Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, November 01, 2010

Rupa-rupanya

Assalammualaikum w.b.t

Weekend baru-baru ni, kami sekeluarga balik kampung. Mulanya tak mau balik tapi rindu sangat kat kampung, rindu kat family. Akhirnya kami balik juga. Bertolak balik tu dah petang. Ye lah benda tak rancang kan. Kejap nak balik, kejap tak mau balik..Huja lebat sepanjang perjalanan. owhh sangat takut...sentiasa pesan kat papa drive carefully.

Bila sampai ja kat rumah family mama, diaorang semua dah tercogok kat depan pintu tu ha, menantikan kami. hehehe..Kuda kami dari jauh dah leh dengar vroommmmnya sebab tu la awal-awal lagi diorang dok tunggu depan pintu. rindu kami la tu..:) Makngah terus ambik Amanie. Semua-semua dok kerumun Amanie. Amanie lak terkebil-kebil tengok sorang-sorang. Muka Amanie cuak je. Dah tarik muka nak nangis dah tu. kejap pandang diorang semua, kejap pandang mama. Hahaha kelakar. Kenapa sayang? tak kenal eh maktok, paklang, makngah, maksu, toknyang. Lama eh tak Amanie tak jumpa diorang.

Mak tengok-tengok Amanie terus kata kat mama, "Amanie kena demam campak ni"...oh ye ke? Bintik-bintik merah kecil-kecil kat seluruh badan Amanie tu rupa-rupanya campak. Ingatkan ruam. hehehe..Mana la mama dan papa taukan. Mama pernah la dengar pasal demam campak, ada campak kecik dan campak besar. Selalu dok tengok campak yang besar ja, sebab tu la taktau yang Amanie sebenarnya demam campak. Mak kata demam tu, memang budak akan meragam sebab ia miang. Yelah nak bagitau apa yang diorang rasa tak pandai kannn. kesian anak mama, tapi ok lah, dah baik dahh sekarang ni. dah boleh gurau-gurau ngan mama dan papa dah kannn.Sayang diaaa...




0 Bisikan Asmara (::