Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, December 27, 2010

Pencarian Susu Buat Anakku

Assalammualaikum w.b.t

Erm hampir seminggu lebih eh mama tak berblogging. Kekangan masa membataskan segalanya. Cewahh.. Sekarang ni mama dok tercari-cari susu yang sesuai untuk Amanie. Ni adalah susu yang pertama mama perkenalkan untuk Amanie. Susu ni boleh tahan jugak la harga dia. tapi demi Amanie mama dan papa sanggup saja. Tapi rasanya Amanie tak sesuai minum susu ni sebab dia selalu ja muntah-muntah bila minum. Jadi mama dan papa tukar la susu.

 
Kami cuba susu ni pulak untuk Amanie. Amanie pulun sangat minum. Memang sentiasa licin la dia minum. Mama suka sangat. Tapi bab popow pulak yang menjadi masalahnya. Amanie susah sangat nak powpow. sembelit. Tiap kali nak powpow menangis-nangis. kesian anak mama jadi terpaksa tukar lagi.

Mama cuba susu ni pulak untuk Amanie. Habis licin jugak Amanie minum. Powpow pun senang. Alhamdulillah. Selesai sudah pencarian susu yang sesuai buat Amanie. Amanie sekarang dah pun 7 bulan lebih usianya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, mama buat cam biasa susu untuk anak mama. tapi Amanie tak nak minum. Ditolak-tolak dengan lidahnya. Mama pun pelik, selalu dia tak macam tu. Main kejap pastu merengek-rengek. Mama sumbat la lagi susu tu, tak mau jugak. Mama tahu dia lapar tapi dia tak mau minum. Pastu mama bagitau la papa, papa kata tambah sukatan lagi, mama turutkan aja.Alhamdulillah minum juga.
Pastu masa papa dapat gaji, papa terus p beli stock susu untuk Amanie. Di kedai sana, papa call, papa kata kat mama patut la Amanie tak mahu minum, sepatutnya susu Amanie perlu ditukar ke step 2 dah. Aduh macam mana mama leh tak perasaan eh. Amanie dok minum susu Dumex Dulac. So papa belikan yang terbaru Dumex Dupro. Tapi masih sama juga tak mau minum. Minum tu minum jugak la. Cumanya tak pernah habis dah sekarang. Minum cam main-main je. Perlu mencari-cari lagi susu untuk amanie.

Papa suruh cuba lactogen tengok. Erm..suma cuba yang murah-murah kan. Papa cakap kat mama, cuba yang murah-murah dulu. Tak Aanie tak mau juga baru kita cuba yang mahal pulak. Setengah baby tak sesuia dengan yang mahal tapi dengan murah sesuai. Macam kes Amanie yang pertma dulu. Beli yang mahal, tapi ada je problem.huhu..Ok, susu ni pun Amanie tak boleh terima. Dia muntah..kesian anak mama.
Yang ni last try susu yang murah-murah. Kat gambar tu langkah satu, mama ambik yang langkah dua untuk Amanie. Dah cakap kat papa kalau amanie tak sesuai juga ngan susu ni, nak try yang mahal-mahal pulak. Risau wey anak kurang minum susu. Alhamdulillah Amanie suka dengan susu ni. licin licin minum. Powpow pun macam biasa. Selesai sudah pencarian mama untuk anak tersayang. Tapi mama teringin nak bagi Amanie susu S26 Gold. Insyallah rezeki lebih nanti kita try eh sayang. Semua foto kredit to en google.

Wednesday, December 15, 2010

Amanie 7 Bulan

Assalammualaikum w.b.t

Gedix Di Pesta

Asslammualaikum w.b.t

Ni cerita last weeks. Baru nak update. Rentetan kedatangan famili mama, malam Jumaat lepas kami sekeluarga bergedix di Pesta Pulau pinang. Zasss gambar je lah..malas nak berkata-kata.Ecehhh...

Driver Perempuan Yang Main Redahhh Jewww

Assalammualaikum w.b.t

Ni saja nak cakap pasal karenah driver perempuan. Mama tahu mama pun perempuan jugak ye. Tapi mama sangat tak suka dengan driver perempuan yang main redah je (untuk mereka yang berkenaan sahaja). Yang drive berhemah tu ok la kan. Alkisah, baru-baru ni mama nak pi keja. dok tengah-tengah drive tu, tiba-tiba ada satu kereta ni, kelam-kabut ja nak masuk jalan mama. Sama-sama bagi signal tu terus je redah nak masuk, boleyy? Hati mula la nak panas kan. Bukan panas sebab dia potong turn mama, tapi panas dengan sikap tu. Asal bagi signal terus nak masuk. kalau driver yang kat lane tu tak perasan cam mana. kan dah susah. Lagi panas, bila dah masuk tu, leh pulak slow-slow macam siput dah tu dok syok pulak main tekan-tekan break. Aduii bikin panassss pagi-pagi. Mama apa lagi, ada peluang leh potong ja, terus potong kereta tu.Siap toleh kiri lagi tengok siapakah gerangan si driver tu. Ermmm kalau drive macam tu, dari awal-awal lagi mama dah agak mesti perempuan. Dan sangkaan mama memang betul. Mama cukup risau kalau tengah drive ikut belakang kereta ataupun berada kat depan kereta yang drivernya adalah perempuan. kan risau apa, takut kalau-kalau mama terlanggar dia atau dia terlanggar mama.Tapi tak semua driver perempuan bersikap begitu ye. Huhuhu..

p/s : Pagi-pagi lagi dah potong mood..apakah? 

Thursday, December 09, 2010

Baru Senang Nak Dukung

Assalammualaikum w.b.t

Balik dari kerja, pi ambik Amanie kat rumah BS. Kami bertiga keluar pi Giant. Nak cari puting botol baru untuk Amanie. Sekali papa belikan Amanie baby cariier. Murah je pun, beli pun kat Giant kan ;) Bila dah bayar tu, terus mama testing dukung Amanie guna menda alah tu. Fuh lega rasa, takdelah lenguh-lenguh lagi kan. Amanie pun duduk diam-diam je.hihi..Heran agaknya, napalah dia terkepit gitu. Dah tu asal dongakkan kepala ja mesti nampak muka mama yang comel.hahaha...Bagus-bagus senang la mama nak dukung Amanie lama-lama kan.

Amanie diwaktu petang-petang begini adalah waktu tidurnya. Tapi dah mama dan papa gedik nak bawak dia berjalan jugak terpaksa la menahan mata.hihihi..Masuk ja dalam kereta, ha mula la, papa belum start enjin kereta Amanie start enjinnya dulu. Yelah mata mengantuk perut lapar harus menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kan.huhu...Mama pun sepantas kilat kasi la Amanie mamam susu. Tak lama lepas tu, tidur la dia. Mama dan papa terus ke Sunny Charkotiew. Dah lama tak pekena CKT. Masa makan tu, Amanie masih tidur. Bila dah nak balik baru dia jaga.

Tak sabar

Assalammualaikum w.b.t

Baru kejap tadi papa sms mama, tanya tau ke mak dan adik-adik nak datang rumah hari ni. Yeker, mama tak tahu pun. Tergamak korang menganaktiri dan mengkakaktirikan hakak yer. Lebih-lebihkan abang ipar dan menantu nampak. Siap korang nanti :)

Baru semalam mama call kat mak. Saja teringat, dah lama tak balik kampung. Mak kata nak mai Penang tapi tak jadi. Tak sangka sungguh jadi pulak yer. Mak bagitau dia teringat kat Amanie.huhu...yelah nak buat cam mana kan. Keadaan tak mengizinkan kami bertiga untuk balik ke kampung buat masa la.ecehhh...

Tak sabar plak rasanya nak jumpa diorang semua ni. Mama pun rinduuuuuu sangat-sangat. Terasa lambat pulak masa bergerak hari ni. Aduiii..Tak sabar nak pi ambik diorang ni. Tak tahu nak pi ambik kat jeti atau kat seberang pulau nu. Tapi kalau diorang sampai petang sangat, susah sket nak pi sana. tak tahan nak menghadap kesesakan lalulintas. Tengok keadaan camna nanti. kalau susah sangat pi ambik kat jeti ja, tunggu diorang naik feri.

Malam ni atau malam esok mungkin nak bawa diorang pi jalan kat pesta penang kot. Haihh jam cepat la pusing....

Tuesday, December 07, 2010

1st Time

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend mama ngan papa saja try-try bawa Amanie p shoping sekali. Kebiasaannya jika nak shoping mama akan tinggalkan Amanie kat BS. Tapi kali ni saja nak bawa. kesian Amanie kan asyik duk rumah ja. dah dekat 7bulan dah umur Amanie tapi mama tak penah sekali pun bawa keluar shoping-shoping dan jalan-jalan. Sorry sayang.. Bukan tak mau bawa tapi bimbang Amanie buat perangai bagai nanti. Habis la mama.hehehe..

Dan untuk pertama kalinya ini, Amanie sangat-sangat la baik. Diam ja dia, bila dah bosan dia membebel-bebel sorang-sorang. Tapi sangat tak sangka dia tak menangis langsung. Kalau dah jadi budak baik camni, nampak gayanya lepas ni dapat la mama dan papa bawak Amanie lagi soping-shoping.

Malam Ahad, papa janji nak bawak mama dan Amanie lepak-lepak kat Quensbay. Tapi sebelum tu papa nak pi ambik kereta kat kawan papa dulu. Kawannya pinjam kereta pulak. Sementara papa pi ambik kereta tu, mama kasi Amanie minum susu dulu bagi kenyang-kenyang dulu nanti takut meragam lak ia. Ada pulak Amanie nak tidur, mama haishhhh kat dia terus buka mata balik.hehehhe..Noty mama tak kasi Amanie tidur lagi. Kata nak jalan harus tak leh tidur lagi yer sayangku. kat Quensbay Mak datuk punyala ramai manusia. nak park kereta pun susah. Amanie pun baik time ni. Anak mama dah besar, mau jalan-jalan dah yer. Mama beli papaya untuk Amanie. Semua dia makan. Bagus-bagus. buah-buahan tempatan bagus untuk kesihatan yer. Masa balik tu, baru Amanie tidur. Suka hati mama dapat bawak Amanie jalan-jalan. tapi kalau maktok kat kampung tahu, mama dan papa bawak Amanie keluar malam-malam ni, habislah kami dua kena bebel. huhu..Itu jelah kisah weekend kami bertiga yang 1st time untuk Amanie :)


p/s : Mama dah lenguh-lenguh dah dukung Amanie tau:)

Salam Maal hijrah

Assalammualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga di tahun baru ini, kehidupan kita lebih baik dari yang lepas-lepas. Di tahun baru ni juga, mama akan cuba merealisasikan azam mama yang masih belum tercapai sepenuhnya. Rasanya di tahun ini segala perancangan lebih kepada kerjaya. Cuba untuk menambahkan kesenangan keluarga. Lebih-lebih lagi untuk puteri kesayangan. Mama ngan papa nak anak mama hidup dalam keselesaan. Walaupun tak mewah, tapi alhamdulillah dengan rezeki yang diberi, mama ngan papa dapat juga sediakan segala keperluan anak mama. Harapan mama kali ni agar ditahun baru ini akan memberi sebuah permulaan yang baru, yang baik untuk keluarga kecil kami.

Thursday, November 25, 2010

Mama pun Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Semalam mama sakit perut lagi. Kali ni sekali dengan cherry berry ye. Huhuhu..Rasa letih ja dan malas nak lakukan segala. Mama tak larat sangat nak masak untuk dinner, jadi papa tapaukan saja. Nasi goreng ayam untuk papa dan bihun sup untuk mama. Selera makan mama juga berkurangan.huhu..Mama makan sikit je. Bihun sup tu tak sedap.

Amanie pulak masih merengek-rengek. Kesian dia. Dah la demam, mama lak tak berapa nak layan dia sangat. Mama tak larat sangat. Papa yang duk layan Amanie. Kan apa, Amanie kalau nampak mama makin menjadi-jadi merengek tu. Manja betul dia dengan mama. Malam-malam kalau dia terjaga dari tidur untuk menyusu, bila terpandang mama ada ja mula la dia pasang volume dia tu. Kalau papa yang tidur sebelah dia, takdelah pulak dia nak nangis bagai. Amanie, Amanie, manja sangat la kamu.

Pagi-pagi lagi, mama dan papa dah bawa Amanie ke RSAT  (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk check up enam bulan. Kena cucuk lagi. Berat Amanie sekarang 5.5kg. Sikit ja pertambahan berat badan dia. Mungkin sebab demam kot. Mama perasan bila Amanie demam, susu jarang dia habiskan. Mungkin takde selera. Macam orang besar-besar juga kot. Tiap kali demam mulut terasa pahit je, tekak tiada selera. Macam tu kot. Nasib la orang tak ramai sangat hari ni. Tak perlu lah menunggu lama-lama kat situ. Risau kalau lama-lama kat situ, nanti Amanie buat perangai macam bulan lepas. Jenuh mama nak memujuk dia. Kalau mama sihat mama tak kisah, ini mama pun sakit juga.

Lepas settle kan chec up Amanie, mama pulak masuk jumpa doktor. Ambik ubat. tak tahan rasa dok tanggung sakit, pastu dok ulang-ulang masuk rumah kecik..huhuhu... PAling penting mama nak cepat-cepat sembuh, nanti bleh layankan karenah Amanie. Terkejut mama, banyak betol la ubat yang doktor bagi. Huhuu..mau tak mau kena la makan jugak kan. Kata nak cepat baik. Dan yang paling penting tiada ubat dalam bentuk cecair sebab mama memang tak suka. Lepas antarkan Amanie kat BS, terus mama ke ofis. Sesampai di ofis terus mama makan ubat yang ambil tadi. Alhamdulillah sekarang ni tiada lagi rasa memulas-mulas dan rasa untuk memerut.

Wednesday, November 24, 2010

Bila kamu Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Buat anak mama Nur Aimey Amanie,

Semoga anak mama cepat sihat ye sayang. Mama harap anak mama dapat bersabar. Mama tahu pasti anak mama sorang ni tak selesa kan bila demam. Mama dah bagi ubat kat anak mama, mudah-mudahan anak mama cepat sembuh.

Mama bersedih bila anak mama tak sihat. Tuhan saja yang tahu kerisauan dihati mama. Jika boleh, mama sanggup menjadi pengganti kepada sakitmu wahai anakku. Mama sanggup merasa segala lenguh-lenguh di badanmu ketika demam. Mama sanggup merasa segala ketidakselesaan yang anak mama rasa. Pagi ni, mama rasa panas Amanie dah berkurang dari semalam.

Mama tak lena tidur bila kamu sakit. Kamu asyik merengek-rengek. Mungkin kamu tak selesa. Mungkin kamu lenguh-lenguh. Mungkin kamu sakit kepala. Segalanya mungkin. Kerna kamu tidak tahu bagaimana nak beritahu mama lagi apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui. Kasihan kamu wahai anak. Namun, dalam keadaan kamu tak sihat pun, masih mampu memberikan senyuman manis buat mama. Mama sayang kamu banyak-banyak.
Tuhan sembuhkanlah anakku dari sakitnya.

**Risau memikirkan esok Amanie perlu dicucuk. Adakah akan ditangguhkan jika Amanie demam? Harap ditangguhkan...

Tuesday, November 23, 2010

Pertunangan Adik

Assalammualaikum w.b.t

19 November 2010, Jumaat - Alhamdulillah di tarikh berkenaan adik perempuanku sudah selamat menjadi tunangan orang. semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Majlis bermula selepas zohor. Jom zassss gambar dah la yer. Biarkan gambar menceritakan segalanya

Serba Sedikit Mengenai Aidiladha

Assalammualaikum w.b.t

Aidiladha tahun ni keluarga kecil kami sambut disebelah keluarga mama dulu. Hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah bakal tunang adikku (Siti). Saja kunjungan balas.huhuhu...Selesai menjamu selera dan beramah mesra lebih kurang, kami semua beransur pulang. tapi tak balik ke rumah terus, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Felda bukit Tangga, rumah makcikku. Petang sudah, baru kami balik. kemudian sesi mengemaskan barang-barang pula untuk ke rumah MIL pula. Esok beraya kat sana.

Esoknya, kami bersama keluarga MIL ke rumah kak mah, dia buat kenduri korban. Lepas balik dari situ terus singgah kat umah wa. Amanie, sepanjang hari raya ni sangatlah buat perangai. letih mama duk melayan dia. Kat penang takde plak dia berperangai begitu. Anak oh anak...Balik agak lewat dari rumah wa, kerana laluan terhalang. Lori baja terbalik menghalang laluan keluar. huhu..

Cerita hari raya yang sangat pendek. Sunyi je aidiladha di kali ini.

Monday, November 22, 2010

Dulu Tak Suka, Kini Nak Aja..

Assalammualaikum w.b.t

Kalau dulu, mama tak suka sangat dengan ia. Tapi, papa suka sangat ngan ia. Pantang jumpa mesti papa nak. Kadang-kadang tu sanggup papa ke hulu ke hilir mencari ia. Sejak berkahwin ngan papa, mama pun dah terpengaruh dengan kegemaran papa itu. Ini kegemaran kami..hihihi...


Asal ada pasar malam ja, mesti kami mencari-cari kuih ni. Dulu mama tak pandai nak makan ia. Sekarang dah hampir tiap-tiap hari papa dok menayang kat mama, harus lah mama cuba kan. Sekali dah jatuh cinta pula. Sanggup tau kami berdua jalan sampai habis kat gerai-gerai di pasar malam tu semata-mata nak cari kuih ni. Kalau tak ada, masing-masing macam hampa ja.huhuhu..Erm petang ni ada pasar malam kat rumah, confem nak p cari kuih ni.hihihi

Kau Tetap Kesayangan Kami

Asssalammualaikum w.b.t

Beberapa ketika mama menyepi, sekarang mama kembali (: Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mulakan yang mana satu. Ermm..Tiba-tiba mama terfikir nak berceloteh mengenai puteri kesayangan lagi. Mengenai Amanie ketika dilahirkan dan keadaannya kini.


Foto di atas adalah ketika Amanie masih lagi di wad. Kerap kali mama akan tersentuh hati bila mama lihat Amanie ketika itu. Fizikal Amanie sangat kecil, nampak tulang-tulang macam tak cukup zat. Ketika itu juga, kulit Amanie hitam dan tak comel. Kata-kata dari insan yang tak suka. Namun walau apapun keadaan Amanie, pada mama Amanie tetap bayi yang comel. Amanie anugerah dari ilahi, Amanie ciptaan Tuhan yang maha agung. Terima atau tidak, segala kata hinaan buat Amanie, seolah-olah hinaan juga dengan ciptaan DIA. Tak jejas sikit pun dengan kebencian mereka, kerana mama tahu terlalu ramai insan yang menyayangi Amanie.


Tengok keadaan Amanie kini. Semakin hari semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan untuk anak mama. Suatu pemberian yang amat besar buat mama. Semakin hari, mama lihat Amanie semakin berbeza, kulitnya tak seperti ketika di awal kelahirannya. Kuasa tuhan. Kuasa manusia sangatlah terbatas. Hitam atau putih, comel atau hodoh, itu hanya luaran. Apa yang penting dalaman haruslah bersih. Amanie sayang, walau apapun keadaanmu, mama dan papa tetap sayang kamu dunia akhirat.

Monday, November 15, 2010

Serangan Buat Mama

Assalammualaikum w.b.t

Petang semalam, ketika dok layan tv, tiba-tiba sesuatu datang menyerang mama. Azab sekali ok. Sekejap dia serang, sekejap dia diam. Aduh sungguh mama tak tahan. Papa dan Amanie tido. Tinggal la mama keseorangan berperang dengan serangan-serangan yang tak diundang itu. Tak penah - penah mama
alami serangan macam tu. Mula-mula mama mampu bertahan, tapi bila dah lama dah xmampu dah nak menahan. terus mama bergegas ke
                                                        ................


                                                       ....................

                                                       ....................


                                                       ...................


                                                       ...................


                                                       TOILET :)

Mama diserang sakit perut daaaa...Sakit sangat. Asyik dok ulang alik ke toilet ja. Sepetang dan semalaman juga la mama dok menanggung azab tu. Papa paksa mama minum ubat yang papa amik hari tu. Ubat air. Mama kalau ubat air memang mama angkat bendera putih la. Tak suka tau.. kalau ubat biji, mai p la besar mana pun, mama sanggup telan. Papa paksa juga minum. Dan rasanya eeeeeyaaaakkkkk..Tapi selepas tu, takdelah mama dok berulang-alik lagi. Rasa memulas-mulas itu pun dah kurang. Tak tahu la mama salah makan ke apa. Tapi yg mama ingat la mama belasah makan laksa yg BS antar kat mama.huhuhu.. Dah lama ngidam tu. Akibat serangan itu, Amanie pun mama dah tak larat dah nak melayan dia bermain-main. Papa yang dok kisahkan Amanie. Amanie bila tengok mama mesti dia tegur-tegur mama. Kesian dia, nak ajak mama main dengan dia la tu. Selalu mama selalu dok main-main, gomol-gomol dia. Tapi semalam adalah tiada.. Kesian anak mama yer..Sorry my dear. Malam ni kita main-main cukcakcukcak eh..



Amanie tegur2 mama, mama wat taktau, dok menahan sakit.huuhuhu..sory sayang

Sabtu yang Kalut

Assalammualaikum w.b.t


Jumaat malam, maklang aku ngan anak beranak datang tumpang tido diumah aku sebabnya sepupu aku, dikwan ada interview esok kat area Komtar nu. Sampai kat umah akupun dah lewat dah dalam jam 1pagi lebih2 dah pun. Disebabkan tak mau kalut mencari-cari tempat interview esok, papa ngan dikwan keluar pulak untuk mencari tempat tu. Mama borak-borak ngan maklang dan sepupu. Amanie baru jaga dari tido, heran tengok orang ramai lak, selalu ada mama ngan papa ja. Asyik la dok tersengih memanjang. Bila orang nak amik menangis, dok jauh kemain lagi dok tegur2 orang, dok sengih2.

Sabtu tu jugak mama ada test. Pagi-pagi lagi mama dah antar Amanie ke rumah BS. Mama sampai kat sekolah tu agak lewat sikit. Sikit ja lewat.hihii..Soalan test kali ni ada yang senang ada yang susah. Entah nak lepas ke tak kali ni. Mama memang dah tak terlalu mengharap sangat. kalau dah rezeki tak ke mana kan. Tapi kalau belum rezeki, cuma lagi. Itu ja..Pagi-pagi jugak maklang anak beranak dah bertolak ke Komtar. Dikwan interview jam 8pagi, mama test start jam 9pagi. Masa mama ondaway nk ke tempat test dikwan dok sms papa, tanya ada tak long sleeve warna putih sebab kena pakai warna tu pulak. Nak dijadikan cerita, papa pun takda warna tu, so merata la cari kat kawan-kawan. Pun tiada jugak. Lastly, dikwan beli baju sekolah kat sekolah ja.hahhaa..

Terasa penat ja, sabtu kali ni. Dah la mama tido bapa jam ja sebab study kan. Study pun lebih kurang ja. Nak study lebih-lebih susah la bila Amanie ada. Time dia tido baru leh study. Kadang-kadang tu Amanie susah sangat nak tido, kalau tak tido dia dok main sorang-sorang takpe la jgak.Ini nak juga mama temankan dia. Papa teman kejap-kejap boleh la, lama-lama kang Amanie lak yang dok jaga papa sebab papa dah zzzzzz..Adoiiiiii laaaa...mencabar tol.

Friday, November 12, 2010

Award dari Cikidis

Assalammualaikum w.b.t


Tocey2 ye cikidis sebab kasi award ni kat mama. Cepatnya dah leh dapat 200 follower kan. Teruskan usaha tingkatkan prestasi anda.hihi...peace :)

Kisah Apple & Bubur Nasi Carrot

Assalammualaikum w.b.t


Semalam sangat sibuk sekali berkerja sampaikan di waktu rehat pun, mama asyik la dok menyiapkan segala mak nenek report. Report-report tu semua perlu dihantar dengan segera ke KL. Jadi tak sempatlah nak update blog. 2 hari lepas, mama merajinkan diri membuat puri epal untuk Amanie. Saja nak bagi Amanie cuba-cuba. Sebelum mencuba sesuatu makanan untuk Amanie, Doktor Amanie dan mak la menjadi tempat rujukan utama. Bila mereka bagi greenlight, mama pun meneruskan agenda mempelbagaikan makanan untuk Amanie:)
Puri epal - Masa mama suapkan Amanie puri ni, muka dia menunjukkan cam reaksi peli-pelik.hihi...baru pertama kali mencubakan. Haruslah dia merasa pelik. Entah apa la yang mama dia bagi makan tu. Walaupun pelik-pelik, Amanie masih lagi mengangakan mulutnya untuk merasa lagi. Kali ketiga suapan dia macam geli-geleman pulak.hihi..Terus mama stop suap.


Bubur nasi carrot lak, mama masak hari ni untuk Amanie. Mama nak dia try bubur nasi pulak. Mama tak letak garam, sebab dari pembacaan mama, garam dan gula tak boleh diberikan kepada bayi sebab boleh merosakkan buah pinggangnya. Organ bayi belum kuat untuk memproses bahan itu. tak sabar nak balik dari keja, nak tanya BS Amanie, camna penerimaan Amanie pada bubur nasi tu. :) Untuk menambahkan rasa, mama suh BS Amanie campurkan bubur tu dengan sikit susu.
Masa usia Amanie 5bulan lebih-lebih, lebih kurang 2minggu nak masuk 6bulan, mama dah pun perkenalkan Amanie dengan Nestum beras. Mama buat bagi cair-cair, bimbang jugak kot-kot Amanie tak leh terima atau powpow susah. Tapi sampai hari ni, mama tengok Amanie ok-ok ja. Mama bagi makan sari sekali je. ok la kan untuk permulaan. Start bagi makan tu bukan apa, dok dengar susu dok berkocak ja dalam perut dia, tak kejap langsung, tu yang try tu.




Thursday, November 11, 2010

Bermuka-muka

Assalammualaikum w.b.t


Bermuka-muka adalah sikap yang perlu dielakkan. Kawan yang bermuka-muka, terukkan.ermmm..Di depan bermulut manis, pijak semut pun tak mati betapa lemah lembutnya dia menjaga hati dan perasaan kawannya. Tapi kat belakang lain cerita pula, berbagai-bagai cacian dan hinaan dihamburkan kat kawan yang lain. Paling menyedihkan bila cerita yang disampaikan itu ditokok tambah dengan perisa tambahan untuk mempelbagaikan rasa-rasa yang ada. Mengapa eh perlu bersikap begini.? Terlalu sukar untuk berkawan dengan kawan yang benar-benar ikhlas. Biasanya orang yang suka bermuka-muka ni, mulanya seronok bercerita itu-ini mengenai si polan tu, lepas tu confem dia akan ceritakan kembali pada si polan tu apa yang mereka cerita-cerita sebelum ni. kononnya nak menunjukkan bahawa dirinya sangat suci, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak story-story apapun, padahal dia pun seronok jugak story-morry dan bengkeeeekkkk jugak ngan si polan tu. Kemudian dia akan story-story lak mengenai kawan yang sebelum ni bersama si polan tu. Sikap tu seolah-olah cuba mengapi-apikan orang supaya terlerai siraturrahim. Good job...

Wednesday, November 10, 2010

Personaliti Diri Berdasarkan Bulan Kelahiran

Assalammualaikum w.b.t

Mac - Papa Noty
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang amat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa
  • Jangan terlalu moody
October - Mama Comey
  • Suka sembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikkan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan-kawan
  • Sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam-kabut
  • daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan)
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah-lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat
Mei - Amanie Manja
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi fizikal dan mental
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tapi mudah dipengaruhi orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik (otak kiri)
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga, leher, dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalan tinggi
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

Denggi Menyerang Di Tempat Kami Berteduh

Assalammualaikum w.b.t



Lately, demam denggi menjadi-jadi di kuaters kediaman kami sekeluarga. Minggu lepas sebelum Deepavali, orang-orang dari Jabatan kesihatan dah datang kuaters untuk sembur ubat tu. Mama tak tau la orang panggil apa asap tu. Jenuh la mama dok larikan Amanie dari dok terhidu asap tu. Last-last tak tau nak lari mana, teus mama bawak Amanie masuk dalam keta.hihihi. Selepas Deepavali pun, orang-orang dari Jabatan kesihatan datang menyembur lagi. BS Amanie pun kena demam denggi jugak. Alhamdulillah dah sihat dah sekarang ni, tapi masih perlu berulang ke klinik kesihatan untuk ambil darah.

Anak kawan papa pun dah admit kat hospital. Dah tiga hari la masuk hari ni. Bahaya la nyamuk Aedes ni. Risau ja mama bila tengok ada kesan gigitan nyamuk kat mana-mana tubuh Amanie. Sekarang mama lebih suka tidokan Amanie dalam kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk tu. Tapi yang mama risau sangat tu, bila Amanie kat umah BS. Kadang-kadang tu masa mama p amik dia dari balik keja, ada juga la bekas gigitan nyamuk kat Amanie. Minta dijauhkan segala penyakit dari anakku. Ini mama nak share sikit fakta mengenai denggi :-
  • Demam Denggi - sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina
  • Cara penyebaran - melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang mempunyai virus denggi kepada orang yang sihat.
  • Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin alami demam mengejut diikuti dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus.
  •  tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting
    Tanda dan Gejala
  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  • Bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • rasa pahit pada lidah
  • lemah dan tidak bermaya
    Pencegahan
  
Pada masa kini tidak terdapat vaksin  siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Sumber : Demam Denggi


*** Mencegah sesuatu penyakit lebih baik daripada merawat

Tuesday, November 09, 2010

Perkembangan Amanie Terkini

Assalammualaikum w.b.t


Anak mama makin membesar. Mood pun dah berbagai-bagai dah. Kejap mood bagus, kejap lagi pulak mood buruk sangat. Nak kena babab ni. Besa tuuu.. Lagi dua hari genap la umur Amanie 6 bulan. Kira aci la mama updatekan pasal perkembangan dia. Stock ketandusan idea :)
  • Amanie dah pandai meniarap. Pantang baringkan dia kat bawah, mesti dia meniarap.
  • Amanie sangat suka membebel dan terjerit-jerit.
  • Amanie dah mula melompat-lompat si katak lompat bila orang pegang dia. azab juga la orang yang pegang dia tu
  • Amanie dah pandai pegang benda. Paling mama suka bila Amanie pegang botol susunya. Kejap-kejap dia pegang cam biasa elok-elok ja. Bila dia bosan mungkin mula la dia tunggang kemain lagi botol tu. yang paling best, bila susu dah habis, terus dia lepaskan botol tu.hihihi...
  • Amanie dah pandai juga melalak sakan sekarang ni.huhuhu..mana la dia belajar eh. Dulu, ekek sikit je, sekarang ni tak main la ekek, uwaarghhhh mau tau la.
  • Amanie masih lagi suka bermain air liur. Hobi buat buih-buih. Habis rambut mama
  • Amanie dah demand sekarang ni. pilih-pilih orang nak mesra. Orang yang dia tak kenal, tak mahu. Kalau amik juga menangis jawabnya
  • Amanie suka dengar muzik. Bila papa buka lagu, kemain lagi Amanie tersengih-sengih sambil lompat-lompat
  • Amanie dah pandai mamam. Mama bagi makan nestum beras. Nanti mama wat bubur nasi ye sayang.
Itu saja yang mama perasaan setakat ni. Later-later mama update lagi perkembangan Amanie

Monday, November 08, 2010

Orang Kata Murah Rezeki

Assalammualaikum w.b.t

Orang tua-tua ada cakap, jika budak meleleh air liur, murah rezeki. Yeker? Entah la mama pun tak tahu. Kalau nak kepastian p tanya orang tua-tua. hihihi...Hobi Amanie sejak dua menjak empat menjak ni, suka sangat main air liur. Habis la baju basah, sarung tangan basah. Busuk air liur ja kat dia. time nak tido pun dok main air liur jugak.huhu..Amanie paling hebat dalam meniru buih-buih ketam. Bila mama lap, dia buat lagi, mama lap lagi, dia buat lagi. Last-last mama biarkan ajalah. Setiap saat dan ketika, pasti air liur menceceh-ceceh keluar. kalau betul la kata orang tua-tua, bagus kannn...:)

Tenok papa cuci cermin depan kereta


cam pakai lipbalm pulak:)