Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, October 19, 2010

Kek Milo Mama Syaida

Petang semalam, lepas balik keja singgah kedai beli bahan-bahan untuk buat kek milo. Teringin nak makannn. Tapi bukan mengidam ye kawan-kawan.hehehe.. Ini adalah cubaan kali kedua yer. yang pertama kalinya buat kat kampung. Yang buat kat kampung tu kurang menjadi sebab telah terjadi macam apam pisang daaa..hahaha...Kek ni simple je..bahan-bahannya tak complicated..

Sampai-sampai kat umah, p amik amanie dulu. Kisahkan si amanie dulu. Bila dah letih bermain-main, susukan dia dan tidokan dia. Bila dah tido tu, mama start la menggigihkan diri kat dapur nunn..Gigih wat kek..dan akhirnya tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya jugak kali ni. tapi dah serupa kek coklat kukus la plak. takpalah janji ada rasa yer. papa pun sukaaa. resipinya begini :-

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan milo
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas (betul2 panas ye)

Caranya:-
1. Ayak tepung, milo, serbuk koko, baking powder bersama. gaul rata
2. Pukul telur, susu, gula, minyak, esen bersama sehingga sebati. kemudian masukkan dalam bahan yang diayak tadi. Gaulkan semuanya sehingga sebati
3. Akhir sekali masukkan air panas. kacau rata
4. Tuangkan adunan dalam loyang.kukus selama 1 jam atau sehingga masak. siap



0 Bisikan Asmara (::