Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label balikkg. Show all posts
Showing posts with label balikkg. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Yang Dah Basi..hehehe

Assalammualaikum w.b.t

Kisah ni sebenar kisah 3 minggu yang lepas. Kisah di hari cuti pekerja. baru hari ni tehegeh-hegeh nak cerita.huhu..Disebabkan cuti banyak hari la jugak, kami sekeluarga balik kampung. tapi kali ni kawan mama dan papa aka BS Amanie pun ikut sekali. Jalan-jalan kat Kedah plak kata diorang. Balik kali ni kami ambil keputusan untuk ikut feri plak..saja je nak bagi Amanie merasa naik feri..hehhee..Masa sampai kat feri, Amanie tengah tidur. Si kawan papa ni dok pulun kejutkan Amanie. yelah kalau dia tidur tak de maknanya nak bagi dia merasa naik feri..huhu.. yang mama ni dalam hati dok doa ja janganlah anak dara mama tu wat hal. Tengah tidur kan orang dok kacau risau jugak dia moody nanti. Sama la macam kita yang dah besar-besar ni pun, dok tengah layan tidur tetiba ada gangguan mesti  tak suka kan. Tapi nasib baiklah Amanie behave je.. sket2 asyik tengok ke laut.. tengok air yang beralun-alun dilaluan feri tu.. Angin kuat sangat masa kat atas feri tu. Angin laut..hehehe..

Hari ke2 di kampung, kami pegi Changlun ke umah Makcik aku..pegi menjemput ke kenduri adik aku nanti. Amanie macam biasa asal balik kampung ja mula la, badan panas.. Bila dah tak bapa sedap badan tu apalagi mula tunjuk perangai bagus2 ja la kan. Lepas balik dari Changlun, malamnya terus balik umah MIL..tido kat sana pulak..

Hari last, petang tu balik jerlun aka umah mak hakak la..balik kejap. Jumpa my bestfren Intan..lama kot tak jumpa dia..Jumpa kejap pun jadi la kan..hilang jugak la kerinduan tu..hihi..Malamnya dah bertolak balik Penang. Itu ja nak kisahkan pun..huhu...Jon layan foto kami.. :D

saya sayang family saya:)
Amanie bersama Family pengasuhnya
Harta Dunia Akhirat Saya:)
Papa pulun suruh amanie tengok kamera sampai terjuih mulut-mulut..hahaha
Mereka kesayangan saya..nyawa saya..inspirasi saya

Monday, November 08, 2010

Cuti-cuti Balik Kampung

Assalammualaikum w.b.t

Memandang last week cuti agak lama, kami balik kampung lagi. Cuti mama start hari khamis sehingga Ahad. Bertolak dari penang ke kedah selepas Maghrib. Khabarnya Kedah dilanda banjir. Singgah di perhentian Gurun untuk menjamu selera. Masa kami sampai kat Alor Star, adik papa call, suh balik ikut jalan Kuala Kedah ekoran banjir kat jalan putra, Kuala Sungai. Jalan Putra adalah jalan utama Alor star - Kangar. Jalan itu telah ditutup. Untuk ke kampung kami perlu melalui jalan itu. Masa adik papa call tu, kami dah pun sampai kat Kuala Sungai. Padan la ramai gila orang masa tu. Rupanya banjir teruk kat situ. Terus kami pusing balik. Ikut jalan Kuala kedah, jalan kampung tersangat la jauh.huhuhu...Amanie mula wat perangai. Huhu...
sawah padi yang kelihatan seperti laut
 
air sungai yang melampau

**Foto di atas bukan la pada hari kami balik kampung, ianya disnap dua 3 hari semasa kami di kampung

Monday, November 01, 2010

Rupa-rupanya

Assalammualaikum w.b.t

Weekend baru-baru ni, kami sekeluarga balik kampung. Mulanya tak mau balik tapi rindu sangat kat kampung, rindu kat family. Akhirnya kami balik juga. Bertolak balik tu dah petang. Ye lah benda tak rancang kan. Kejap nak balik, kejap tak mau balik..Huja lebat sepanjang perjalanan. owhh sangat takut...sentiasa pesan kat papa drive carefully.

Bila sampai ja kat rumah family mama, diaorang semua dah tercogok kat depan pintu tu ha, menantikan kami. hehehe..Kuda kami dari jauh dah leh dengar vroommmmnya sebab tu la awal-awal lagi diorang dok tunggu depan pintu. rindu kami la tu..:) Makngah terus ambik Amanie. Semua-semua dok kerumun Amanie. Amanie lak terkebil-kebil tengok sorang-sorang. Muka Amanie cuak je. Dah tarik muka nak nangis dah tu. kejap pandang diorang semua, kejap pandang mama. Hahaha kelakar. Kenapa sayang? tak kenal eh maktok, paklang, makngah, maksu, toknyang. Lama eh tak Amanie tak jumpa diorang.

Mak tengok-tengok Amanie terus kata kat mama, "Amanie kena demam campak ni"...oh ye ke? Bintik-bintik merah kecil-kecil kat seluruh badan Amanie tu rupa-rupanya campak. Ingatkan ruam. hehehe..Mana la mama dan papa taukan. Mama pernah la dengar pasal demam campak, ada campak kecik dan campak besar. Selalu dok tengok campak yang besar ja, sebab tu la taktau yang Amanie sebenarnya demam campak. Mak kata demam tu, memang budak akan meragam sebab ia miang. Yelah nak bagitau apa yang diorang rasa tak pandai kannn. kesian anak mama, tapi ok lah, dah baik dahh sekarang ni. dah boleh gurau-gurau ngan mama dan papa dah kannn.Sayang diaaa...




Tuesday, October 12, 2010

Weekend Di Kampung

Assalammualaikum w.b.t

Weekend baru-baru ni, kami sekeluarga balik kampung. Niat asal, nak balik raya haji nanti. Tapi disebabkan maktok Amanie dan juga famili di kampung asyik la dok bertanya bila Amanie nak balik kampung, makanya kami bertiga pun balik la jugak sebab kesian plak kat maktok Amanie. Rindu sangat dia kat cucunya tu. Asal call mama ja mesti tanya bila nak balik kampung. Tak sampai hati pulak mama nak biarkan mak terindu-rindu. sakit woooo rindu-rinduan ni.huhu...

Jumaat jam 8.00 malam, kami bertiga pun bertolak dari penang ke kedah. Masa ni, Amanie dah tido. Mengantuk sangat kot, sebab petang tu mama biarkan dia main-main dulu tak kasi dia tido.hihi. Kitaorang sampai di kampung dalam jam 10 malam plus2 gitu la. Sampai-sampai ja, maktok terus amik Amanie dari mama. hahaha..Rindu gila nampaknya.hehehe..Amanie plak masa tu mamai-mamai lagi. Celik-celik mata terus ekkkk ekkk..Mukin marah tidonya diganggu. Tapi tak lama lepas tu dah jadi budak baik.Good2.. Malam tu, Amanie tido dengan maktok...kasi peluang kat mama ngan papa eh..muahahaha.. (golak syaitannnn)

Sabtu, petangnya kami p Jitra cari barang2 untuk adikku (barang untuk hantaran nanti). BAlik ja dari Jitra, papa ajak balik umah mak dia plak. Tido sana. Terus siap-siap dan balik ke sana pula. Malamnya kami ke rumah pak teh kat Perlis, dia wat makan-makan. Amanie macam biasa dalam keta akan tido.

Ahad, petang bawa Amanie jalan-jalan kat kampung. Papa takde, papa balik umah mak dia sebab tolong punggah kedai MIL yang runtuh disebabkan binaan yang tak kukuh. Memandai ja mama ni.huhu.. malamnya, kami bertiga kembali balik ke penang. 
Gemuknya mama..huhu:(

Bersama maktok


cakkkkkk:)

maktok!! hot laaaa...


Friday, September 18, 2009

keja lagie la

ermmm esok aku kena keja lagi la..ngat kan dh leh cuti dah..tp sok aku keja sampai kul 10am jew.. xper lah nk wat mcm mn kan.huhu xsabar nih mau blk kg jumpa famili..semangat raye tuh dh berkobar2 dah..kat kuaters pun keta2 dh kurang dh maybe ramai dah yg blk kg kan..owhhh sunyiii, owhh sedih... tp kan raya kali ni rasa cm kurang meriah lak..sbbnya ramai kawan2 aku xlik kg..ada yg xdpt cuti la..kawan2 yg lama dh aku x jmpa borak2.. rindunya kt korang wey..huhu..napa xbalikkkk.....

Tuesday, July 28, 2009

Dugaan laa sangat

26/7/2009 - sunday

pada tarikh dan hari ini berlaku sesuatu yg aku ngn abg xpernah jangkakan. kejadian berlaku ketika kami dalam perjalanan dari kg menuju ke penang.dalam lebih kurang 8pm lebih2 cm 2 la atas sket pada perhentian gurun. ketika itu bersama ngn kami Irhan, ank kwn abg. nak antarkan irhan kt mak dia la mlm tuh sbb nk bawa Irhan blk kg kt johor..dlm perjlanan tuh tiba2 abg tya aku napa aircond xsejuk nih..len mcm je ni..aku lak xprasan sgt sbb asyik dok melayan dak irhan.trus abg amik right lane nk bentikan keta.tekan2 je cluth, enjin trus mati..pastu bonet berasap2..ya allah punya la ketar2 aku.wisaunyew..napa erk? maybe temp naik.tp sblm bertolak tuh abg dh cek suma air, suma lam keadaaan ok..napa tiba2 leh jd cmtu lak.. dah la kt tepi highway.ngn bwk bdk lg, mlm lak tuh..huhu..mencabar emosi.irhan lak xnak duduk sbb gelap kan..dia takut..aku lg la takut..mcm2 aku pkir. aku suh la abg cari no phone service tarik keta kan kt dlm buku service tu..tgh2 dok cari tetiba je ada sorg abg tuh dtg tegur kami..tekejut aah kami 2..tiba2 je kan..xsedar bila dtgnyaa..abg tu ofer nk tolong kami.dia suh tinggalkan keta kt tepi, amik brg2 berharga. pastu nti dia suh org tarik keta p kedai. manakala kami lak dia nk tolong antarkan ke penang. aduyaiii mcm2 pala otak aku pkir..betol ke org ni..pecaya2 nti tau2 keta aku ilang gitu je..klu sapapun msti pkir mcm aku kan.nak2 lak skang ni byak org suka tipu org kan..so wajib aku wisau..tp abg tuh mcm tau2 je apa ad lam pkiran aku, so dia kata dia akn bawa kami p kedai dulu tunjuk kedai kan..so aku ngn abg pun tawaakl je arr..harap2 abg ni mang org baik2 lah.. bila dh tunjuk kedai n jmpa tokey kedai tu suma, kami pun gerak lik penang..isau jgk takut dak irhan xsempat nek bas..sbb bas dia gerak jam 10.30pm..harap2 sempat lah.abg tu hantar kami kt sebearang perai je..pastu kawan abg lak dtg amik kami..alhamdulillah sempat jgk irhan sampai ke stesen sg nibong. macam2 hal la yg berlaku..huhuhu sabar jewww