Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, October 20, 2010

Kuih Qasidah

Assalammualaikum w.b.t


Kenal tak kuih ni. Mama suka kuih ni. Nak nak lagi kalau mak yang buat, sedapppp. Kuih ni lembut, sangat-sangat sesuai la untuk mereka-mereka yang takde gigi atau sakit gusi.hahaha..Takde lah kan. sapa yang suka makan la, kalau tak suka wat dunno jeeee. Kuih ni namanya kuih jalan daaa ecehhh, kuih qasidah benarnya.
Semalam mama buat kuih ni. Senang ya amat ye kawan-kawan...Nak jugak la tempek resepi kat sini, kot-kot nanti Amanie besar dia leh jugak cedok resepi kuih tradisional  kat blog mama ni kasi mak mentua mamam.hehehe..

Bahan :-
1 cawan tepung gandum
7 Sudu besar gula (kalau suka manis tambah la lagi, jangan malu2 k)
1/4 garam (sikit je)
3 cawan air
3 ulas bawang merah ( potong kecik2, orang aloq staq kata rincik haluih2 naaa)

Caranya :-
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bawang. Masak atas api sederhana. kacau hingga
    adunan menjadi pekat dan berkilat. sentiasa kacau ye untuk elakkan tepung berketul2. Bila dah masak,
    tuang dalam bekas/loyang. sejukkan
2. Goreng bawang hingga kekuningan. Tuang bawang yang digoreng sekali dengan minyak atas kuih yang
    disejukkan tadi. Siap...leh la potong dan mamammmm

0 Bisikan Asmara (::