Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, May 27, 2011

Bebel Pagi

Assalammualaikum w.b.t

Haiiilaaa..mengeluh panjang nampak. Erm orang tua-tua cakap tak baik mengeluh-mengeluh ni.. Takde apa sebenarnya. Cuma nak kabar je, sedang mood nak update blog dah kembali, pc pulak dah buat hal. So, dua tiga empat hari jugaklah blog menyepi. Hihihi..macam la kisah yang nak diupdate tu meletoppp sangat..Tak kisahla kan meletop ka, bantat ke apa..yang penting boleh melepaskan gian menulis apa saja kat blog ni.. Menulis kat blog ni, satu terapi jugak tau. terapi dikala bosan, sedih, happy pun boleh. Pendek or panjang kata semua pun boleh lah. Jangan dok bebel pasal isu sensitif sudah la. Kang tak pasal-pasal kena saman lak. Sekarang ni, tak puas hati ja, samannnn.....Betol tak?? Hihihi...Yang pastinya bukan musykil lagi yer, hakak suka menulis kat blog..k bye jumpa lagi...hehehhee

Saturday, May 21, 2011

Wajah Yang Bisa Buat kutersenyum Kembali

Assalammualaikum w.b.t


Kalau aku sedih ke bosan ke, bila tengok wajah ni pasti aku akan tersenyum kembali. Walau tengah marah sekalipun, pasti marah akan hilang. Yang ada hanya senyuman dibibir. Wajah cukup membuatkan hatiku bahagia. Itulah wajah permata hatiku. Dah pandai buat macam-macam aksi dah sekarang ni. Semuanya bisa mencuit hatiku. Foto pertama diambil pagi semalam ketika Amanie baru bangun tidur. Tengok ja mama dok ready nak ambil foto dia wat senyum kambing begitu. Hahaha..lucuu..Foto kedua lak diambil petang semalam, ketika mama dan papa baru balik keja. Papa yang ambil foto tu. Masa tu Amanie dok bz menyepahkan rumah. Papa dok pulun panggil dia. Last2 bila dia tengok, dia buat muka best macam tu..Aduii sungguh terhibur dengan keletah anakku ini.. Asal boring kat tempat keja, terus mama akan buka galeri kat hanset,terus tengok foto Amanie..Serta merta ceria kembali..Kaulah ilhamku dan sumber inspirasiku..hahaha marah papa ni sebab tempat dia dah ada orang lain yang ambil alih..kuikuikui


Friday, May 20, 2011

Pelik Ker?

Assalmmualaikum w.b.t


Hari ni genap anak mama setahun 9 hari. Anak mama tak boleh jalan lagi. Sekarang ni kalau kemana-mana then orang akan bertanya umur bapa dah anak u? Bila mama dah jawab terus orang yang bertanya tu menunjukkan muka yang pelik. Samapai mama pun macam kepelikkan juga. kenapa yer? Rupanya diorang pelik anak mama ni tak boleh berjalan lagi. Menurut diorang ada budak yang 9 bulan dah boleh berjalan. yeker? Biarlah anak orang tu boleh berjalan dulu. kenapa nak dibandingkan anak orang tu dengan anak mama kan. Esok-esok pasti anak mama ni pun boleh berjalan macam anak orang yang cepat berjalan tu. pelik sangat ke dalam umur Amanie sebegini dia belum boleh jalan? Setahu aku, perkembangan setiap kanak-kanak tak sama. Ada yang cepat perkembangan mereka dan ada juga yang lambat. Mengapa perlu dipertikaikan. kalau nak tahu, gigi Amanie pun baru tumbuh sebatang ja. Budak lain aku rasa mesti dah dekat nak penuh kot gigi diorang. Tengok tu rambut Amanie pun baru mula nak giat tumbuh. Apa-apa ja lah kan. Biarlah apa orang nak kata, apa tanggapan orang. Yang penting anak mama sihat. Itu sudah cukup, nanti-nanti pasti boleh bejalan, pasti gigi penuh mulut, pasti rambut penuh kepala. Apa nak heran sangat kan. Amanie tak pernah pelik di mata mama dan papa. itu sudah cukup..Mama & papa sayang Amanie sepenuh jiwa dan raga.

Takde Kerja Sungguh

Assalammualaikum w.b.t

Nampak tak nombor 0000 tu. 2 hari lepas aku dapat panggilan dari nombor. Bila henfon berbunyi tengok ada calling masuk tapi nombor cam pelik je.was-was jugak nak jawab tapi jari ni tekan jugak button accept call. Aku diam je tak terus 'hello'..Suasana pun sunyi ja, pastu aku dengar suara kat sebelah sana 'hello' suara lelaki. Terus aku tanya nak cakap dengan sapa. Terus diam plak..Pastu putuskan talian. Peliknya.malamnya dapat panggilan lagi dari privet nombor plak. tapi bila accept call tak da orang yang becakap.. Gangguan betol la. Terus bagitau abang. Abang tak bagi aku jawab lagi panggilan dari nombor-nombor yang pelik macam tu. Takde keja sungguh la kan si pemanggil tu..Huhuhuhu...

Aku yang addict

Assalammualaikum w.b.t


Parah ni sampai addict2 kan. Ha mau tau la. Sekarang ni tengah addict ngan drama kat TV3 petang2 tu. 'Nora Elena'. Setiap petang pasti aku tak melepaskan peluang la nak tengok cerita tu. time tu jugak Amanie pun pasti suka sebab mama dia bagi kebebasan untuk dia buat apa saja janji jangan kacau mama sudeyy..hahahaha..Bermaharajalela la anak dara aku. Panjat sana panjat sini,  tak ada sapa nak p tangkap dia lagi. Pastu tolong mengemas untuk mama dia.Ambik habuan la mama yer nanti. Sekarang ni kalau nak p pasar malam after drama ni baru nak p. tak mau p awal2 sebab takut telepas cerita ni. Aduii haru sungguh laaa..hahaha

Cerita ni mula-mula tu aku cam tak berapa layan la sangat tapi still tengok la sebab ada Aaron Aziz kan. Bila dah hari-hari layan macam best la plak tu pasai sampai teraddict ni. Bila cerita ni habis, Amanie pun dah ngantuk trus bagi dia tido dulu sekejap. Masa ni la aku laju-laju p siapkan dinner untuk si suami. Kena laju-laju kang slow2 Amanie bangun tak jadi kejanya. Kawan-kawan aku cakap cerita Nora Elena tu diadaptasikan dari sebuah novel. Ye ker? Aku tak tau pulak sebab aku ni bukan hantu novel..huhu..Menarik jugak yer tajuk novel ni..


korang addict tak ngan cerita ni?huhu..

Thursday, May 19, 2011

Mau Potong

Assalammualaikum w.b.t

Potong apa meh?? Di kala ini aku ingin sangat nak potong rambut.Rambutku dah panjang sangat, takla panjang melepasi pinggang lagi pun tapi bagi aku panjang sangat dah lani. Aduh aku lemas dan aku rimas. tak sempat lagi ni nak p potong. Malas nak p sorang-sorang. Si suami plak asyik bz memanjang so takde sapa yang nak temankan.huhu..Tak tau nak potong style mana. Yang pastinya tak mau la pendek sangat. sedang-sedang sudah. Tapi penyakit aku ni kan, masa tak potong lagi rambut tuh nak sangat potong. Rimas la, lemas la, panas la..Macam-macam rungutan la. Tapi sekali dah potong dan tengok rambut yang dipotong tu kat lantai terus banyaknya rambut aku.sayangnyer potong.huhu..Apa-apa ja kan..Pasti aku tetap nak potong jugak rambut aku ni dah serabai rasa..Boleh plak satu malam tu abang cakap rambut aku dah macam hantu 'Ju on'. Ada ka patut..tapi nasib baik dia tak kata macam 'hantu kak limah'.. Lagiii la tak patut kannnn.hahahaha..





Semua foto ehsan dari google..
p/s: agak-agak la kan, kalau aku potong rambut macam salah sorang artis tu, jadi cun macam diorang kah?  
      hehehe

Multivitamin Untuk Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Sejak akhir-akhir ni, mama tengok Amanie macam kurang excited nak makan. Especially bubur nasi. Bila mama nak suapkan ja Amanie tutup rapat-rapat mulut dia. Macam-macam dah mama taruk kat dalam bubur tu kasi sedap sket kan. Mama letak ayam, daging, udang, carot, bayam, kentang, tapi Amanie tetap tak mau makan jugak. Susah hati mama bila Amanie tak mau makan. Mama bimbang Amanie tak dapat khasiat-khasiat yang diperlukan ja. Amanie sekarang ni sedang membesar dan perlukan banyak khasiat. Ummi sally pun bagitau mama, Amanie tak mau makan nasi. Nasib la makanan lain Amanie tak tolak. Kalau tolak lagi la pening mama mikir nak bagi Amanie makan apa. Untuk menggantikan nasi mama bagi la Amanie makan buah-buahan, roti, biskut dan kuih-muih. Sekadar bagi Amanie merasa.

Walaupun Amanie makan makanan sampingan tu, mama tetap nak Amanie makan bubur nasi. Kejap perut orang tua-tua kata kalau makan nasi. Jadi baru-baru ni mama try la beli multivitamin Appeton Lysine Syrup. Bau dia best, rasa pun best jugak. perisa orange. Dulu masa Amanie baru lahir pun doktor request mama belikan Amanie Syrup Appeton tapi yang infan la. Multivitamin ni fungsinya untuk menambahkan selera makan, mengekalkan kesihatan dan mencegah kekurangan vitamin. Semalam, masa mama p ambik Amanie kat rumah Ummi Sally, ummi bagitau yang Amanie dah mau makan bubur nasi. Alhamdulillah..lega mama dengar.. Mama tak suka tau kalau Amanie tak makan nasi nanti Amanie kurus, tak mau tak mau sayangggg..mama nak Amanie yang ketul-ketul ok sayang..weewee:)

Mama yang dah gemuk.uhuhuk

Syrup appeton Lysine utk Amanieku


Puding Laici MamaSyaida

Assalammualaikum w.b.t

Senang ja nak buat puding ni. semua orang pun mesti pandai buat kan. Campak-campak bahan tu pun mesti jadi punya..hehehehe.. Aku buat ni pun sebab teringin nak makan lepas tu saja nak bagi Amanie merasa juga. Tak la dia boring asyik makan benda yang sama ja hari-hari. Sekarang ni, macam-macam aku nak try buat sendiri. Cuma masa ja yang tak berapa nak cukup sangat. Kalau nak buat jugak kena buat time Amanie tidur boleh la nak buat apapun. Kalau tak jangan harap la yer, Amanie takkan kasi peluang punya kat mama dia ni. penah jugak aku tinggalkan dia kat ruang tamu pastu longgok segala bagai mainan kat depan mata dia. Aku pulak menuju ke dapur la nak masak-masak. Tak sampai 5 minit pasti Amanie pun ke dapur jugak untuk tolong mama. Ya ampunn.. penat hakak tau..kalau letak dalam walker pun tak boleh selesaikan masalah jugak. Lagi la buat darah aku tinggal secamca. Mana taknya, Kat dapur kan ada macam2 rak, Amanie ni kalau dia bekenan ja terus dok pulun nak ambil sampai tertonggeng-tonggeng. Kalau dibiarkan memang jatuh budak tu. Untuk pastikan keselamatan anakku itu lebih baik bagi dia tidur dulu baru start nak masak apa pun. Bukan tak boleh beli, boleh ja tapi lebih puas la buat sendiri. Kalau buat sendiri kuantiti lebih banyak, makan pun puas. Makanlah sampai muntahkan..muahaha.. Kebersihan dah tentu-tentu terjamin, kan kan..Walaupun apa yang aku masak tak la sesedap chef-chef terkemuka, tapi boleh la ikut tekak aku dan suami. Selagi suami tak komplen, ok la kot..hihi..Jangan tak tau, Amanie cukup suka dengan puding ni. Sama naik ngan mama dok pulun makan puding ni..:) walaupun resepi sangat lah senang, aku nak jugak tempek resepi tu kat sini..hahaha..

Puding laici semalam dibuat dalam keadaan yg kelamkabut..huhu..
 Bahan :-
Sebungkus agar2 tali
1 tin susu cair
1 tin buah laici
2000ml air
1 1/2 cawan gula (tambahkan jika suka manis, kurangkan jika x suka manis)
Secubit garam

Caranya:-
1. Basuh agar2. Masak agar2 dan air dalam periuk sampai larut
2. Masukkan gula. Masak sehingga gula larut. Angkat dan tapiskan.
3. Blender laici dan syrupnya.Jangan halus sangat nanti tak rasa buahnya plak
4. Masak semula agar2 yang ditapis tadi. Masukkan susu cair, laici dan secubit garam.Kacau rata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dulu. Sejukkan. Bila dah agk sejuk dan beku simpan dalam freezer. lebih sedap di makan ketika sejuk2..yummy...

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Yang Dah Basi..hehehe

Assalammualaikum w.b.t

Kisah ni sebenar kisah 3 minggu yang lepas. Kisah di hari cuti pekerja. baru hari ni tehegeh-hegeh nak cerita.huhu..Disebabkan cuti banyak hari la jugak, kami sekeluarga balik kampung. tapi kali ni kawan mama dan papa aka BS Amanie pun ikut sekali. Jalan-jalan kat Kedah plak kata diorang. Balik kali ni kami ambil keputusan untuk ikut feri plak..saja je nak bagi Amanie merasa naik feri..hehhee..Masa sampai kat feri, Amanie tengah tidur. Si kawan papa ni dok pulun kejutkan Amanie. yelah kalau dia tidur tak de maknanya nak bagi dia merasa naik feri..huhu.. yang mama ni dalam hati dok doa ja janganlah anak dara mama tu wat hal. Tengah tidur kan orang dok kacau risau jugak dia moody nanti. Sama la macam kita yang dah besar-besar ni pun, dok tengah layan tidur tetiba ada gangguan mesti  tak suka kan. Tapi nasib baiklah Amanie behave je.. sket2 asyik tengok ke laut.. tengok air yang beralun-alun dilaluan feri tu.. Angin kuat sangat masa kat atas feri tu. Angin laut..hehehe..

Hari ke2 di kampung, kami pegi Changlun ke umah Makcik aku..pegi menjemput ke kenduri adik aku nanti. Amanie macam biasa asal balik kampung ja mula la, badan panas.. Bila dah tak bapa sedap badan tu apalagi mula tunjuk perangai bagus2 ja la kan. Lepas balik dari Changlun, malamnya terus balik umah MIL..tido kat sana pulak..

Hari last, petang tu balik jerlun aka umah mak hakak la..balik kejap. Jumpa my bestfren Intan..lama kot tak jumpa dia..Jumpa kejap pun jadi la kan..hilang jugak la kerinduan tu..hihi..Malamnya dah bertolak balik Penang. Itu ja nak kisahkan pun..huhu...Jon layan foto kami.. :D

saya sayang family saya:)
Amanie bersama Family pengasuhnya
Harta Dunia Akhirat Saya:)
Papa pulun suruh amanie tengok kamera sampai terjuih mulut-mulut..hahaha
Mereka kesayangan saya..nyawa saya..inspirasi saya

Wednesday, May 11, 2011

Happy 1st Bezday My lovely Little princess :)

Assalammualaikum w.b.t

11 Mei 2010, 11.32pm lahirlah seorang bayi comel yang sangat2 kecil hanya seberat 1.32kg..Kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga kita terutamanya mama dan papa. Suatu impian yang mama dan papa idam-idamkan selama 4 tahun setelah bergelar suami isteri. Kelahiranmu memberikan sejuta sinar kebahagiaan buat mama & papa. Lalu mama dan papa sepakat memberikan nama yang indah buat puteri kecil kami. Nur Aimey Amanie nama diberi.. Cahaya Keberkatan Dan Cita-citaku..Proses kelahiranmu tidak serumit mana memandangkan mama hanya berjuang lebih kurang 3jam sahaja. Syukur kepada-NYA memudahkan proses kelahiran buat mama. Terima kasih sayang kerana mama tahu Amanie pun turut berjuang bersama-sama mama. Amanie anak yang kuat. Sedari kecil lagi Amanie sudah diuji. Walaupun masih ramai lagi bayi-bayi dan mama-mama yang maha hebat ujian dari-NYA. Tapi mama tetap teruji dengan situasi dan keadaan ketika itu. Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecil yang lahir dari rahim mereka menangis kesakitan di suntik hari-hari, dimasukkan drip ditangan kecil kadang-kadang dikaki juga, dimasukkan tube ke dalam perut mereka hanya untuk setitis susu ibu. Tak tahan hati mama melihat tangan kecil, kaki kecil, kiri dan kanan anak mama lebam-lebam kesan suntikan drip dan juga ujian darah. Setiap hari mama pegi melawat anak mama, dan menangis mama bila melihat Amanie muntah-muntah selepas menyusu. Paling mama sedih bila susu yang Amanie minum keluar ikut hidung.. Kesian anak mama.

Hari ini 11 Mei 2011, Tarikh yang sama tapi keadaan sudah berubah. Amanie bukan lagi anak kecil yang lemah seperti setahun yang lalu. Amanie sekarang dah membesar dengan sihatnya. Amanie sekarang cukup lasak sampai mama letih menjaganya. Tapi tak mengapa, mama suka. Hilang segala penat mama melihat keletahnya. Nak marah pun tak jadi marah bila tengok senyumannya. Selamat hari lahir sayang. Mama mengharapkan anak mama sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik. Semoga Amanie menjadi seorang anak yang solehah buat mama dan papa yang akan mendoakan mama dan papa ketika mama dan papa tiada kelak. Semoga dirimu sentiasa disayangi dan dikasihi orang-orang disekelilingmu dan menjadi anak yang bijak. Semoga dipanjangkan usiamu sayang..Mama dan papa love u very much... emmmuachhhh