesday, October 27, 2009
Jom Bikin Duit
Posted by syaida at 9:44 AM 3 comments Links to this post
Friday, October 23, 2009
Pagi Yg kelam kabut
Pagi tadi tah macam mana tah, boley lak aku xjaga..terjaga dh pukul 7.47pagi..ya ampunn..apa lagi.kelam kabut la kejutkan abg.kira benasib baik juga la tu.watnya aku tejaga pukul 10pagi.camner..terpaksa amik mc u..hahhaa..aku bagitau abg yg kami terlewat dh ni..abg pun dengan senangnya bangun terus capai towel g mandi.klu tak susah benar aku kejutkan dia.dok emmm,emmm.pagi ni tau lak dia terkocoh2 mandi,siap bagai..hahahha..taupun
akupun sama la,terkocoh kocoh mandi dan besiap bagai kann..sampaikan xsempat la aku nak siapkan breakfast.abg call kawan dia.nk tumpang pegi ofis sbb arini aku terpaksa guna motor.keta ada problem sket..huhu..minyak itam dok keluar so aku xbani la nk drive arini.suh abg pegi check dan baiki dulu.sebenarnya abg yg menyebabkan minyak hitam tu keluar.petang semalam abg dtg amik keta kt ofis aku, katanya nak basuh keta dan petang tu dia datang la amik aku kan.masa nk parking kat kuaters la menda alah ni jadi.rasanya tekena kt divider tu.siket je pun xsanka leh meninggalkan kesan degil lak..ermm
tadi call tanya abg.dah repair belom keta.katanya dah siap repair dah..alhamdulillah xder la serius sangat.kalau kena tinggal berhari hari kat workshop tak keharu kami nak pegi keja.
Posted by syaida at 3:47 PM 0 comments Links to this post
Friday, October 16, 2009
jawapan yg kucari
Posted by syaida at 12:53 PM 2 comments Links to this post
Labels: abgayang
Tuesday, October 13, 2009
pegi hospital penang
pagi ni awal2 lagi dh bangun siap2 untuk ke hospital.utk check up kat sana plak kan..ingat nk sms kt ofis mate ckp masuk keja lambat sket..tp abg kata nti dulu jam 8am nti baru msg bgtau.masa sampai kt sana, org punya la ramai.alahaii lam hati dok kata ermmm abis la aku msti lmbt jgk masuk keja nih.pastu aku terus pegi kat kaunter tya tentang hal aku nih. diorg ckp kena wat appointment dulu. chec up utk inferliti tiap2 hari rabu je.so diorg pun bagi la date utk aku dtg lagi.2mgu lagi aku kena pegi sana, 28 oct nih.1st visit aku ngn abg kena pegi utk check up dua2 org skali..huhu..jd arini just wat appointment je aar..seb bek lg.dh wat appointment tuh trus cargas pegi ofis plak la..ermm sampai ofis on time jgk..hahhaa..
Posted by syaida at 9:46 AM 0 comments Links to this post
Labels: menanti zuriat, rawatankesuburan










