Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label my pregnancy. Show all posts
Showing posts with label my pregnancy. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Detik Kelahiran Nur Aimey Amanie

Assalamualaikum w.b.t.
Tiba-tiba teringin sangat nak flashback detik kelahiran anakku. Hanya sekadar untuk dijadikan kenangan di masa akan datang. Kerana kehadirannya adalah sesuatu yg dinanti nantikan oleh kami sekeluarga, kehadirannya membawa seribu kemanisan buat kami semua. kehadirannya mengeratkan lagi kasih sayang antara aku dan suami. Syukur alhamdulillah di atas kurniaan yg tak terhingga ini. Terima kasih ya tuhanku kerana mendengar rintihan hati hambamu ini, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Terima kasih atas "harta" DuniaAkhirat ini..

09 May 2010 Sunday
Perut aku asyik memulas2 je pagi nie lebih kurang cam senggugut je. kejap2 menegang, kejap2 ok balik. Dalam hati dok ingat mungkin baby dok tendang2 kot kat dalam tuh. kejap2 lagi mukin dah baik. Ingatkan perkara biasa, jadi aku pun kemas umah seperti biasa, yelah hari minggukan. kejutkan abang, pegi market utk bli barang2 dapur. masa kat market pun sama, perut memulas mcm masa kt umah jgk. sekejap ada sekejap ilang. balik je kt umah, aku masak tuk tghari..siap je masak terus aku gtau abang aku nk makan dulu sebab perut aku masuk angin kot sbb tu asyik memulas ja. lepas makan tetap ada rasa yg sama. Aku bagitau abang..terus abang suh call tanya mak. mak kata biasa, anak makin besar dalam perut sbb tu perut menegang. lega bila mak ckap mcm tuh. tp bila aku p tandas nak shi2, tgok2 cm ada darah sket. takutnya..napa ada darah erk..aku semakin resah takut apa2 yg buruk jadi kat bb. Bagitau mak lagi pasal ni, mak suruh aku p hospital. sampai kt hospital, dr check, rupanya jalan dh pun bukak 1cm, terus aku kena tahan kat wad.malam tuh, nurse pindahkan aku ke wad cell labour room, bersebelahan dengan LR. punyalah ketar, ingatkan nak suh aku bersalin dah, tp rupanya dr nak bagi injection utk matangkan paru2 bb dan bagi ubat utk kurangkan contraction. sakit jugak injection tuh. pagi esok pun kena inject skali lagi. malam tu aku xdapat tdo sbb dok dgr org yg bersalin kt LR dok nangis2, jerit2...uiiiiiihhh amat menyeramkan. Apalah nasib aku nanti. moga dipermudahkan segalanya.

10 May 2010 - Monday
pagi ni sekali lagi aku kena injection utk matangkan paru2 bb. Famili aku (mak, tok, lang, adik ct, adk jiha, dik wan) datang lawat aku. keadaan aku masih sama. aku xder la sakit sgt, biasa je. selera makan pun mcm biasa, jgn ckp, nauzubillah weyy..x tolak apa yg ada depan mata. suma aku bedal.;) nurse pesan, jgn kerap sgt berjalan sbb boleh menyebabkan aku cepat bersalin nanti. dokter klu boleh xnak aku bersalin lagi sbb diorg isau takut terjadi apa2 komplikasi kt bb, yelah kan bb masih blom matang lagi masa tuh. Diorang klu boleh nak elakkan la kelahiran pramatang.

11 May 2010 - Tuesday
Hari ni segalanya bermula..abang seperti biasa after keja datang jengok aku. hari2 dia datang xpenah miss. kesian jugak kt dia..mesti letih. tp lagi kesian kat aku ni dok hospital borin ya amat;) bila waktu melawat dh abis, abang pun minta diri la balik dulu. Sempat lagi dia bagitau aku..esok dia akan datang lagi jumpa aku. huhu..

7.30pm contraction makin kerap. tp aku still bleh tahan lagi. masa ni abang dah balik dah. nurse x bagi aku jalan ke mana2 dah. kena baring je kat katil. nanti bila dokter sampai diorang akan check lagi. sebenarnya dari petang tadi aku dah rasa sakit sikit2 tapi aku xbagitau abang pun. sebab sakit yg aku rasa tu sama macam hari2 sebelum ni.

8.00pm
Doktor dah sampai, nurse bawak aku kt 1 bilik utk check bukaan pintu rahim. ada 3org doktor masa tu. suma lelaki, cina dan india. Terasa malu.huhu. kelam kabut diorang suma bila bukaan dh 4cm. aku pun berdebar2 memikirkan apa yg akan terjadi. fuhh suspen jew. doktor suh bawak aku ke cell LR. nurse tolong amik barang keperluan bb n bawak aku ke sana. Nurse suruh aku call suami. Aku dah nk bersalin ke? Seolah-olah tidak percaya. Aku pun call la abang gtau aku akan masuk LR kejap lagi. masa kt cell LR, doktor scan perut aku, tgok ukuran bb. kepala bb memang dah turun. Masa ni aku takut sangat. Masa ni, hanya istifar, selawat dan nama Allah swt saja yg bermain2 dibibirku. Sakit sekejap datang sekejap hilang. Makin lama makin kerap ia datang. tapi aku masih mampu menahan rasa sakit itu. Bila contraction makin kuat, trus diorang bawak aku masuk LR.

9.00pm
Contraction makin kuat dan makin kerap. Abang dah berada disisi aku. Terlihat kerisauan di wajahnya. Tangannya dihulurkan padaku untuk memberi semangat padaku. Bila sakit itu datang, kugenggam erat tangannya. Pertama kali aku melihat suami menangis untukku.. Hati terasa sebak dan terharu. Terima kasih suamiku, sentiasa disampingku dalam apa jua keadaan.

10.30pm
Sakit semakin kuat. owh macam ni rupanya sakit bersalin. Aku tak mampu nak tahan lagi. Kusuruh suami ku panggil doktor. Aku nak painkiller untuk kurangkan rasa sakit itu. Doktor datang, sekali lagi dia check bukaan. Doktor tak dapat beri painkiller sebab katanya jalan sudah buka 7cm, jika diberi juga akan memudaratkan bb. Mereka tak mahu mengambil risiko itu memandangkan bb ku bb premature. Dan aku juga tak sanggup nak membahayakan bb kami. Aku terus bertahan dan bertahan dari rasa sakit itu..Tiada apa yg aku fikirkan ketika itu, hanya mahu anakku selamat.

11.32pm
Akhirnya, permata hati kami selamat dilahirkan. Aku melahirkan bb girl. Kami memang tak pernah tahu jantina bb kami sebelum ini. Masa ni, suami tak ada bersama aku kerana doktor meminta suamiku tunggu di luar di saat2 aku sudah bersedia mahu melahirkan memandangkan anak kami pre-mature. Diorang takut berlaku apa2 komplikasi yg lain. Hati tersentuh mendengar tanggisan pertama bb kami. Tanggisan yg aku tunggu2 dan rindui selama ini. Nurse datang tunjukkan bb padaku.. kecil sangat kecil. cinonet je dia. Hanya 1.35kg.. cute.... Terkilan sangat sebab X sempat nak kiss dia, bb terpaksa dibawa ke wad ICCU immediatelyuntuk bantuan pernafasan. Semoga Allah permudahkan urusan anakku. Semoga anakku sentiasa dilindungi dari segala perkara yg tidak diingini.

12am++
proses menjahit apa yg patut;) pada doktor kutanya keadaan anakku. Anakku dalam keadaan sihat tetapi perlu pemantauan rapi.

1am++
Terasa dahiku di kiss someone. Tertido rupanya aku.. Bila kubuka saja mata, aku nampak suamiku. Tersenyum padaku. Digenggam erat tanganku, dibisikkan padaku "terimakasih sayang". Terasa diri disayangi, terasa diri sangat dihargai. Tiada apa yg kurasakan diwaktu itu melainkan perasaan sangat2 bahagia. Kutanya pada suamiku, sudahkah dia tengok bb kami.. Abang kata dia dah pun tengok bb kat wad iccu..bb ok cuma wat masa skang dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Abang suruh aku berehat dulu memandangkan aku keletihan..ya sangat letih..tak sabar rasanya nak pegi jumpa bb esok.
sekian...;)

Tuesday, April 20, 2010

28weeks = 7 month

Cepat betol kan masa berjalan.skang ni aku dh pun mencecah 28weeks. tinggal lagi 2 bulan je nak jumpa sama baby mama nih. Macam2 perasaan dah ada ni. Tak sabar, hapy, takut, nerves macam2 perasaan la dok bermain2 kt minda nih. Sampai skang aku ngan abang lom tau ape gender baby kami. masa scan 6month aritue xnampak pun. Baby cam malu2 plak nak tunjuk gender dia kat mama ngan papa eh. Apapun mama ngan papa xkisah sgt pasal gender baby ni. Kami terima seadanya. Yg penting baby sihat akal fikirannya dan sihat juga sifatnya. Insyaallah. mama ngan papa sayang baby ribu2 lemon tau. Next week ada check up lagi. Rasanya mesti kena inject for 2nd time. huhu.. Ramai cakap perut aku xbesar sangat. mungkin preggy anak 1st macam ni kot. perut xbapa nampak. Apa yang aku perasaan skang nih, aku selalu sakit pinggang. Aduyaiii seksa gak. Memalam nak tdo susah sgt. Kaki krem?? Alhamdulillah la x jadi sangat kat aku. Sepanjang tempoh preggy ni hanya 2 kali je ia menyerang aku. Apapun, aku bersyukur sangat sebab sentiasa diberi kesihatan yg baik dari awal preggy hingga kini. Alhamdulillah diberi peluang merasa nikmat mengandung ni. Suka sangat walau kadangkala menguji kesabaran mental jugak. Harap suma berjalan dengan lancar & selamat hingga bersalin nanti. Baby sayang..mama tak sabar tol nak jumpa baby=)

Wednesday, April 14, 2010

Perkembangan diriku ;)

3 month

4 month

6 month

Tuesday, March 30, 2010

25weeks = 6bln+

Pagi ni pegi check up 6bulan. kena inject le arini..berat aku dh naik 4kg..huhu..sblm nih 45kg n skang ni dh 49kg. patut ler aku rasa cm diri aku ni gemookkk. Rupa-rupanya mang gemuk pun. Mang skang ni selera makan aku bertambah2, jd no wonder la boleh gemokkan.. Result check up kali ni mcm selalu2 jugak, alhamdulillah aku ngn baby sihat. Cumanya skang ni, badan aku gatal2..abis badan parut2..uwaaa xsuka okey..sgt hodoh..mak aku cakap pembawakan budak tuh..nanti bila dh bersalin ilang la..yeker...harap2 la eh. semalam lak serba xkena aku nk tido. ngiring kanan xkena, ngiring kiri pun xkena, sakit pinggang tuh..tah jam bapa tah aku ttido. Baru aku tahu sukarnya org mengandung nih ehh.. mcm ni rupanya mak aku ngandungkan aku dedulu. tp aku suka dgn pengalaman nih.. sgt2 bermakna buat aku. Haihhh..xsabar la plak nak jumpa ngan baby mama nih. Dah makin noty dh syg skang ni eh..sket2 dok kuis2 perut mama eh..kadang2 tu sengal2 jgk perut mama. xper nanti baby syg keluar, mama ngan papa gomol2 syg pulak yewww;p

Thursday, March 04, 2010

Setelah Lama Menyepi

Salam you all;) kembali lagi aku disini.. Lama meh xmenaip sesuatu kat sini..sekarang aku dh 21wks.. dah leh rasa anak mama sayang ni gerak2..selalunya cinta hati mama ni aktif sgt diwaktu malam.siang hari jarang2 mama dapat rasa pergerakkan anak mama ni.xtau nak describe camna perasaan di waktu ini..sgt2 hapy,sebak pun ada. perut aku skang ni dh buncit dah.hehehe..klakar je tgk diri sendiri..cam kartun pun ada.. xperlah demi sayang, kartun pun kartun lah..janji sayang mama sihat2 aja.. abang plak skang ni suka sgt usik aku..cakap aku nih si buncittt..tah pape jew. taula abg tu maintain kering..hahha... klu dulu selera makan aku kurang, asyik muntah2 jew. tapi skang ni alhamdulillah dah okey.haihhh...lama sgt x menaip nih..cm kekok lak nk bercerita yer..sampai sini dulu lah tuk kali ni..jumpa lagi di lain hari dan waktu..;p

Thursday, December 10, 2009

1st check up

semalam aku mc.pegi 1st check up kat Rsat(Rumah Sakit Angkatan Tentera). Abang temankan aku. x ramai orang arini.ok lakan. wad kad merah. pastu part yg aku tgu2 adalah scan my tummy..teruja rasanya nak tgk anak mama;) alalala anak mama kecik lagi rupanya. jantung dah berdenyut2..alhamdulillah sihat2 aja anak mama. Duduk baik2 tau..hehehe..pastu settle wad kad suma, aku kena jumpa dr. try minta mc kat dr.nasib bek la leh dpt.kan pe selalunya dr kat Rsat ni susah amat nk bagi mc.huhu..next chec up bulan 1 nanti. pas settle suma, aku ajak abang g makan. lapar la sampai dh rasa mcm mau muntah2 dh ni. huhu. abis makan terus abang antar balik umah. pastu abang terus p ofis dia. tinggal la aku sorang2 kat umah. pe lagi baring2 la.hehhe..syooorga rasa hidup ni. semalam je aah..kuikui

anak mama 9wks++(kecik lagie...comeyy;)

Saturday, December 05, 2009

keadaan aku diwaktu ini

Sejak akhir-akhir ni aku selalu jew:- *malas.malas nak masak,malas nk g keja.malas nak buat apa2 jelah *selalu jer ngantuk. asal ada kt umah jer mang aku xlepaskan peluang utk tdo la.kat tempat keja asal break time je,cepat2 mkn pastu tdo kejap. sebelum ni xnah aku tdo kat ofis time rehat. *selalu lapar.tp bila makan xabis pun.akibatnya aku jadi letih sgt.macam mana tuh abang pun xdapat nak nolong *alhamdulillah setakat ni aku xder la ngidam yg bukan2. *tekak aku selalu je rasa loya2 tp x uwek2. tp kan khamis baru2 ni pas balik keja, aku rest kejap pastu g bilik air nk mandi.tetiba je aku teruwek2.fuh seksaaaa..pahit2.. abang masa ni xder sbb dia g men bola.aduyaiiii teruk eh bila uwek2..hope pasni xjadi lagi *skang ni aku xder selera nk makan nasi. kadang2 paksa jugak makan sebab rasa badan cam lemah2 jer.tp xleh masuk banyak *selalu sakit2 badan.lenguh2 gitu.. *perut aku pun dh nampak muncit sket skang nih;) tiap2 malam abang mesti usap2 perut aku sambil dok ckp2 ngn baby.kelakar jew rasa..

Tuesday, November 24, 2009

Mood aku

Sekarang ni aku selalu je letih2. Mungkin sebab aku xde selera nak makan kot. MAkan pun sikit2 jew. Pastu lapar balik. Tekak rasa pahit sangat, macam time demam tu. Nasi langsung x leh makan. Rasa meremang jew tekak aku nih bila tengok nasi. Tapi nasib baik la aku x pening2 atau muntah2 cam pengalaman kawan2 aku tu. Kalau tak mesti lagi letih kan. Sejak aku peknen ni, abang banyak berubah..abang banyak membantu aku dalam menguruskan hal rumahtangga.kadang-kadang aku xyah wat apapun, suma abang yang buat. Aritu aku balik keja, tengok umah dah kemas teratur baik punya..Pastu bila aku nk g amik kain2 kotor nk cuci, upanya abang dah siap cuci dah. Terharu aku.. Sian jugak aku kat abang. Walaupun aku letih, tapi aku tetap gagahkan diri wat keja2 yg agak ringan. Taknak lah nyusahkan abang sangat, aku tau abang pun mesti letih jugak, ngan keja ofis lagi kan. Bila la nk leh makan cm dulu2 ni.hehe..asyik ngat makan je..tah pape..tp kira ok lah, aku xder la alah teruk2 sgt. Alhamdulillah. Tp apa yg pasti, aku amat truja skali ngan pengalaman2 yg xpenah aku rasa ni;)

Monday, November 16, 2009

Kami sangat2 Bahagia;p

Bila terpandang menda alah tu conform suma orang taukan apa maknanya.hiks..yg tu upt test akunyer weyy..aku dh berjaya preggie..Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana doa aku dimakbulkan jua. Tersangatlah heppy..xder kata2 untuk gambarkan kegembiraan ini. Test tu aku buat pagi semalam. Masa beli ia, sorok2 dari encik suami.. kan pe aku xnak en suami terlalu berharap sgt..nti kecewa macam selalu kan..sian diaaa...aku xnak dia rasa kecewa. Biar aku sorang yang pendam kekecewaan itu.

Sebenarnya aku takut nak beli menda tu. Aku juga takut nak "mengetestnya" (abaikan ayat tah pape eh). Tapi aku cuba kuatkan semangat aku untuk beli jugak menda tu. Aku beli pun sebab "Cik P" dah delay 11days. Bukan xpenah delay, selalu sangat delay tp bila test -ve..kali ni xsangka plak nk +ve..macam nk lompat je aku pagi tuh..tapi aku xberharap sangat sebab, kalau ada yg mengikuti perkebangan treatment aku akan tau. Last appointment aku dengan dokter aritu, dr wat scan vagina, dr ckp kat aku yg "Cik P" dah nak datang. Aku kecewa sangat. Sejak dri aritu xhenti2 aku berdoa, wat solat hajat, berzikir..aku berdoa agar apa yang dr bagitau aku tu sebenarnya x betol..ish2, dasyat kan aku, xleh trima kenyataan lak tue. Pasti kini, kuasa Allah swt maha mengatasi segalanya. Pasti bukan, dr juga manusia biasa hanya mampu meramal.

Bila tengok +ve tu, dengan pantasnye aku kejutkan en suami. en suami masa tu tengah nyenyak tdo dibuai entah apa mimpinya. HAri minggu kan, concentrate la tdonya. Aku kejut dia xnak bangun. Dia mendengus macam malas.hampeh tol la. Aku dh xsabar2 nak bagitau dia nih..huhu..last aku bisik kat telinga En suami, "abang, sayang dah mengandung ni!"..En suami segera buka mata dia. Terkejut agaknya. "abang ni mimpi ke syg?" Aku segera tunjukkan upt test padanya..Kata2 pertama yg kudengar dar mulut En.suami "Alhamdulillah"...yer Alhamdulillah kami bersyukur atas kurniaan ilahi ini. Sesungguhnya sudah lama kami mengharapkan anugerah terhebat ini. After that, en suami dh xleh sambung tdo, mukin keterujaannya dengan dat news mengatasi segalanya ketika itu. Entah berapa kali En.suami sayang my cheek, aku pun xterkira dah..aku happy sangat sebab akhirnya dapat juga aku membahagiakan en Suami. Kami bahagia sangat2 diwaktu ini. HArap2 semuanya dipermudahkan.

Then aku call mak, aku bagitau dia yg xlama lagi dia akan nek pangkat..mak dah bleh agak bila aku cakap gitu. Menangis mak aku. Aku tahu mak mungkin kerana terharu dengan berita itu. Mak tak henti2 ucap syukur alhamdulillah. tima kasih mak kerana sentiasa berada disisi anakmu diwaktu susah dan senang. Tima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anakmu. Lepas tu kan, mak aku xhenti2 pesan kat aku, jangan ankat berat2, jgn mkn benda tajam2 n panas2. macam2 lagilah pesanan dia. Aku tahu mak sayang aku;p