Assalammualaikum w.b.t
foto dari google |
Wujudnya insan ketiga dalam perhubungan? Salah siapa? Insan ketiga yang pada mulanya hanya dianggap teman biasa semakin hari semakin terasa dekat di hati. Keadaan inilah yang mengancam kesetiaan anda terhadap pasangan anda. Paling menyedihkan ikatan perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta yang bertahun-tahun dibaja dan dijaga, hancur berkecai begitu sahaja. Semuanya penangan insan ketiga. "Sebagai manusia kita mudah untuk jatuh cinta", itulah hakikatnya. Dan disebabkan itulah kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan adalah sangat-sangat penting. Untuk jatuh cinta sememangnya mudah, untuk menjaga cinta amatlah sukar.
Mama tak mau la nak cakap lebih-lebih, bimbang terjadi pada diri sendiri. Sedar kehidupan kita bagaikan roda. Sekejap di atas sekejap di bawah, sekejap bahagia sekejap duka. Cuma mama sedih bila melihat suami yang sanggup meninggalkan isteri semata-mata mengejar cinta insan ketiga. Sedih bila mengenangkan segala pengorbanan dan kesetiaan isteri sekian lama tidak dihargai. Sanggup menghancurkan kepercayaan seorang isteri. Tidak tahu hendak membezakan antara permata dengan kaca. Buat si suami dan insan ketiga yang sedang bahagia menyulam kasih, bahagiakah diri setelah ada insan lain mengalirkan airmata di atas kebahagiaan anda itu. Kepada isteri-isteri yang sedang diduga bersabarlah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik kedukaan itu. Mama tahu untuk bercakap amat senang tapi untuk yang menghadapi amatlah payah sekali. Tepat sekali pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya".Sedih bila menghayati bait-bait lagu di bawah.
Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu Yang Tak Disangka
Seringkali Mendatangi Kita
Itukah Suratan Dalam Kehidupan
Atau Sekadar Satu Kebetulan
Kita Asyik Membicarakan
Persoalan Hidup dan Pilihan
Serta Kejujuran Semakin Berkurang
Masih Tiada Bertemu Jawapan
Walau Kita Dihadapkan Dengan Berbagai Pilihan
Mengapa Sering Terjadi
Pilihan Tak Menepati
Hingga Amat Menakutkan Menghadapi Masa Depan
Seolah Olah Terhapus Sebuah Kehidupan Yang Kudus
Pertemuan Sekali Ini
Bagi Diriku Amat Bererti
Tetapi ku Bimbang Untuk Menyatakan
Bimbang Kan Berulang Kesilapan
Sayangi dan hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum apa yang kita sayangi dan hargai itu pergi buat selamanya.
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment