Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Kueh Raya

Assalammualikum w.b.t

Tinggal berapa hari ja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula bertandang. Sekarang ni mood aku rindu-rinduan. Rindu kat sapa eh. For sure kat anak dara aku sorang tu. Sebenarnya dah seminggu dah Amanie kat kampung dijaga oleh maktoknya. Last week, kami hantar dia balik kampung sebab pengasuh Amanie dah balik kampung ini minggu. Disebabkan aku dan abang masih bekerja makanya keputusan seprti itulah yang terpaksa diambil. Terpaksa berjauhan dengan Amanie..Terpaksa okey bukan suka-suka yer..huhu..sedihnyerrr

Memandangkan Amanie kat kampung, aku pun menyibukkan diri membuat kueh raya. Tak pernah-pernah ni buat kueh raya ni. Selalunya buat kueh tunjuk-tunjuk ja. Tapi kali ni terlebih rajin pulak. Bukan apa, memandangkan berjauhan dengan Amanie jadi aku cuma menyibukkan diri agar tak terlalu la asyik dok ingat kat puteri kesayangan tu. Tak banyak pun buat. empat jenis ja. Resepi suma google je..hahhaha...Yang bestnyer abang pun turut membantu. Selalu malam abang suka jugak keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan dia. Tapi since aku dok buat kueh raya ni, menempek plak dia kat umah. Rajin pulak tu dok tolong aku...hihihi..Aku uli doh, abang plak tolong terap kueh tu...Riuh rendah jugaklah umah kami walaupun Amanie takde. Best best dengan suasana seperti itu..:)

Biskut Coklat oat Crispy
Biskut Bebola Confleks
Tart nanas Nyonya
Honey Confleks

Budak noty yang selalu mama rindui...rindu kamu sgt2..


Tuesday, November 23, 2010

Serba Sedikit Mengenai Aidiladha

Assalammualaikum w.b.t

Aidiladha tahun ni keluarga kecil kami sambut disebelah keluarga mama dulu. Hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah bakal tunang adikku (Siti). Saja kunjungan balas.huhuhu...Selesai menjamu selera dan beramah mesra lebih kurang, kami semua beransur pulang. tapi tak balik ke rumah terus, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Felda bukit Tangga, rumah makcikku. Petang sudah, baru kami balik. kemudian sesi mengemaskan barang-barang pula untuk ke rumah MIL pula. Esok beraya kat sana.

Esoknya, kami bersama keluarga MIL ke rumah kak mah, dia buat kenduri korban. Lepas balik dari situ terus singgah kat umah wa. Amanie, sepanjang hari raya ni sangatlah buat perangai. letih mama duk melayan dia. Kat penang takde plak dia berperangai begitu. Anak oh anak...Balik agak lewat dari rumah wa, kerana laluan terhalang. Lori baja terbalik menghalang laluan keluar. huhu..

Cerita hari raya yang sangat pendek. Sunyi je aidiladha di kali ini.

Monday, September 13, 2010

Cerita Raya

Assalammualaikum w.b.t

Simple ja raya kali ini. Walaupun simple tapi lebih menarik dari tahun2 lepas. Sebabnya ada Amanie si bunga comel mama. Raya kali ni, beraya di rumah mertua dulu. Mama dan papa buat sistem giliran untuk puaskan hati kedua2 belah pihak. Mama tak kisah sangat beraya kat mana dulu sebabnya kampung papa ngan kampung mama, isi minyak keta RM10 pun dah leh ulang-alik 4,5,6 kali.hehhee..dekat ja pun. Gambar raya tak banyak sangat. Letih sangat melayan tetamu2, sampai dah tak kosa nak bergambar bagai.

Raya 1
- mama bangun awal pagi, siapkan diri sendiri dan kejutkan papa.
- Kejutkan Amanie, siapkan Amanie, susukan Amanie
- Amanie meragam nak tido, ngantuk bangun awal. mama tidokan Amanie
- Tolong mak (mil ) kat dapur
- Layan tetamu, start abis solat hari raya sampai petang
- Pukul 4pm, tetamu makin kurang, papa ajak jalan2 raya
- adik-beradik mil datang
- 5pm, papa ajak balik umah mak mama plak

Raya 2
- Bangun agak lewat sket, mama tak cukup tido. Semalaman Amanie merengek. Rasanya Amanie tak bapa  
  sihat. mata berair ja tapi tak demam
- Mama siapkan diri sendiri. bila selesai mama kejutkan papa
- Maktok siapkan Amanie, semua bersiap2 nak p umah arwah tokwan mama
- sampai di sana, semua ahli keluarga sudah ada
- Kat sana, sangat2 panas. mama bawa Amanie duduk kat luar, tido ja dia
- Petang, p ziarah kubur arwah. selesai, terus gerak. singgah umah pakndak papa
- jumpa mil sekeluarga kat sana
- batal plan nak p umah makcik mama sebab Amanie demam. kesian si comel mama. Badan panas, hidung
   ketat. patut semalaman buat perangai

Raya 3
- Pagi-pagi lagi mama ngan papa bawak Amanie p klinik
- Panas badan Amanie dah kurang dah
- Lepas zohor, keluarga bakal adik ipar datang. punyalah ramai yang datang. Dah macam rombongan
   meminang pulak.
- Terima panggilan dari pengasuh Amanie, katanya balik kuaters lewat sket. Mama dah panas telinga apa 
   taknya terpaksa tinggalkan Amanie kat kg lagi seminggu.
- Malam, tinggal Amanie kat maktok,mama, papa dan tokwan p beraya umah tok papa
- Malam ni mama ngan papa dah kena gerak balik penang sebab esok dah nak keja. Beratnya nak 
   tinggalkan Amanie lagi. Terpaksa juga tinggalkan.huhu..sedih..tak suka

Kesimpulanya, raya kali ni amat memenatkan dan meletihkan badan mama. Yelah dengan melayan tetamu2 yang datang umah, dengan melayan karenah si comel mama lagi. Tapi walaupun penat, raya kali ini sangat best sebab Amanie ada. Penghibur mama dikala duka. Papa jatuh ditangga ke2 sebagai penghibur mama dikala dukalara..hahhaha..papa jangan amik hati tau....;)



Friday, September 18, 2009

Angpau Raya ;p

ptg semalam after lik keja, aku ngn abg g ronda2 cari baju melayu kat abg.abg jemput aku kat ofis..aku ni sebulan dh jadi mem besor..hahhaha..start pose aritu la, tah yah drive, xyah fening2 dok tecongok bejam2 klu jln jammed.sbb abg dengan sukarelanya menawarkan diri untuk hantar & jemput aku blk dr ofis..baguss tuh..bukan apa, bln2 pose abg xdak sport ptg2 so dia free ptg2. sbb tu la dia xkisah nk antar ngn jemput aku blk.kekdahnyaaa... sblm kitaorg beronggeng sakan ptg tuh, abg awal2 lagi dh call nurul ikan bakar tuk reverse meja..kitaorg berbuka kat luar pekena ikan bakar.rasa teringin plak kan tu yg rekemen kat abg tuh..abg approve jew..;p tehehhee.. erm berbalik kepada title asal yew..masa tgh2 asyik beronggeng tuh, aku dpt sms dr manager aku..dia ckap sok (arini la) company akan masukkan angpau raya kt dlm account aku..wahhh bessnye...xsanka lak nk dpt..ngt kan xdpt dh...alhamdulillah..banyak jgk dpt..ngatkan seratus dua jew... itu je citer aku..ngat nk tempek sms yg mr Liew kasi tuh..tp mls lak aku nk transfer..huhu..