Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, August 30, 2010

Puding Karemelku

Assalammualaikum w.b.t


Teringin nak makan puding karemel gula hangus. Nak beli macam tak puas je. So, merajinkan diri untuk membuat puding ni. Senang je pun nak buatnya. Bahan2 pun simple je. Tapi hasilnya, mavelessss;) Gambar kat atas tu gogle je. malas nak snap2 la. Mari share puding karemal ala2 versi mama syaida.

Bahan2
6 biji telur
2 cawan susu pekat manis
2 sudu kecil esen vanilla
3 camca besar gula pasir

Caranya
1/ masak gula atas api sederhana sehingga gula cair dan bertukar warna keemasan. jangan sampai hangus nanti pahit.
2/ masukkan karemal gula tadi dalam acuan, sejukkan
3/ Blender telur, susu dan esen vanilla
4/ masukkan bahan2 blender kedalan karemel gula tadi
5/ kukus hingga masak

Mudah ja kan.. selalunya mama buat puding ni letak tepung kastad sket. tapi yg semalam tak letak sbb tepung kastad dah abis. Mulanya ingatkan tak menjadi, tapi menjadi dan sedap macam yg dok beli juga..hihi..

Saturday, August 28, 2010

Yang Istimewa


Assalammualaikum w.b.t

kaki comey milikk bidadari mama;)
Anak mama,
Yang istimewa...
Tak sabar dirimu ingin bertemu papa & mama
Belum sampai waktunya kau telah tiba
Mengundang gusar di hati papa & mama
Risau dirimu disapa bencana

Anak mama,
yang istimewa...
Hadirmu sentiasa didambakan papa & mama
Hadirmu membawa bahagia
Hadirmu menceriakan suasana

Anak mama,
Yang istimewa...
Bayi-bayi comey lain
Telapak kaki sebesar dua jari
Namun dirimu
Hanya sebesar ibu jari mama
Kau terlalu istimewa

Anak mama,
Yang istimewa...
Tubuhmu sebesar tapak tangan papa
Tapi, semangatmu tak tergambar besarnya
Berhadapan pelbagai jarum dan wayar-wayar
Kau kental menghadapinya
Demi papa & mama

Kau terlalu istimewa

Persoalan Di hati

Assalammualaikum w.b.t.

Mama, kerja arini (half day).
Papa, pun ada hal kat kem.
Papa antarkan mama p ofis.

Papa : "mama, terfikir tak nak cari BS (bb sister) lain kat Amanie"?
Mama : "Erm, wat masa la tak terfikir plak. Napa eh, ada 'something' ke ngan BS skang ni"?
Papa : "Balik nanti papa story eh".

Perbualan terpaksa dihentikan di situ saja, memandangkan kawan papa menghampiri kami.

Hati terdetik, kenpalah tiba-tiba saja persoalan BS ni timbul. Kenapa tiba-tiba papa cuba membincangkan hal ni. Terasa risau jugak di situ, yelah hal ini berkaitan dengan Amanie. Bukan senang nak cari BS. Silap-silap haribulan terpaksa plak Amanie dihantar ke kampung untuk dijaga maktok. Owh...tidakkk..bukan mama tak percaya pada maktok. Percaya sangat-sangat. Mama tau Amanie akan lebih sempurna di bawah jagaan maktok. Sebab maktok sayang Amanie, takkan lah maktok nak buat bukan2 kat Amanie kan. Huuhuu...Cuma mama tak sanggup nak berjauhan dengan Amanie. Tak sabar ni nak tunggu papa datang amik mama kt ofis.

Friday, August 27, 2010

Owh Nasi Ayam!!!

Assalammualaikum w.b.t

foto dari en.gogle je;p

Semalam, mama dah tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Malas nak fikir lagi dah, tekak rasa nak makan nasi ayam plak.. ermm try jelah buat..hehe..Walau ramai cakap senang ja nak buat nasi ayam ni, tapi mama belum pernah lagi mencubanya. huhu.. Sampai ja mama kat umah, gigih la mama kat dapur, memasak. Walau tercabar dengan karenah Amanie, sbb papa potong rambut kawan dia, tinggalkan Amanie kat mama jugak..huhu... lastly terhasil jugak nasi ayam versi mama.hahaha..Juri tak berkelayakkan, iaitu papa dan adik ipar mama (paklang Amanie)..memberi kata putus yg nasi ayam versi mama bolehhhh la tahannn..hihi..boleh la buat cubaan yg pertama ni kan...

Tentang Rindu

Asslammualaikum w.b.t
Di angin lalu...kusampaikan kerinduan..
wajahmu kuterbayang...

Ada apa dengan rindu? Rindu juga suatu anugerah yang indah. yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Hadirnya dari sudut hati yang ikhlas lagi tulus suci. Sukar ditafsirkan definisinya kerana terlalu subjektif untuk dirungkaikan.

Selepas mama habis berpantang, situasi menuntut mama untuk kembali menjalani rutin harian seperti biasa kembali, seperti sebelum kehadiran Amanie dalam hidup mama. Mama kembali berkerja, membantu papa demi sebuah kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga kita. Amanie ditinggalkan di kampung bersama maktok. Hanya jasad mama saja yang tinggalkan Amanie, hati mama tetap bersama-sama Amanie. Tidak perlu untuk menunggu sehari, seminggu, sebulan, juga setahun, untuk merindui puteri kesayangan mama. Sesaat berjauhan denganmu sudah cukup membuatkan hati mama rindu. Teramat rindukan mu wahai anak. Setiap malam, rindu itu pasti bertamu dan papa menjadi saksi rindu itu tatkala, air jernih mengalir dari mata mama menandakan bukti rindu itu. Dua minggu Amanie bersama maktok. Dalam tempoh itu, hari2 mama menghubungi maktok untuk bertanyakan tentang Amanie. Ketika rindu ini tidak terbendung lagi, pada papa mama suarakan hasrat untuk mengambil Amanie semula untuk dijaga sendiri oleh mama dan papa. Papa cukup memahami, akur dengan kehendak mama, mungkin kehendak papa juga.

Kesian maktok. Maktok seolah berat untuk melepaskan Amanie syg. Tapi apakan daya, mama tak betah untuk terus berjauhan dengan dirimu lagi. Kini, hampir sebulan Amanie disisi mama & papa. Rasa rindu itu telah bercambah dihati maktok. Mama tahu walau maktok cuba menafikan. JIka rindu itu tidak pernah sekali singgah diruang hati maktok, masakan hampir setiap hari mama dihubungi untuk bertanyakan perihal Amanie syg. Setiap kali dihubungi pasti Amanie syg sudah lena dibuai mimpi indah. Dipinta maktok untuk kejutkan Amanie hanya untuk mendengar suara Amanie. Walau pada dasarnya, Amanie masih belum mampu untuk berbicara. Hanya bahasa2 bayi saja yg lahir dari bibir comel Amanie, kadang2 hanya rengekan manja, namun itu sudah cukup membahagiakan maktok. Betapa kerinduan itu pernah singgah dihati maktok. Mama dapat rasakan dari getar suaranya. Sesungguhnya rindu itu sangat indah walau ia cukup menyesakkan jiwa.

p/s: Buat mak, maafkan anakandamu kerana bgitu tega membiarkan rindu itu bertamu dihatimu kerna anakandamu ini juga tidak berdaya untuk mengekang rasa rindu yg sering bertandang jika berjauhan....

Thursday, August 26, 2010

Cucuk Amanie

Assalamualaikum w.b.t
Pagi2 lagi dah kejutkan Amanie. Tak sampai hati sebenarnya nak kejutkan amanie pagi2 ni, sebab mama tengok asyik sangat Amanie tido. Tapi terpaksa la juga dikejutkan sbb Amanie nak kena cucuk untuk 3 buln hari ni. Kesian anak mama yer nak dapat sakit pulak..Tak pe sayang, sikit ja pun. Bulan lepas lagi sakit kan sebab dapat dua dos lagi. sayang okey2 ja kan.. No 3, nombor giliran Amanie...sebelum cucuk kita timbang dulu. Berat Amanie dah 3.7kg...walaupun sket ja naiknya dari masa kita check-up kt hospital minggu lepas (3.4kg), kira ok la tu naik jugak daripada turun kan ;) Amanie relax ja, takde nak meragam pagi ni. Mama suruh papa yg pegang Amanie masa nak cucuk Amanie tuh..ermm boleh plak papa p tunggu ja kat luar. takut la tuee...hihi..Masa cucuk tu Amanie menangis jugak la. Tapi kejap ja, pastu boleh Amanie sambung tido balik. Baik sungguh anak mama ni. p/s : malam nanti tak tau la samada Amanie akan baik lagi macam pagi tadi..huhu

Cuba comeykan sket wajah tuh;)

Assalamualaikum w.b.t.

See, itulah papa. hahahha... Susah amat nak ambik fotonya dengan wajah yang comey2. Tiap kali bergambar, mesti macam2 aksi papa yg weird sangat. Bila mama tarik muncung 24inci, barulah papa beraksi dengan sopan-santunnya. Geram je, nak marah tp dalam masa yang sama mama nak tergelak laaa...huhu..papa! papa!

Ianya Lumrah..

Assalamualaikum w.b.t
Sejak dua menjak kebelakangan ni, suka sangat mama bercerita perihal anak dara kesayangan mama yang sorang ni *yg ke2, ke3, ke4..coming soon, muahaha*... Entah2 ada insan yg tersinggah di sini menyampah, mungkin berkata2, macamlah mama sorang je kat dunia ni yang ada anak. Jika ada, biarlah mereka. Asalkan mama senang hati, senang untuk berbicara mengenai harta dunia akhirat mama ni. Sudah lama mama mendambakan seorang insan yang bergelar anak dalam hidup mama. Lama mama tunggu, walau mama tahu ada lagi insan yang menunggu lebih lama dari mama. Sungguh kuat mereka menerima ujiaan-NYA. Penantian mama sudah berakhir, jadi biarlah mama mengabadikan segala kenangan mama bersama anak mama. Takkan pernah jemu walau sesaat.

Memang lumrah bagi insan yang bergelar manusia, akan suka bercerita mengenai sesuatu yang berkaitan dengan dirinya , yang dianggap "istimewa" dalam hidup mereka. Suatu ketika, di masa kita bujang dan mempunyai "pakwe/makwe", pastinya kita senang berbicara mengenai mereka. Berbicara tentang segalanya yang berkaitan dengan mereka. Tidak pernah jemukan malah suka sangat;) Setelah mendirikan rumahtangga, segala cerita bertukar pula mengenai memori2 indah bersama "suami/isteri" tercinta. Merakamkan segala kenangan yang diulit bersama. Apabila dianugerahi 'tanda/bukti' cinta,kasih,sayang antara pasangan2 ini...segala cerita bertukar lagi..kini mengenai anak2 comel kesayangan mereka pula...
Segala perihal ceritera kisah kita, tersangatlah mengikut arus perkembangan semasa kannn..hihihi;)

Anak patungkah???

Assalamualaikum w.b.t
Keciknya sayang mama nie..Bila sayang dengan papa bertambah2 kecik mama tengok. Macam anak patung meh ;) kecik pun kecik la sayang..yang penting sayang mama & papa ni dah sihat dah, dah boleh tinggal sama2 ngan papa & mama. Walau anak mama ni dalam keadaan apa sekali pun, mama & papa selalu sayang padamu. Sila membesar bagai johan ye sayangku;p

Wednesday, August 25, 2010

Suatu Rasa Di Kalbu


Assalamualaikum w.b.t

Di pagi yang suam suam kuku ini *hihi*, mata mama masih degil untuk lelap. Mama pandang insan2 kesayangan mama..sudah lama lena diulit mimpi2 indah..Entah mimpi apakah yg bertamu dikala tidur kalian berdua? Sesungguhnya kalian berdua begitu bermakna buat mama. Dipanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerna menganugerahkan kalian berdua buat mama. Suatu anugerah yang cukup istimewa dihati mama. Akal fikiran tidak dapat berimiginasi seandainya kalian tiada disisi masa. Sungguh mama pasti rebah, layu terkulai tidak berdaya. Kalian berdua sumber inspirasi, juga sumber kekuatan buat mama. Tanpa kalian seluruh jiwa mama pasti hilang, sunyi dan sepi pasti menjadi teman. Mengenali kalian berdua kesayanganku, mama belajar erti sebuah kerinduan, ketabahan, kekuatan, kasih sayang.

Buat papa, terima kasih kerana sudi menempatkanku disuatu sudut hatimu. Maafkan diri ini seandainya selalu mendatangkan gusar dihatimu. Terkadang aku terlalu bersikap keanak-anakkan tapi dikau tak pernah jemu melayan karenahku. mungkin atas nama cinta menuntut dirimu terus setia menemani disisi.

Buat puteri hati kesayangan mama dan juga papa, hadirnya dirimu diimpi impikan, hadirnya dirimu dinanti nantikan, hadirnya dirimu membawa 1001 kebahagian, mengeratkan lagi kasih sayang antara papa dan mama.mama sayang padamu seluruh jiwa raga mama. Teramat sayang. Terima kasih kerna sudi hadir dalam hidup mama dan papa. Semoga dirimu menjadi anak solehah buat mama dan papa. Semoga dikau menjadi insan yang disenangi semua insan disekelilingmu. Mengharapkan sayang anak mama akan mendoakan mama dan papa seandainya kami tiada kelak. Terlalu banyak permintaan mama sedangkan terlalu banyak kealpaan dan kekilafan diri. Menginsafi diri sendiri. malu pada sang Pencipta.

Tidurlah wahai kesayangan mama.semoga esok yang datang tidak pernah jemu membawa bahagia buat keluarga kecil kita..mama sayang kalian berdua sebesar besar duniawi..besar lagi...dan lagii..sukar didefinisikan dengan kata2..sayang kalian berdua dunia akhirat. sayang kalian berdua hingga hujung nafas yang terakhir. Ingin kalian berdua selalu hadir disisi mama buat selamanya..

mama,
2.05am

Hanya ruang kecil buat mama...kesian mama..huhu;)

Saturday, August 21, 2010

Gen mama ke Gen papa?

Assalamualaikum w.b.t
Masa Amanie baru dilahirkan dulu, ramai yang cakap Amanie ikut wajah papa..kulit pun masa tu ala2 papa.hihi..Sekarang ni, ramai pulak yang cakap Amanie seiras mama. Benarkah?? Entah la yer..Tak kisah lah seiras papa ke, seiras mama ke..Kebenarannya kamu adalah cinta antara papa dan mama..Setahu mama masih banyak perubahan akan yang akan berlaku pada anak kecil..Sekarang ni kulit Amanie dah putih dah. Napa eh masa Amanie kat hospital dulu kulit Amanie gelap sket. Agaknya panas kot dalam inkubator tu, itu pasal la burn kulit anak mama ni..kihkih..apa2 ajalah..Bagi mama itu semua tak penting, yg paling penting anak kecil mama ni membesar dengan sihat, fizikal dan mental ;p

Kenapa Menangis sayang!!!

Assalamualaikum w.b.t
Semalam, Start dari petang lebih kurang jam 7pm sampai ke malam anak mama asyik menangis2 je. Menangis sungguh2 hati sampai hilang suara. Aduh sungguh merisaukan mama ngan papa. Sakitkah kamu, kembungkah kamu wahai anak? Laparkah kamu? Tak mungkin anak mama lapar, sebab kamu baru lepas menyusu. Bila mama peluk2, pujuk2, kamu diam..tertido. Tapi tak lama tidurmu, pasti kamu terjaga menangis2 lagi..dan lagi.. sebelum ni anak mama tak macam nie..Diganggu makhluk haluskah kamu wahai anak? Kan dah mama fikir bukan2 dah..huhu. Dah dah jgn fikir bukan2 lagi. inikan bulan puasa..mohon dijauhkanlah. Orang lama2 cakap, anak kecil boleh nampak dan dengar apa yang kita tak boleh nampak dengan mata kasarkan..entahkan betol entahkan tidak mitos nie. Yang membuatkan mama risau sangat, sbb suatu hari tu, mama ngan papa ada bawa Amanie pegi rumah saudara papa yg kebetulan tengah berubat (perubatan traditional) masa tu. Sungguh mama tak tahu, jika mama tahu, sumpah mama takkan bawa Amanie sbb mama tahu tak elok untuk bawa anak kecil ke tempat macam tuh. lain kali mama akan lebih berhati2. Semoga anak mama baik2 saja. jangan menagis macam tu lagi ye sayang..mama risau okey.. mama sayang kamu;)

Friday, August 20, 2010

Berakhirnya Dugaan Itu

Assalamualaikum w.b.t.

Tersentuh hati mama tatkala melihat keadaan anak mama. Berat badanmu ketika lahir hanyalah 1.35kg sahaja..sangat kecil sayangku.sangat comel dimata mama. Sudahlah dirimu kecil, tega pula dicucuk doktor dengan pelbagai wayar. huhu..kesian sayang...pasti itu menyakitkan dirimu wahai anak. Amanie dilahirkan ketika usia kandungan mama 32weeks 1 day. Bersyukur juga pada ilahi kerana sempat juga mama diberi suntikan untuk mematangkan paru-paru Amanie. sebak sering bertamu dihati mama tatkala mama dan papa datang menjengukmu. Tapi mereka lebih tahu apa yg terbaik buat dirimu sayang. Mujurlah Amanie sayang tidak ada apa2 komplikasi yg serius. Poor weight gain, masalah utama Amanie. Seingat mama, 2 hari amanie kat wad NICU diberi bantuan pernafasan kerna anak mama tak mampu utk bernafas dengan sendiri lagi. mukin ini suatu kejutan buat anak mama kan.

Bila saja keadaan Amanie semakin stabil dan boleh bernafas tanpa bantuan oksigen lagi, Amanie dimasukkan ke wad kanak2 biasa iaitu Wad N 1. Disitu ada 4 wad, bermula dari N1 dari hujung sudut hingga ke Wad N4. Mama dikhabarkan makin rendah nilai digit itu, makanya wad itu dihuni oleh pesakit yg perlu diberi perhatian yg lebih. Perlu diawasi dengan lebih teliti. Di N1 Amanie ditempatkan dalam inkubator bagi membantu Amanie mengekalkan suhu badanmu sayang. Tiada baju membaluti tubuhmu, hanya sepasang pampes dan juga segala wayar nadi, drip yg masih lagi berselirat ditubuh kecilmu. Dimulut comel Amanie juga dimasukkan tiub khas untuk Amanie minum susu mama. Betapa mama ingin sekali menyusukan Amanie secara terus, dengan lebih dekat lagi dengan hati mama, di dalam dakapan hangatnya kasihsayang mama. tapi apakan daya situasi tidak mengizinkan mama berbuat demikian wahai anakku. Mama tidak pasti berapa hari Amanie menetap di wad ini..Di sini berat amani semakin turun, dari 1.35kg semasa lahir..kini hanya 1.01kg. kasihan anak mama. oh ya! Ketika Amanie di wad ini, mama masih lagi di wad. Hampir seminggu juga mama admit selepas melahirkan dirimu sayang. lucu bila diingat kembali. Mama tidak dapat buang air selepas melahirkan Amanie. Entah di mana silapnya. Mama takut mungkin..hehehe..

mama sering berkeluh kesah pada papa. Apalah malang nasib mama, sudahlah anak kesayangan diuji sedemikian rupa..kini mama pula..Sungguh daif mama ketika itu, hanya sedikit ujian diberi sudah melatah. hanya kata2 sabar dan memujuk dari papa. mama tahu papa turut merasa resah dan gelisah akan keadaan kita. selama kita di hospital, tidak pernah sekali papa tidak datang menjenguk kita berdua sayang. papa bukanlah seorang suami yg romantis sedari dulu lagi. tidak pernah papa menzahirkan kasih sayangnya buat mama dengan kata2. Sejak dari hari itu, mama sedari bahwa kasih sayang papa buat mama, buat Amanie sebenarnya tidak terungkap dengan kata2. Dari tingkahlaku dan perbuatannya saja sudah jelas betapa sayangnya papa pada kita.

Bila keadaan Amanie semakin sihat, Amanie dipindahkan ke wad N3. Di kala ini, mama sudah discharge dan papa minta mama untuk balik ke rumah kita untuk berpantang. Esok maktok akan datang jaga mama sekejap. Berat sungguh hati mama nak meninggalkan Amanie sorang2 di wad. Papa tak jemu memujuk mama, katanya Amanie akan dijaga dengan baik oleh nurse2 dan juga doktor di wad berkenaan. Papa pujuk lagi, kata papa, nanti papa akan bawa mama setiap hari menjenguk Amanie. Mama akur dengan kemahuan papa. Bukan papa pentingkan diri sendiri sayang, papa nak pulihkan kembali kesihatan mama, papa nak mama rehatkan diri. Pada hari ketiga mama di rumah, papa tak benarkan mama pergi menjenguk Amanie kerana tiapkali kami menjenguk Amanie pasti kami akan pulang lewat malam. Kata maktok tak elok ketika dalam pantang keluar malam2 hari. huhu..mama merajuk dengan papa. hanya papa yg menjenguk Amanie hari itu. Seharian mama menangis kerana rindukan Amanie sayang. Maktok keresahan dengan keadaan mama. Bila papa balik, papa sampaikan khabar gembira. katanya Amanie semakin sihat, tiada lagi wayar2 ditubuh kecilmu sayang. Hanya tinggal rest tube utk Amanie minum susu mama. Berat Amanie pun dah bertambah dari 1.01kg kepada 1.22kg. suatu peningkatan yang baik. Gembiranya hati mama. Esoknya pun mama tak pergi menjengguk Amanie hanya papa yang pergi. Tertunggu2 mama kepulangan papa untuk mendengar perkembangan Amanie sayang. Bila papa balik, berita kurang senang disampaikan buat mama. Amanie muntah2..tak boleh minum susu..minum saja Amanie akan muntah2, keluar ikut mulut dan hidung. Amanie kembali ditempatkan di N1 dengan wayar2 lagi. Amanie terpaksa berpuasa. kasihan Amanie.

Mama menangis lagi, marahkan diri sendiri tidak menjengguk Amanie. Akhirnya, papa dan maktok sarankan mama agar kembali ke hospital supaya dekat dengan Amanie. Sememang pihak hospital menyediakan bilik utk ibu2 rooming in. mama pergi demi Amanie sayang. Bermula dari malam itulah, setiap 3jam sekali mama akan pergi menjengguk Amanie di wad. selepas berpuasa, Amanie diberi minum susu kembali sedikit demi sedikit. Mama tak jemu menjengguk Amanie bagi memastikan Amanie dalam keadaan baik2 saja. Mungkin nurse2 disitu menyampah tengok muka mama kan..biarlah asalkan hati mama puas, hati mama senang bila dapat lihat keadaan Amanie. Disini juga hati mama tersentuh bila tangan Amanie membengkak disebabkan drip yg terpasang ditanganmu. mama tidak perasaan sayang, papa yang perasan. papa kata pada mama, lain kali tengok segenap inci tubuh Amanie kalau2 ada yg tidak kena, jika ada cepat2 bagitau doktor. papa harapkan mama jaga Amanie sbb mama dekat dengan Amanie. owhhh!! sungguh terkesan di situ. maafkan mama, mama betol2 tak perasan.

Sepanjang kita di hospital tiada istilah "berpantang" bagi mama. Tak apalah demi anak mama. 28hari Amanie kat wad, dalam inkubator. Betapa mama teringin sangat nak peluk Amanie, nak dukung amanie, nak belai2 amanie, nak cium amanie puas2. Tak boleh nak buat suma tu bila Amanie dalam inkubator, dengan wayar2, amat sukar sekali. Di hospital, mama saksikan sendiri apa yg amanie lalui. setiap 2 hari sekali, doktor akan ambik darah amanie untuk pastikan tahap jaundis. x silap mama 2kali amanie kena jaundis. Amanie kena jalani macam2 ujian..ambik air kencing la..kesiannn..tak dapat mama bayangkan kesakitan yg Amanie tanggung. sedangkan mama yg sebesar anak gajah ni pun sakit, inikan pula Amanie yg kecil molek. Tapi mama tahu, suma yg dilakukan pada Amanie adalah untuk kebaikan anak mama juga. Amanie sayang aktif sangat sampaikan hari2 mama risau kalau2 rest tube Amanie tercabut. Bukan apa, jika tercabut tak tahan mama tengok nurse2 masukkan balik tiub tu.. xsampai hati mama nak tengok. menyakitkan. kadang2 nurse masukkan tiub yg agak besar utk Amanie. Bila Amanie guna tiub yg agak besar tu, mesti Amanie muntah2..keluar susu kot mulut dan hidung..sebak je tengok tak mampu nak tolong Amanie. Pernah mama tanya pada nurse di mana jualnya tiub tu, mama nak beli yg kecil2 je buat Amanie. Tak nak Amanie guna tiub yg besar2 tu lagi sbb mama xsanggup nak tengok anak mama muntah2 lagi.. sangat menyakitkan..

Hari2 mama berdoa agar anak mama cepat2 sihat dan cepat2 boleh keluar hospital..sebab mama tahu doa seorang ibu buat anaknya pasti akan termakbul jika diizinkan-NYA. Hari ke-29, berat Amanie 1.5kg, Amanie dh keluar dari inkubator. Peluang yang ditunggu selama ini mama realisasikan. Amanie mama dukung, mama peluk, mama cium. Dan alhamdulillah masa berat Amanie 1.51kg di usia Amanie 37hari, Amanie dah discharge. sangat gembira. Sekarang Amanie dah semakin membesar dan sihat.. current weight Amanie dah 3.4kg di usia Amanie 3 bulan..semoga anak mama sentiasa sihat2 selalu. mama heart Amanie dunia akhirat;) Gambar2 Amanie semasa di wad.. gambar masa kat dalam wad NICU x ada coz kat situ xleh snap picture. Di wad biasa pun xleh snap tp tetap curi2 snap juga..hihi