Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, October 19, 2010

Macam-macam Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Bebelan kali ni bercampur aduk. Dari cerita weekend dan cerita hari ini. Last weekend, Amanie bangun lambat. Dekat pukul 10pagi baru bangun. Ye lah mama tak kacau dia kan untuk hantar ke rumah ummi nya. Best la tido sayang. Bila dah bangun tu senyum-senyum kat mama dan papa. lepas tu mama tinggal kejap Amanie kat papa, sebab mama nak ke dapur siapkan bekpes jap. Wahhh siap bekpes lambat gitu. ye lah bukan Amanie je bangun lambat. Mama papa pun ikut serta juga. hihiihi...kata weekend kan..Masa kat dapur mama dengar Amanie nangis. Mama wat tak kisah aja sebab dah tahu dia ngan papa. Tapi makin lama makin kuat lak melalak. Terus mama ke bilik, tengok papa dah dok dukung dia sambil pujuk-pujuk. Papa kata papa tinggal Amanie kejap je, p sembur ambipure kat bilik sebelah nun sebab aromanya kurang menyenangkan. Pastu tetiba ja Amanie melalak. pujuk tak makan samam ok..melalak macam kena dera tu. Adoiiiyaiii...puas la mama papa dok usung-usung dia. kejap keluar rumah, kejap masuk umah. Bagi susu tak mauu, bagi toys pun tak mau jugak..mama dah tak tau dah pujuk mcm mana. Last mama p mandikan dia. Lagi la sakan..huhu..pas mandi siapkan dia. Try kasi susu lagi..owhh nasib baik mau minum dan diam. Tapi sambil minum tu, dia cam ngomel-ngomel. Owh anak mama! macam-macam ye perangai kamuu.takut eh kena tinggal sorang-sorang.  Dan hari tu jugak, mama try kasi dia nestum beras. Mama buat cair-cair, dan Amanie memang suka, pandai dia makan.

Bebelan hari ini plak, pagi tadi dalam jam 4pagi mama duk dengar la bunyi tap-tap cam hentakan tu. Mama terus tengok Amanie kat sebelah. Macam biasa, dah takde dah amanie atas tilam dia. Dah jatuh ke tikar dah. Semalam kami 3 beranak tido kat depan tv je. Jauh menjelajah Amanie kali ni. Yang bunyi cam hentakan tu rupanya kaki Amanie dok hentak-hentak. Mimpi ke apa budak ni. Mama malas la nak snap-snap segala kannn, mata ngantuk weyy.. Mama alihkan Amanie semula kat tempat tido dia. kesian lak tengok dok atas tikar tu. Lepas tu pagi tadi mama rasa kasihan, tak sampai hati nak hantar Amanie ke rumah ummi pengasuh. bukan apa, time mama selalu hantarkan dia tu, Amanie tido. 6pagi tadi Amanie jaga lagi. Dok bebel sorang-sorang dia. Mama lak duk siap-siapkan barang Amanie untuk dibawa bersama ke rumah ummi. Papa masih tido. Mama bagi susu tak nak minum. Lepas tu dia dok merengek-rengek. dah 7.30pagi, sama juga tak nak minum. Mama tak siap lagi. Jam 8.00 selalu hantar Amanie ke rumah ummi. tak sudah mama masukkan Amanie dalam ndoii (buai) orang utara panggil. henjut-henjut sket, lena lak dia. Rupanya ngantuk. Layan tido lagi la dari minum susu. Oh anak...dah tido mama pun cepat-cepat la siap. time tu papa dah p keja dah pun. 8.10pagi, kesian lak mama nak kejutkan Amanie. baru je dia tido kan. Kalau la mama tak perlu keja kan best..Mama ankat jugak dia, nasib tak jaga. Slow-slow mama jalan p antar dia sebab tak nak dia jaga. kesian..baru sangat tido. nanti kalau dia jaga mesti dia wat perangai sebab tido tak puas lagi kan. owhh kasihan kamu anakku...

0 Bisikan Asmara (::