Showing posts with label Bezday. Show all posts
Showing posts with label Bezday. Show all posts
Wednesday, May 11, 2011
Happy 1st Bezday My lovely Little princess :)
11 Mei 2010, 11.32pm lahirlah seorang bayi comel yang sangat2 kecil hanya seberat 1.32kg..Kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga kita terutamanya mama dan papa. Suatu impian yang mama dan papa idam-idamkan selama 4 tahun setelah bergelar suami isteri. Kelahiranmu memberikan sejuta sinar kebahagiaan buat mama & papa. Lalu mama dan papa sepakat memberikan nama yang indah buat puteri kecil kami. Nur Aimey Amanie nama diberi.. Cahaya Keberkatan Dan Cita-citaku..Proses kelahiranmu tidak serumit mana memandangkan mama hanya berjuang lebih kurang 3jam sahaja. Syukur kepada-NYA memudahkan proses kelahiran buat mama. Terima kasih sayang kerana mama tahu Amanie pun turut berjuang bersama-sama mama. Amanie anak yang kuat. Sedari kecil lagi Amanie sudah diuji. Walaupun masih ramai lagi bayi-bayi dan mama-mama yang maha hebat ujian dari-NYA. Tapi mama tetap teruji dengan situasi dan keadaan ketika itu. Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecil yang lahir dari rahim mereka menangis kesakitan di suntik hari-hari, dimasukkan drip ditangan kecil kadang-kadang dikaki juga, dimasukkan tube ke dalam perut mereka hanya untuk setitis susu ibu. Tak tahan hati mama melihat tangan kecil, kaki kecil, kiri dan kanan anak mama lebam-lebam kesan suntikan drip dan juga ujian darah. Setiap hari mama pegi melawat anak mama, dan menangis mama bila melihat Amanie muntah-muntah selepas menyusu. Paling mama sedih bila susu yang Amanie minum keluar ikut hidung.. Kesian anak mama.
Hari ini 11 Mei 2011, Tarikh yang sama tapi keadaan sudah berubah. Amanie bukan lagi anak kecil yang lemah seperti setahun yang lalu. Amanie sekarang dah membesar dengan sihatnya. Amanie sekarang cukup lasak sampai mama letih menjaganya. Tapi tak mengapa, mama suka. Hilang segala penat mama melihat keletahnya. Nak marah pun tak jadi marah bila tengok senyumannya. Selamat hari lahir sayang. Mama mengharapkan anak mama sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik. Semoga Amanie menjadi seorang anak yang solehah buat mama dan papa yang akan mendoakan mama dan papa ketika mama dan papa tiada kelak. Semoga dirimu sentiasa disayangi dan dikasihi orang-orang disekelilingmu dan menjadi anak yang bijak. Semoga dipanjangkan usiamu sayang..Mama dan papa love u very much... emmmuachhhh
Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 4:19 PM 3 Bisikan Asmara (:
Labels: AmanieSayang, Bezday
Monday, October 11, 2010
11.10.2010
Kenapa dengan tarikh ini? Takda apa sebenarnya. Cuma dengan wujudnya tarikh ini, genaplah usia Amanie 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Anak mama semakin membesar. Membesar dengan sihat. Syukur sangat. Semoga anak mama juga akan membesar menjadi anak yang pintar serta menyenangkan orang-orang disekelilingnya.
Mengenai perkembangan Amanie, ermm takde la banyak sangat. Buat masa sekarang Amanie belum pandai meniarap, gaya-gaya tu dah ada dah. Mengiring2 ja. Berat badan kot Amanie ni, tak larat nak angkat badan. Sekarang ni dah pandai dah tak mau baring2, nak suruh orang angkat dia. Wah wah besaq akai naaa. Lagi yang mama perasan tentang Amanie, kepala Amanie dah tak lembik2 lagi dah. mama suka la sebab senang mama nak dukung Amanie. Apa lagi yer, owh sekarang ni Amanie suka main-main air liur. habis basah lencun baju dia. Andai pakai sarung tangan, lencun la jugak sebab dah pandai dok masukkan kan tangan dalam mulut tu. Hisap-hisap. Bila tengok mama, papa makan, mulut dia tu dok cap cap macam nak makan jugak.. Sabar ye sayang...tapi sekarang mama tak kerap sangat pakaikan Amanie sarung tangan sebab nak kasi Amanie explore sikit kan. Lagi 2 minggu Amanie akan kena inject lagi untuk 5 bulan. Itu saja tentang Amanie.
Mengenai perkembangan Amanie, ermm takde la banyak sangat. Buat masa sekarang Amanie belum pandai meniarap, gaya-gaya tu dah ada dah. Mengiring2 ja. Berat badan kot Amanie ni, tak larat nak angkat badan. Sekarang ni dah pandai dah tak mau baring2, nak suruh orang angkat dia. Wah wah besaq akai naaa. Lagi yang mama perasan tentang Amanie, kepala Amanie dah tak lembik2 lagi dah. mama suka la sebab senang mama nak dukung Amanie. Apa lagi yer, owh sekarang ni Amanie suka main-main air liur. habis basah lencun baju dia. Andai pakai sarung tangan, lencun la jugak sebab dah pandai dok masukkan kan tangan dalam mulut tu. Hisap-hisap. Bila tengok mama, papa makan, mulut dia tu dok cap cap macam nak makan jugak.. Sabar ye sayang...tapi sekarang mama tak kerap sangat pakaikan Amanie sarung tangan sebab nak kasi Amanie explore sikit kan. Lagi 2 minggu Amanie akan kena inject lagi untuk 5 bulan. Itu saja tentang Amanie.
Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 9:06 AM 0 Bisikan Asmara (:
Labels: AmanieSayang, Bezday
Friday, October 01, 2010
1 October Datang Lagi..
Assalammualaikum w.b.t.
Ada apa dengan 1 October?? Malas nak bebel banyak-banyak. Yang pastinya hari ini adalah hari kelahiran mama. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi ini. Tiada apa yang diharapkan, melainkan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna serta kebahagiaan di samping insan-insan tersayang..Aminn...
Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 4:43 PM 3 Bisikan Asmara (:
Monday, March 29, 2010
26thn sudahh
Entry nie khas tuk abang.. Tanggal 27hb Mac adalah tarikh abang dilahirkan..sudah 26 tahun yer abang skang nih..hehehe...masih tidak terasakah diri semakin tua..opss matang..kihkih..internet mcm mengong je sejak 2 menjak nih. dh wat dh n3 then bila nk publish post je, cannot find server.tension den.
Apapun, selamat hari lahir ye abang..harapan sayang, abang diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezki(supaya syg pun leh tumpang jgk;p), dipanjangkan umur yer. walaupun utk thn ni tiada sambutan, tp kita tetap happy kan..abang kan..hehhe..thn dpn kita celebrate skali ngn anak kita ehh;p
Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 10:13 AM 2 Bisikan Asmara (:
Thursday, March 26, 2009
Selamat Ulang Tahun Dear
Detik jam 12am, 27 Mac 2008 maka genaplah 25 tahun usia my dear, my sweetheart, my
soulmate n my everything *WAN MUHAMMAD SYAKIR B. HASSAN*. Di kesempatan
nie..mama nak wish something utk papa.Hopefully Tuhan panjangkan umur papa untuk terus
melayari kehidupan ni bersama-sama mama.Harapan mama agar papa owes dimurahkan rezki
dan dipermudahkan dalam segala hal. xlupa juga mama harap sgt segala impian papa jua impian
mama mungkin akan tercapai jua nti. Insyallah..
Love u ever dear ;p muaaaaaxxxxx
Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 8:59 PM 0 Bisikan Asmara (:
Friday, March 28, 2008
~My Soulmate Bezday~



Hasil Contengan Oleh IedaSyaida at 12:01 AM 0 Bisikan Asmara (:
Labels: Bezday
Subscribe to:
Posts (Atom)