Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label Problem. Show all posts
Showing posts with label Problem. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Takde Kerja Sungguh

Assalammualaikum w.b.t

Nampak tak nombor 0000 tu. 2 hari lepas aku dapat panggilan dari nombor. Bila henfon berbunyi tengok ada calling masuk tapi nombor cam pelik je.was-was jugak nak jawab tapi jari ni tekan jugak button accept call. Aku diam je tak terus 'hello'..Suasana pun sunyi ja, pastu aku dengar suara kat sebelah sana 'hello' suara lelaki. Terus aku tanya nak cakap dengan sapa. Terus diam plak..Pastu putuskan talian. Peliknya.malamnya dapat panggilan lagi dari privet nombor plak. tapi bila accept call tak da orang yang becakap.. Gangguan betol la. Terus bagitau abang. Abang tak bagi aku jawab lagi panggilan dari nombor-nombor yang pelik macam tu. Takde keja sungguh la kan si pemanggil tu..Huhuhuhu...

Wednesday, December 15, 2010

Driver Perempuan Yang Main Redahhh Jewww

Assalammualaikum w.b.t

Ni saja nak cakap pasal karenah driver perempuan. Mama tahu mama pun perempuan jugak ye. Tapi mama sangat tak suka dengan driver perempuan yang main redah je (untuk mereka yang berkenaan sahaja). Yang drive berhemah tu ok la kan. Alkisah, baru-baru ni mama nak pi keja. dok tengah-tengah drive tu, tiba-tiba ada satu kereta ni, kelam-kabut ja nak masuk jalan mama. Sama-sama bagi signal tu terus je redah nak masuk, boleyy? Hati mula la nak panas kan. Bukan panas sebab dia potong turn mama, tapi panas dengan sikap tu. Asal bagi signal terus nak masuk. kalau driver yang kat lane tu tak perasan cam mana. kan dah susah. Lagi panas, bila dah masuk tu, leh pulak slow-slow macam siput dah tu dok syok pulak main tekan-tekan break. Aduii bikin panassss pagi-pagi. Mama apa lagi, ada peluang leh potong ja, terus potong kereta tu.Siap toleh kiri lagi tengok siapakah gerangan si driver tu. Ermmm kalau drive macam tu, dari awal-awal lagi mama dah agak mesti perempuan. Dan sangkaan mama memang betul. Mama cukup risau kalau tengah drive ikut belakang kereta ataupun berada kat depan kereta yang drivernya adalah perempuan. kan risau apa, takut kalau-kalau mama terlanggar dia atau dia terlanggar mama.Tapi tak semua driver perempuan bersikap begitu ye. Huhuhu..

p/s : Pagi-pagi lagi dah potong mood..apakah? 

Wednesday, November 24, 2010

Bila kamu Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Buat anak mama Nur Aimey Amanie,

Semoga anak mama cepat sihat ye sayang. Mama harap anak mama dapat bersabar. Mama tahu pasti anak mama sorang ni tak selesa kan bila demam. Mama dah bagi ubat kat anak mama, mudah-mudahan anak mama cepat sembuh.

Mama bersedih bila anak mama tak sihat. Tuhan saja yang tahu kerisauan dihati mama. Jika boleh, mama sanggup menjadi pengganti kepada sakitmu wahai anakku. Mama sanggup merasa segala lenguh-lenguh di badanmu ketika demam. Mama sanggup merasa segala ketidakselesaan yang anak mama rasa. Pagi ni, mama rasa panas Amanie dah berkurang dari semalam.

Mama tak lena tidur bila kamu sakit. Kamu asyik merengek-rengek. Mungkin kamu tak selesa. Mungkin kamu lenguh-lenguh. Mungkin kamu sakit kepala. Segalanya mungkin. Kerna kamu tidak tahu bagaimana nak beritahu mama lagi apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui. Kasihan kamu wahai anak. Namun, dalam keadaan kamu tak sihat pun, masih mampu memberikan senyuman manis buat mama. Mama sayang kamu banyak-banyak.
Tuhan sembuhkanlah anakku dari sakitnya.

**Risau memikirkan esok Amanie perlu dicucuk. Adakah akan ditangguhkan jika Amanie demam? Harap ditangguhkan...

Wednesday, October 27, 2010

Cepat Sembuh Sayang

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ni manja mama demam. kesian anak mama. Start demam 24/10/10, 25/10/10 dan 26/10/10 admit kat Hosp Pulau Pinang. Suspek denggi. Untuk kesekian kalinya, terpaksa mendengar tanggisan anak mama lagi. menangis sewaktu darah diambil untuk test samada ada hidap denggi atau tak. Alhamdulillah, anak mama takde denggi, cuma demam biasa. hari ni masih demam lagi. Mama risau sangat. cepat sembuh sayang. Di hospital, Amanie cuma nak dengan mama ja. Bila mama pangku, Amanie diam and terus tido. Bila mama letak kat katil terus jaga and menangis2. Dengan papa pun takmau. Lenguh lengan mama sayang asyik memangku Amanie. nasib la anakkan. Sekaranag ni mama kat tempat keja. Tapi hati mama, sentiasa ada kt rumah, kat Amanie. Amanie, nanti petang cepat-cepat mama balik k. Sabar ye sayang...huhuhu





Saturday, October 23, 2010

Malang tidak berbau

Assalammualaikum w.b.t

pinjam foto dari en google
Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Seandainya malang tu ada bau, awal-awal lagi mama bersiap sedia cuba sedaya upaya menghindarinya. Realitinya ia tidak berbau dan tak akan berbau. Itu yang susah tu. belit-belit lak intro mama ni. Sejak akhir-akhir ni, nasib mama selalu je tidak baik. Mula-mula carger my lappy rosak. Sekarang ni pen drive kesayangan mama pulak hilang. Hilang ke mana tak dapatlah mama kesan. Pen drive mama tu lebih kurang cam foto tu lah. yang penting pink colour. Selalunya mama simpan kat poket seluar je. Semalam nak ambil pen drive, seluk-seluk takde la pulak. Ingatkan tertinggal kat umah, sekali balik check kat umah pun takda jugak. Satu umah mama geledeh tapi masih tak jumpa.sedih betol la.

Pen drive tu memang mama sayang. tapi dah nak hilang, terpaksa terima seadanya. Cuma, mama risau sangat sebab dalam pen drive tu ada banyak foto-foto mama, Amanie, papa dan famili. Risau kalau-kalau jatuh ke tangan manusia yang tak berperikemanusiaan. Takut laaa....Zaman sekarang ni macam-macam kemungkinan leh terjadi. huhu.. mohon kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. Jauh benar mama berfikir kan...pen drive...pen drive... mana la ko hilang ni.huhuhu

Friday, October 22, 2010

Rosak

Assalammualaikum w.b.t

Apa yang rosak?? Ni ha menda alah ni yang rosak..huhuhu...
Adehh..macam mana la benda ni leh rosak plak yer. Mula tu ngatkan mama ngatkan lappy mama yang rosak sebab tetiba je ter off sendiri. Pas mama selidik-selidik rupanya benda tu yang rosak. Bila caj dia degil nak masuk. Sedih betol la, nak uplode foto pun susah. Kalau uplode kat ofis boleh tapi kena la tunggu time keja takde or break time. huhuhu...

Ermm mahal tak eh benda alah tu??? Sapa-sapa yang tau, share ngan mama eh pricenyer....:(