Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label papa. Show all posts
Showing posts with label papa. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Taman Perbandaran Pulau Pinang 27/03/11

Assalammualaikum w.b.t

Lama rasaya menyepikan diri dari dunia blog. Ada banyak benda nak cerita tapi mood plak tak menentu. Asyik malas ja nak bercerita.huhu..Ni nak cerita pasal last weekend, Selalunya weekend kitaorang akan balik kampung. Biasa la maktok ngan wan asyik la bertanya balik kampung ke tak minggu ni. Teringat kat Amanie.. Aduyaii sekarang ni asyik la dok teringat kat cucu ja..kat anak dah tak teringat dah.

Ahad lepas, kitaorang pergi beriadah kat Taman perbandaran. Saja ja bawak Amanie keluar jalan-jalan. Kesian Amanie tak pegi mana2. Kat situ ada kolam. Jadi ni fisrt time la Amanie main air kolam yer.. Mula-mula nak bawa pegi Batu Feringgi, tapi keadaan cuaca tak berapa nak clear cancel la. Kan apa, situ kan pantai takut la..Teringat kat Jepun nuu..ngeriiii

Tak sangka pulak Amanie suka main air kolam tu. happy ja dia. Amanie dengan air memang suka. Kat rumah dok mandi pun tak penah lagi la mama dengar dia menangis. Suka mama tengok anak mama happy. Sengih manjang sepanjang main air ngan papa. Yang kelakarnya, bila papa bagi Amanie dekat mama dia tak nak, dia nak ke kolam tu lagi.Ermm...Time balik pun dok toleh-toleh ke kolam lagi ye sayang. Nanti-nanti free kita pegi Batu Feringgi plak ok sayang..Jom usha foto:)



Saturday, October 16, 2010

Kasihku Berbagi Dua

Assalammualaikum w.b.t

Yang mana satu eh nak pilih. Dua-dua mama sayang. Kadang-kadang dua-dua ni jugak mama geram. Kalau mama terlebih layan yang sorang ni, yang sorang tu tu ala-ala merajuk. Kalau mama terlebih layan yang sorang tu pulak, mula la yang sorang ni melalak tak hingatttt..Adoiiiiyai serba-salah mama dibuatnya. Susah betul la kalau berkongsi kasih ni. hihihi...Nak tahu ke siapa skandal-skandal mama tu? kalau nak tahu sila scroll ke bawah lagi :)

*

*

*

*

*

*

*

*


TADAAAAA



Yang sorang tu...pssst tgn awex mana tah kat bahu tu:)

Yang sorang ni :)

Hahaha...gila apa mama ada skandal. tak mau hidup lama agaknya kan jika betul-betul ada. Dosa, dosa tu, harus dijauhkan. Kannya apa kann, sejak bertiga ni, tanggungjawab mama semakin bertambah yer. Kalau dulu semasa berdua, tumpuan memang 100% kat papa tapi sekarang ni papa perlu berkongsi kasih sayang dengan boss kecik pulak. Masa bulan pertama bulan ke dua bertiga, mama akui masa untuk papa dah kurang sikit sebab mama lebih beri tumpuan pada boss kecik kami. Masa mula-mula tu, papa cam merajuk-rajuk jugak ngan mama. hahaha..comey-comey papa merajuk. Bila, mama terlebih bagi kasih sayang kat papa pulak, dan abaikan sekejap boss kecik tu, sekejap jeeee...ha mula la dia start enjin..mula-mula pelan je, bila mama tak hiraukan mula la melalak tak hingat. Macam kena dera pulak..hahaha..Penat mama melayan korang. Papa dear, sorry eh...tapi sekarang mama dah pandai dah bahagikan masa untuk kesayangan-kesayangan mama ni. Sekarang dua-dua dah puas hati. Ye ker????

** Pesan orang lama-lama, kekalkan peranan isteri buat suami. Jangan sesekali bertukar peranan menjadi   
     ibu kerna suami memerlukan seorang isteri bukan ibu. Sebab dia dah punya ibu :)

Wednesday, October 13, 2010

Maafkan Mama

Assalammualaikum w.b.t

Papa
Maafkan mama sebab sering mengungkit kisah-kisah silam
Lantas sakit hati sendiri
Bukan tidak cuba melupakan segala
Terkadang hati terlalu degil hingga membuatkan jiwa menjadi resah
Sedangkan papa tidak sesekali mempertikaikan kesalahan mama
Kata papa, yang berlalu biarkan ia terus berlalu
Maafkan mama

Papa
Maafkan mama sebab selalu memikirkan yang bukan-bukan
Walau mama tahu itu akan merosakkan hubungan kita
Mama cuba untuk berfikiran positif
Tapi entahlah, ianya sering mengganggu
Tapi papa tetap terima semuanya
Maafkan mama

Papa
Maafkan mama sebab selalu menyusahkan papa
agar menuruti kehendak mama
bukan niat untuk menggongkong
tapi sejarah lalu sering menghantui fikiran mama.
maafkan mama

Papa
Maafkan mama tentang segalanya. mama rasakan seolah mama
tidak kenal erti bersyukur kerna terlalu banyak permintaan dan
selalu memeningkan papa
Maafkan mama

Papa tetap baik dengan mama walaupun
mama perangai macam-macam

Papa
Terima kasih segalanya
Kini mama sedar papa umpama nadi dan nafas buat mama
dalam meneruskan kehidupan ini
Mama tidak tahu bagaimana untuk membalas segalanya
Cuma berharap agar dapat menjaga papa selagi mama masih bernafas.
Tak mahu membiarkan papa disakiti
hanya mahu memberikan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan
kerana mama sayang papa

Papa
Terima kasih lagi kerana sanggup melayan kerenah mama yang
kadangkala tidak masuk akal. Degil, keras kepala, keras hati,
suka memberontak
dan banyak lagi..kekurangan melebihi kelebihan
tetapi papa masih bersama mama
dan mama tidak pasti kenapa

Usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidakseindah sulaiman, mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tak setulus Zulaikha, tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tak sesempurna Rasulullah SAW

Friday, September 24, 2010

Check up Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Mama & Amanie berposing dulu. napa macam terkejut sayang:)
Semalam, bawa Amanie p RSAT untuk cucuk Amanie lagi. Sepatutnya masa umur 4 bulan, tak perlu dicucuk tapi memandangkan Amanie tercicir 1 lagi imunisasi terpaksalah bawa dia untuk dapatkan imunisasi Hepetatis B dos 2. Gila ramai orang semalam. Dapat no giliran 24, penat menunggu. Nasib Amanie behave Mula tu, start enjin jugak. Mama bagi susu sebotol, terus baik ja dia. Current weight 3.75kg. Erk..macam sikit ja naiknya. Bimbang juga di situ. Masa cucuk nangis kejap ja, pastu dah ok balik, dah leh senyum2, sembang2 ngan mama.

Selesai bab cucuk, mama papa bawa Amanie p Hospital pulak sebab di tarikh yang sama ni Amanie ada appointment ultrasound cranium. Sepatutnya dah lama buat tapi terpaksa postpon atas sebab yang tak dapat dielakkan. Menurut doktor, ultrasound penting untuk bayi2 prem ni, untuk pastikan takde bleeding kat otak bayi. Masa proses tu, Amanie menangis sungguh2 hati. Macam sakit2 ja. Padahal mama tengok biasa ja proses tu. Doktor letak gel yang sejuk kat kepala Amanie. Gel yang sama masa nak scan perut mama dulu;) pastu doktor geser2 la kat sekitar cranium Amanie tu. Aduhai anak mama. Mama rasa, mungkin Amanie marah kot mama ngan papa dok pegang kepala Amanie masa proses tu. hihi..sorry sayang terpaksa. kalau tak pegang dok tergeleng-geleng. Bila dah dapat report, terus p jumpa doktor. Doktor bagitau semua ok, cuma ada satu lapisan kat otak tu ada ruang dalam 0.8m. Tapi tak membimbangkan kerana biasa bagi bayi. Nanti masa appointment seterusnya pakar akan decide samada perlu scan ke macam mana.

Amanie yang letih menangis
Akhirnya tertido
Hari ni mama on leave. bestnya dapat luangkan masa bersama Amanie. Papa dua tiga hari ni bz, sebab dok wat preparation untuk jamuan hari raya. Lepas mama mandikan Amanie, menyusukan Amanie, terus Amanie tido. Letih yer sayang. kesian dia ;)

Perut kenyang, mata layu, kita tidooo dulu

Nyenyak ja tido, mama turunkan Amanie dari buai


Wednesday, September 15, 2010

Kau Yang Terindah

Assalammualaikum w.b.t

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah



Tuesday, September 14, 2010

Cintaku Demam

Assalammualaikum w.b.t

Ni cerita semalam. Sampai ja mama kat umah, tengok papa takda kat ruang tamu. Selalunya kalau papa balik awal mesti dia baring2 layan tv. P tengok kat bilik, papa tido. Terus p kat papa, hug dia, alamak panasnya badan papa. rupanya papa demam. Ajak papa p amik ubat, tapi macam biasala papa, liat sangat nak amik ubat. Mama ke dapur buatkan air milo semug dan ambik butter cookies kegemaran papa tu, suh papa makan. Pastu mama bagi panadol kat papa, paksaan ok. Aduhai papa, susah benar nak makan ubat. Papa jarang jatuh sakit tapi bila Papa jatuh sakit begini, amat2 manja sekali dia. Mengalahkan si Amanie pulak ;) Sian papa. Semoga cepat sembuh ya sayangku...

Monday, March 29, 2010

26thn sudahh

Photobucket
Entry nie khas tuk abang.. Tanggal 27hb Mac adalah tarikh abang dilahirkan..sudah 26 tahun yer abang skang nih..hehehe...masih tidak terasakah diri semakin tua..opss matang..kihkih..internet mcm mengong je sejak 2 menjak nih. dh wat dh n3 then bila nk publish post je, cannot find server.tension den.
Apapun, selamat hari lahir ye abang..harapan sayang, abang diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezki(supaya syg pun leh tumpang jgk;p), dipanjangkan umur yer. walaupun utk thn ni tiada sambutan, tp kita tetap happy kan..abang kan..hehhe..thn dpn kita celebrate skali ngn anak kita ehh;p

Tuesday, March 23, 2010

Abang...abang..

Semalam, lebih kurang jam 4pm cam tuh, aku dapat 1 text dari Mej Ridzuan. Katanya abang pengsan kat office dan sudah dibawa ke GH untuk rawatan lanjut. Baca jew text tuh, dada ni ha jadi berdebar2 sgt, gigil2 aku rasa. Apa plak la kali nih. Dah la sejak kebelakangan ni aku selalu mengah2, nafas pun pendek2 jew. Dapat lak berita macam ni..Aduuhhh..x tau nak ckp la mcm mana. Harap xder apalah yg serius.Terus aku call Mej Ridzuan, nak tahu perkembangan abang waktu tuh.. Mej Rizuan cakap, abang dah sedar dah. Abang kena admit 2jam jer untuk tambah air. Sebotol jew pun. mukin x kena admit kat wad. Alhamdulillah xder apa yg serius berlaku kat abang. risau betul laaa..Keje kat ofis ni dah tak leh nak fokus dah. Asyik ingat abang jew. Cepat2 aku siapkan keja aku aku n blah awal..Act abang jd macam tu sbb x amik lunch aku rasa, ditambah lak letih ngan kerja2 yg bertimbun tuh. Dengan cuaca skang ni lagi panas semacam. Dr bagitau abang kurang gula. Haihhh kurang pun xleh yer..lebih lagi la kan.. Sian abang. Harap abang cepat baik eh...