Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, November 24, 2009

Mood aku

Sekarang ni aku selalu je letih2. Mungkin sebab aku xde selera nak makan kot. MAkan pun sikit2 jew. Pastu lapar balik. Tekak rasa pahit sangat, macam time demam tu. Nasi langsung x leh makan. Rasa meremang jew tekak aku nih bila tengok nasi. Tapi nasib baik la aku x pening2 atau muntah2 cam pengalaman kawan2 aku tu. Kalau tak mesti lagi letih kan. Sejak aku peknen ni, abang banyak berubah..abang banyak membantu aku dalam menguruskan hal rumahtangga.kadang-kadang aku xyah wat apapun, suma abang yang buat. Aritu aku balik keja, tengok umah dah kemas teratur baik punya..Pastu bila aku nk g amik kain2 kotor nk cuci, upanya abang dah siap cuci dah. Terharu aku.. Sian jugak aku kat abang. Walaupun aku letih, tapi aku tetap gagahkan diri wat keja2 yg agak ringan. Taknak lah nyusahkan abang sangat, aku tau abang pun mesti letih jugak, ngan keja ofis lagi kan. Bila la nk leh makan cm dulu2 ni.hehe..asyik ngat makan je..tah pape..tp kira ok lah, aku xder la alah teruk2 sgt. Alhamdulillah. Tp apa yg pasti, aku amat truja skali ngan pengalaman2 yg xpenah aku rasa ni;)

Saturday, November 21, 2009

Nazar oh Nazar!

Eh korang penah bernazar tak? Tetiba je kan bertanya soalan tuh.huhu.. Nazar ni janji kita dengan Allah kan..ermm aku nih mang penah sangat la bernazar. Rasanya kerap juga la..hiks..tapi xder lah aku bernazar yg bukan2 kan, hanya bernazar apa yg termampu aku buat. Seingat aku la aku mula start bernazar ni masa aku umur 20tahun. Masa tu aku repeat STPM..huhu..yg 1st kantoi aah..MAsa tu aku nazar jika 2nd exam tu aku dapat result bagus n boleh masuk universiti, aku nak puasa 3hari berturut2. Masa aku dah kawin *pas abis study trus kawin,xnyempat dah;p* aku selalu minta agar aku cepat2 dapat keja. Yelah baru kawin kan, jadi kewangan tu xbapa nak cukup lah. X kisah la keje apapun janji keje and dapat aku tolong ringankan beban en suami kan.*kira bagus jgk kan wife dia, wah2*..masa ni pun nazar nk puasa 3hari berturut2. Alhamdulillah, after 3months aku menburu keja akhirnya dapat jugak aku bekerja. Tak der lah aku kebosanan dirumah sorang diri.. di awal perkahwinan aku ngn en.suami tercinta juga, aku diuji lagi. Masa ni en.Suami sakit..huhu..terasa dunia cam gelap skejap..terpaksa bawa balik En.suami untuk berubat secara traditional. masa ni plak nazar aku, jika en suami sembuh aku nak wat kenduri doa selamat..Masa ni jugak aku terpaksa lepaskan keja aku tuh, yelah aku kan baru keja tetiba je minta cuti panjang lak kan. Memandangkan bos aku xleh nk trima cuti aku tu makanya terpaksa la aku wat keputusan tuk behenti jew demi utk En.suami. Aku sanggup buat apa saja utk dia..Kalau nak ikutkan boleh ja aku duduk kt penang ni sorang2, antar en suami berubat kat kg. tp aku xsampai ati plak..aku tau masa ni en suami sangat2 memerlukan perhatian dari orang2 tersayang. Sebab tu lah, kalau en suami terguris perasaan aku, rasa sedih sgt sbb seolah2 pengorbanan aku selama ni tak dihargai..kadang2 aku ni wengggg sket, suka emosi2..huhuk..Alhamdulillah, en.Suami sembuh jugak. Then, aku bernazar untuk mendapat zuriat plak..kali ni aku bernazar andai kata Allah kurniakan kami zuriat, aku akan berpuasa selama 7hari berturut2. YAng lain2 suma aku dah tunaikan cuma Yang ni je aku belom tunaikan lagi..sebab skang ni aku cepat letih..lagipula aku klu boleh, nak bb dalam rahim aku ni dapat khasiat yg sempurna..insyallah, lepas sumanya selamat nanti aku akan tunaikan. Kadang2 aku rasa malu sebab terlalu meminta2 dengan DIA..walhal selalu je aku ni lalai dalam mengingati DIA. Terharu sangat sbb DIA tetap ingat dan sayang pada aku wlpun aku selalu lalai.. Tapi dalam hati, aku tetap ingin menjadi yg lebih baik. Insyallah

Monday, November 16, 2009

Kami sangat2 Bahagia;p

Bila terpandang menda alah tu conform suma orang taukan apa maknanya.hiks..yg tu upt test akunyer weyy..aku dh berjaya preggie..Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana doa aku dimakbulkan jua. Tersangatlah heppy..xder kata2 untuk gambarkan kegembiraan ini. Test tu aku buat pagi semalam. Masa beli ia, sorok2 dari encik suami.. kan pe aku xnak en suami terlalu berharap sgt..nti kecewa macam selalu kan..sian diaaa...aku xnak dia rasa kecewa. Biar aku sorang yang pendam kekecewaan itu.

Sebenarnya aku takut nak beli menda tu. Aku juga takut nak "mengetestnya" (abaikan ayat tah pape eh). Tapi aku cuba kuatkan semangat aku untuk beli jugak menda tu. Aku beli pun sebab "Cik P" dah delay 11days. Bukan xpenah delay, selalu sangat delay tp bila test -ve..kali ni xsangka plak nk +ve..macam nk lompat je aku pagi tuh..tapi aku xberharap sangat sebab, kalau ada yg mengikuti perkebangan treatment aku akan tau. Last appointment aku dengan dokter aritu, dr wat scan vagina, dr ckp kat aku yg "Cik P" dah nak datang. Aku kecewa sangat. Sejak dri aritu xhenti2 aku berdoa, wat solat hajat, berzikir..aku berdoa agar apa yang dr bagitau aku tu sebenarnya x betol..ish2, dasyat kan aku, xleh trima kenyataan lak tue. Pasti kini, kuasa Allah swt maha mengatasi segalanya. Pasti bukan, dr juga manusia biasa hanya mampu meramal.

Bila tengok +ve tu, dengan pantasnye aku kejutkan en suami. en suami masa tu tengah nyenyak tdo dibuai entah apa mimpinya. HAri minggu kan, concentrate la tdonya. Aku kejut dia xnak bangun. Dia mendengus macam malas.hampeh tol la. Aku dh xsabar2 nak bagitau dia nih..huhu..last aku bisik kat telinga En suami, "abang, sayang dah mengandung ni!"..En suami segera buka mata dia. Terkejut agaknya. "abang ni mimpi ke syg?" Aku segera tunjukkan upt test padanya..Kata2 pertama yg kudengar dar mulut En.suami "Alhamdulillah"...yer Alhamdulillah kami bersyukur atas kurniaan ilahi ini. Sesungguhnya sudah lama kami mengharapkan anugerah terhebat ini. After that, en suami dh xleh sambung tdo, mukin keterujaannya dengan dat news mengatasi segalanya ketika itu. Entah berapa kali En.suami sayang my cheek, aku pun xterkira dah..aku happy sangat sebab akhirnya dapat juga aku membahagiakan en Suami. Kami bahagia sangat2 diwaktu ini. HArap2 semuanya dipermudahkan.

Then aku call mak, aku bagitau dia yg xlama lagi dia akan nek pangkat..mak dah bleh agak bila aku cakap gitu. Menangis mak aku. Aku tahu mak mungkin kerana terharu dengan berita itu. Mak tak henti2 ucap syukur alhamdulillah. tima kasih mak kerana sentiasa berada disisi anakmu diwaktu susah dan senang. Tima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anakmu. Lepas tu kan, mak aku xhenti2 pesan kat aku, jangan ankat berat2, jgn mkn benda tajam2 n panas2. macam2 lagilah pesanan dia. Aku tahu mak sayang aku;p

Saturday, November 14, 2009

Sabarlah, Wahai Sahabatku!

Sebak aku mendengar kisah hidup seorang sahabat aku. Marah, kerana sahabatku diperlakukan begitu. Dia, Seorang sahabat yang aku kenal sejak dari kami mula belajar mengenal apa itu ABC, 123, iaitu di awal persekolahan kami(Tadika Kemas). Sehinggalah sekarang kami masih lagi bersahabat. Segala kisah-kisah suka mahupun duka selalu berkongsi bersama. Walaupun masing-masing sedar tidak akan mampu untuk menolong menyelesaikan masalah itu tetapi cukuplah sekadar meringankan rasa sesak yang bersarang dihati. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang sudi mendengar dan memahami apa yang terpendam dalam hati. Sungguh aku tak sangka sama sekali nasibnya akan berakhir sedemikian rupa. Tapi itu lebih baik buat dirimu dan anak-anak wahai sahabat. Itulah, hidup ini bagaikansebuah roda, kadang-kadang ia di atas dan kadang-kadang ia di bawah. Kita tidak boleh menduga apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita yang akan datang. Senjata yang ada pada kita hanyalah DOA supaya urusan kita dipermudahkan. Maaf! Bukanlah niat aku untuk mengaibkan sahabatku sendiri. Tidak sama sekali. Apa yang terjadi padamu wahai shabat, akan aku jadikan sebagai pedoman. Apa yang berlaku terhadap sahabatku ini biarlah hanya aku dan dirinya saja yang tahu. Sahabat, di kala ini aku tahu terlalu berat untuk kau hadapi semua ujian ini. Tapi percayalah, kau tidak keseorangan. MAsih ramai yang sayang. Kau masih ada keluarga yang tak pernah membuang kau dari hidup mereka. Kau masih ada teman-teman yang selalu menyokong walau apapun yang berlaku. Kau harus percaya bahawa ada hikmahnya di sebalik semua ini. Aku yakin berkat kesabaran kau selama ini akan memberikan seribu kemanisan. Bersabarlah, semuanya akan berakhir. Sahabatku, 5 tahun bukanlah satu jangka masa yang sekejap. 5 tahun kau memendam rasa. Allahuakbar! Sedih hati aku, meruntun jiwaku tat kala mengetahui semuanya. Sungguh sabar dirimu, sungguh cekal hatimu wahai sahabat. aku harap kau akan terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang berliku ini. Demi anak-anak kau harus terus maju ke hadapan, usah berpaling lagi. Gagal sekali tidak bermakna kau akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan itu suatu pengalaman dan pengajaran untuk menjadi dirimu ke arah yang lebih baik. Sahabat, aku tahu mudah untuk aku berkata-kata kerana bukan aku yang menanggung semua itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan itu. Tapi percayalah sahabatku bahawa aku sayangkan kau. Sayang sangat. Aku turut merasa kesakitan yang kau rasa. Aku sentisa mendoakan kesejahteraan buat kau dan anak-anak. Bahagia pasti menjadi milikmu jua.

Wednesday, November 11, 2009

Rawatan Kesuburan 2

10 Nov 2009:
Aku temankan abg pegi GH Pulau Pinang. Awal-awal pagi dah bangun siap-siap. Risau terlambat lak nanti. Pagi-pagi bukan tak tau, kenderaan banyak. That day abang kena antar dia punya sperm kat Patology Depart. 10minit jam 8pagi kitaorang dah sampai.nasib baik la kan sebab menda alah tu kena antar pada jam 8pagi. Takde la lama kitaorang kat sana, just antarkan ajer pastu dah leh balik. Resultnyer maybe akan dapat tau masa next appointment aku ngan dokter nanti. Next appointment bulan 12 nanti. Tapi sekarang ni aku susah ati betol la. Ujian darah belom buat lagi, ujian xray pun belum buat lagi. Dok tunggu cik *P* datang, bila dia dah datang baru la boleh wat ujian-ujian tu suma. Risaunya takut kena postpon appointment tu. Memang lambat jugak la nampak gayanya. Apapun harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku dan suami.

Friday, November 06, 2009

copycat@plagiat

Sengaja nak bercerita pasal isu nih. Beberapa hari lepas, aku berjalan2 ke blog teman blogger. Lepas tu aku terbaca, eh taklah memang aku nak baca entry sorang adik nih. Beliau aku kenal sejak zaman bermyspace lagi. Entry berkaitan copycat ni ler kann. Melalui entry tu jelas menunjukkan bahawa entry beliau telah dipinjam, tapi rasa-rasanya bukan dipinjam kot sebab kalau dipinjam mesti bagitau terlebih dulu ye tak? mukin diambil,diciplak,dicopycat,diplagiat atau seangkatan dengannyer lahhh..Rasa-rasa aku ini bukan kali pertama aku baca pasal isu ni kat blogspot ni. Pernah jugak aku terbaca mengenai ketidakpuasan hati si mangsa2 berkenaan mengenai hal ni. Dekat blog pun jadi jugak yew. Isu ni sebenarnya dah lama sangat dah berlaku. Masa aku study dedulu pun isu ni sangatlah bermaharajalela. Assignment janganlah sesuka hati bagi kawan-kawan pinjam yew..konon-konon sebagai rujukan, walhal dicopy bulat2,bujur,melintang suma occay. Yang hairan bin ajaib tu, mereka-mereka yang terlibat dengan gejala tu tak der pulak rasa bersalah yew. Seolah-olah hasil penulisan mereka tu sumber ilham sendiri.walllahhhhh hebatkan mereka. Aku pun pernah menjadi salah seorang mangsa kepada mereka-mereka yang bergiat aktif dalam bidang pinjam meminjam hak orang lain tanpa meminta izin ni. Voleyyy gitu. DAri pengamatan aku penulisan aku ni xder la bagus, berterabur sana sini. Tapi sapa sanka aku turut menjadi mangsa..Mula-mula tu tak perasan tapi bila diteliti, aiseyyyy...terfikir sejenak, adakah idea aku ni boleh sama dengan orang itu? Adakah perasaan aku ini juga sama dengan orang itu? Atau adakah perjalanan hidup aku ni juga sama dengan orang itu? terkesima diri sebentar. Itu kan, manusia ni rambut je hitam, tapi hati lain-lain. Tupun rambut di alaf milinium ni dah tak hitam sumanya dah, ada macam-macam colour dah..hiks. Aku takde lah marah ke hape, cuma terkilan je sket. MAri renung-renungkan bersama;p

Wednesday, November 04, 2009

Tok Wan & kakak Sepupuku

Petang semalam, mak aku call..nasib baik aku dh pun sampai kt kuaters. bolehla borak panjang klu aku masih drive xdapatlah nak borak lama2. mak aku bagitau, tok wan aku sakit pulak dan admit sekali lagi kat HSB Alor Setar.. kesian tok wan, rasanya dah dekat sebulan dah dia sakit. harap-harap tok wan aku cepat-cepatlah sihat..katanya jika keadaan tok wan masih tak berubah, doktor akan transfer dia ke Hosp Pulau Pinang lak.. lepas tu mak aku bagitau, kakak sepupu aku dah pregnen.aku macam hahhhhh!!! bukan tekejut apa, kakak sepupu aku tuh dah 10 tahun kawin..tup2 rezeki dia di tahun ni. alhamdulillah aku turut happy untuk dia.sumpah skit pun aku xder perasaan cemburu. jika tidak sebelum2 ni, klu aku dapat tahu sapa2 yg aku kenal pregnen,aku ada rasa sedikit cemburu.itu normal kan bagi orang2 yg macam aku ni yang masih menanti.kenapa perasaan cemburu tu dah x ada eh? mukin aku dah boleh terima kot keadaan ni.harap begitulah. itulah kan janji Allah adalah pasti..Harus bersangka baik dengan DIA..Usaha yang diiringi dengan doa serta tawakal pasti akan memberikan sesuatu yang manis buat kita. Tahniah kak, kesabaran dan ketabahan selama 10tahun lalu telah memberikan kemanisan & kepuasan yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata..Ida happy untuk akk..

Aku,Suatu ketika Dulu & Kini

Suatu ketika dulu....
diwaktu aku masih anak-anak kecil,jika ditanya oleh sesiapa mahu jadi
apa besar nantijawapan yg sering meniti dibibir kecil ku, guru.
Suatu ketika dulu...
ketika aku menginjak ke alam remaja..aku adalah anak yg degil..
pastinya mak dan ayahku susah hati denganku.
mereka juga seperti ibu bapa yg lain inginkan anak mereka
menjadi insan yg baik..maafkan aku
Suatu ketika dulu
ketika aku di universiti siapa sangka aku mengambil kursus
kewartawanan dan bukanlah pendidikan
siapa sangka juga aku sekarang bukanlah seorang wartawan
Suatu ketika dulu..
aku pernah menyatakan bahawa akan hanya memberi peluang
kepada insan yg umurnya melebihi umur aku untuk berdamping denganku
xpenah terduga olehku akan "terjatuh cinta"dengan insan yg umurnya
lebih muda dariku*suamiku kini*
Suatu ketika dulu...
Aku merancang akan menamatkan alam sigle migleku
ketika usia ku 28tahun ternyata diusia 24tahun aku telah
menjadi isteri kepada seseorang yg amat aku cintai,kasihi,sayangi
suatu ketika dulu...
di awal perkahwinan, terfikir hanya bersedia untuk
mendapatkan bukti kasihsayang kami selepas setahun perkahwinan.
kerana ketika itu aku inginkan kewangan kami kembali
stabil terlebih dahulu supaya kami dpat memikul
amanah Allah dgn sebaiknya
tapi kini...
Aku dah bersedia memikul amanah Allah itu.semakin hari aku
semakin tertekan.pelbagai usaha telah kulakukan.namun apa yg
diingini masih belum kumiliki
kepada suami,
maafkan isterimu ini kerna kutahu dihatimu kecewa
walau dirimu tidak pernah menunjukkan rasa kecewa itu kepadaku
terima kasih kerana sentiasa berada disisikudihari hari suka
dan dukaku.terima kasih sayang.tanpa dirimu siapalah aku
kepada mak,ayah,mil,fil
maafkan anakmu ini kerana masih belummampu memberikan
sinar keceriaan buat kalian.terima kasih kerana banyak
memberi sokongan untuk anakmu.terima kasih kerana tidak
mendesak anakmu ini.terima kasih kerana sentiasa memahami
anakmu ini.anakmu ini sayangkan kalian semua.tanpa kalian tentunya
anakmu ini tidak sekuat ini menerima ujian ini.sudah terbukti,
kita hamba yg lemah.hamba yg menumpang sementara didunia ini
kita hanya mampu untuk merancang.tetapi DIA yg menetukan segalanya
sudah diatur perjalanan hidup kita.kita hanya perlu
mencorakkannya agar menjadi lebih baik