Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, October 11, 2010

11.10.2010

Assalammualaikum w.b.t

Kenapa dengan tarikh ini? Takda apa sebenarnya. Cuma dengan wujudnya tarikh ini, genaplah usia Amanie 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Anak mama semakin membesar. Membesar dengan sihat. Syukur sangat. Semoga anak mama juga akan membesar menjadi anak yang pintar serta menyenangkan orang-orang disekelilingnya.

Mengenai perkembangan Amanie, ermm takde la banyak sangat. Buat masa sekarang Amanie belum pandai meniarap, gaya-gaya tu dah ada dah. Mengiring2 ja. Berat badan kot Amanie ni, tak larat nak angkat badan. Sekarang ni dah pandai dah tak mau baring2, nak suruh orang angkat dia. Wah wah besaq akai naaa. Lagi yang mama perasan tentang Amanie, kepala Amanie dah tak lembik2 lagi dah. mama suka la sebab senang mama nak dukung Amanie. Apa lagi yer, owh sekarang ni Amanie suka main-main air liur. habis basah lencun baju dia. Andai pakai sarung tangan, lencun la jugak sebab dah pandai dok masukkan kan tangan dalam mulut tu. Hisap-hisap. Bila tengok mama, papa makan, mulut dia tu dok cap cap macam nak makan jugak.. Sabar ye sayang...tapi sekarang mama tak kerap sangat pakaikan Amanie sarung tangan sebab nak kasi Amanie explore sikit kan. Lagi 2 minggu Amanie akan kena inject lagi untuk 5 bulan. Itu saja tentang Amanie.

0 Bisikan Asmara (::