Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, October 05, 2010

Zuriat Yang Di tunggu

Assalammualaikum w.b.t

Zuriat kami
Bagi pasangan yang dah berumahtangga pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai pengikat kasih dan penyeri dalam hidup mereka. Namun tidak semua pasangan itu bertuah memilikinya dengan kadar yang segera. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya demi seorang zuriat. Seorang zuriat yang terlalu berharga, merupakan harta di dunia juga akhirat. Mama faham bagaimana sakitnya bila kita ternanti-nanti kehadiran zuriat itu. Betapa sebak dan terasa hati dengan kata-kata kurang enak dari saudara-mara, kawan-kawan, masyarakat sekeliling.

Mama berkata-kata berdasarkan dari pengalaman. Bukan mudah untuk mama dan papa mendapatkan seorang zuriat. 4 tahun kami berusaha. Dan mama rasa masih ramai pasangan yang lebih lama terpaksa menanti dari mama. Sepanjang tempoh itu, pelbagai ujian, suka duka yang mama lalui. Di sini mama nak share amalan mama untuk mendapatkan zuriat tercinta. Di samping mama buat rawatan moden dan tradisional, mama tidak lupa kepada pencipta kita semua. Kerana DIA sentiasa mendengar, mengasihi, mengetahui apa yang tersirat di hati kita. DIA yang merencanakan hidup kita. Ok, Lets share :

>> Sentiasa berdoa kepadanya agar memberikan zuriat kepada kami. Jika tak banyak seorang pun kami  
      bertuah sangat menerimanya. seorang zuriat yang akan mendoakan kami ketika kami meninggal kelak.
      Insyallah
>> Selalu amalkan membaca surah Ali-Imram ayat 38
     Qalarabbi hablimilladunnka zurryatann toiyibattan innakasami udu'aa
     ( Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai tuhanku kurniakanlah kepadaku  
     dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa 
     permohonan.
     mama sentiasa baca doa ini di mana-mana saja ada kesempatan
>> Selalu juga mama buat solat sunat hajat di tengah malam
>> Setiap kali selesai solat mama membaca surah Al-Fatihah 41x setiap solat fardu, tidak lebih dan tidak
     kurang
>> Banyak amalkan zikir-zikir
>> Lebih positifkan minda

Selain daripada itu, dari segi pemakanan mama sedaya upaya mengelakkan dari makan/minum :
minuman bersifat tajam ( minuman gas, air tebu)
makanan bersifat tajam ( nenas)

Keberkesanannya, wallahhualam...apa yang penting mencuba....mencuba lebih baik dari berdiam diri...



3 Bisikan Asmara (::

Tie HT said...

terima kasih 4 this sharing..akk dah 8 thn tk de anak..syahduu..Tahniah ya..cute baby ni :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

slm kenal...

tsentuh dgn cite u..sbb kita pon mgalami nasib yg sm..cuma kite blm dpt zuriat lg....

tima kasih kerna share kt cini...

datanglah zuriatku said...

Saya 3 tahun tiada zuriat kak. Saya begitu tertekan. Sedih sangat2x. Hampir setiap hari saya menangis. Tugas saya pulak register n mjaga prpuan mengandung. Airmata saya menitis tiap masa saya menyambut kelahiran bayi. Saya stress sgt2x.