Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, October 29, 2009

Rawatan Kesuburan [1]

semalam, hari Rabu bertarikh 28/10/2009 seperti yg telah aku war-warkan sebelum ini iaitu aku ada temujanji dengan doktor dari hospital pulau pinang untuk rawatan kesuburan pada hari dan tarikh tersebut.makanya aku dan abang pun pergi ke sana. kami sampai di sana lebih kurang jam 8.30pagi.keadaan jalan raya agak sesak pagi2 macam tuh..biasala kan penghuni2 bandar ni memenuhi tuntutan harian mereka untuk berkerja kan..sejurus saja sampai aku terus mendaftarkan diri..orang punya la ramai.lepas tukan service kat sana punya la lembap sampai aku dan abang dah bengang gilos2.tp kami masih boleh mengekalkan kewarasan masing2..hehehe.Bayangkan dari 8.30pagi aku dok tercogok tunggu giliran untuk jmpa doktor sampai lah jam 11.15pagi baru turn aku.sapa tak bengang kann.kata dah wat appointment tp still kena tunggu berejam2 jugak.kalau macam tu baik tak payah buat appointment kan..huhu..

okeylah ni aku nk citer apa yang aku wat kat sana.mula2 masuk jumpa doktor tu, macam sebelum2 ni jugak masa aku jumpa doktor kt klinik swasta dulu2, dr interview aku tentang berapa lama dah kawin,latar belakang kesihatan aku dan keluarga, tentang period cycle aku dan bla..bla..blaa..macam2 ditanyanyer.dr yg interview aku nih dr lelaki india..lepas abis diinterview tu, aku diarahkan ke bilik scan..alahai nak kena wat vaginal scan lagi aah..aduhh maluuuuuunyer perasaan masa tuh.tapi wat kering jugaklah..huhu..masa wat scan ni plak dr chinese lelaki.korang bayangkan perasaan aku..susahkan nak dapat dr pompuan dalam kes macam nih..huhu..abis wat scan tuh aku terpaksa wat pepsmear lak..seumur idup aku lom penah aku wat pepsmear nih..wat pepsmear xsakit tp aku malu.dr cakap akunyer pangkal rahim tinggi dats y susah tuk aku preknen.

pasal cyst dr X sebut lansung harap2 xder lah..sementara tu plak, abang diberi form ngan botol untuk wat sperm test..abang kena antar sperm dia pada 10/11/2009.. bila dah abis suma tuh dr isi form tuk aku wat HSG..daripada penerangan dr tuh, HSG tu perlu buat untuk tentukan kedua2 tiup aku tidak tersumbat.diorang akan masukkan 1 tiub kat *tuttt* kann pastu diorang akan masukkan air macam nila la kata dr.jika air tu dapat keluar ikut saluran tiub tu means xder problem le ngan tiub jika xkeluar means something wrong lah.ya allah, takutnya aku..dr suruh aku wat arini jugak HSG tuh..apapun aku ngan abang pegi makan dulu la.masing2 dh lapar sgt dh.kitaorang xmik bekfes pagi tuh. bila abis je makan terus kitaorg pegi hospital balik.cari x-ray department tuk wat HSG tuh..tanya kat kaunter dulu kan, oarang tu cakap sebelum wat x-ray tuh kena wat appointment dulu.kena wat selepas next period.jadi xleh wat aritu jugak la.fuhh lega aku rasa..hehehe..ye aa aku takut..so kami pun terus balik la.masing2 dah letih sangat.

oh! ya, lepas ni pada hari kedua aku period aku kena pegi hospital lagi utk blood test lak..lepas tu appointment aku seterusnya lagi dua bulan pada 23/12/2009. sampai je kat umah aku terus call kawan aku pinat namanya...kawan aku nih macam aku jugak sampai sekarang belum pernah preknen.dia dah kawin 4tahun..dia penah wat rawatan kesuburan sehingga sekarang ni masih membuat rawatan.sekarang ni dia tengah wat proses i.u.i dah 2kali dah dia buat tapi masih belom ada rezeki dia.jadi aku nak tanya la dia tentang HSG tuh..katanya wat HSG tuh lah prosedur paling sakit..huhu..ini membuatkan aku makin cuak.takut la weyy..ya allah, cekalkanlah aku,kuatkanlah semangatku untuk menghadapi ujianmu ini..nasib baik aku xbuat arini kannn..perasaan aku sekarang ni saat2 takut untuk wat proses HSG tu..aku takut menanti next period..huhu...

Friday, October 23, 2009

Pagi Yg kelam kabut

Pagi tadi tah macam mana tah, boley lak aku xjaga..terjaga dh pukul 7.47pagi..ya ampunn..apa lagi.kelam kabut la kejutkan abg.kira benasib baik juga la tu.watnya aku tejaga pukul 10pagi.camner..terpaksa amik mc u..hahhaa..aku bagitau abg yg kami terlewat dh ni..abg pun dengan senangnya bangun terus capai towel g mandi.klu tak susah benar aku kejutkan dia.dok emmm,emmm.pagi ni tau lak dia terkocoh2 mandi,siap bagai..hahahha..taupun akupun sama la,terkocoh kocoh mandi dan besiap bagai kann..sampaikan xsempat la aku nak siapkan breakfast.abg call kawan dia.nk tumpang pegi ofis sbb arini aku terpaksa guna motor.keta ada problem sket..huhu..minyak itam dok keluar so aku xbani la nk drive arini.suh abg pegi check dan baiki dulu.sebenarnya abg yg menyebabkan minyak hitam tu keluar.petang semalam abg dtg amik keta kt ofis aku, katanya nak basuh keta dan petang tu dia datang la amik aku kan.masa nk parking kat kuaters la menda alah ni jadi.rasanya tekena kt divider tu.siket je pun xsanka leh meninggalkan kesan degil lak..ermm tadi call tanya abg.dah repair belom keta.katanya dah siap repair dah..alhamdulillah xder la serius sangat.kalau kena tinggal berhari hari kat workshop tak keharu kami nak pegi keja.

Friday, October 16, 2009

jawapan yg kucari

semalam aku nekad nk uji abg..sbb ati aku rasa xtenang selagi aku xdpt tahu apa yg nak sangat aku tahu..alhamdulillah abg tidak merahsiakan apa2 lagi dari aku..sengaja aku call abg selepas aku menguji dia.tanpa ku tanya abg terus menceritakan sumanya padaku.dlm hati aku bersyukur sgt..ternyata kasih sayang abg pada aku tetap seperti dulu.tidak pernah berubah.cumanya aku yg berprasangka buruk pada abg.maafkan isterimu ini kerana tidak mempercayai tutur bicaramu itu.hari ni sekali lagi aku menguji abg..abg jujur pada kata-katanya..terima kasih kandaku sygg..semoga hubungan kita sentiasa dirahmati dan kekal selamanya.

Tuesday, October 13, 2009

pegi hospital penang

pagi ni awal2 lagi dh bangun siap2 untuk ke hospital.utk check up kat sana plak kan..ingat nk sms kt ofis mate ckp masuk keja lambat sket..tp abg kata nti dulu jam 8am nti baru msg bgtau.masa sampai kt sana, org punya la ramai.alahaii lam hati dok kata ermmm abis la aku msti lmbt jgk masuk keja nih.pastu aku terus pegi kat kaunter tya tentang hal aku nih. diorg ckp kena wat appointment dulu. chec up utk inferliti tiap2 hari rabu je.so diorg pun bagi la date utk aku dtg lagi.2mgu lagi aku kena pegi sana, 28 oct nih.1st visit aku ngn abg kena pegi utk check up dua2 org skali..huhu..jd arini just wat appointment je aar..seb bek lg.dh wat appointment tuh trus cargas pegi ofis plak la..ermm sampai ofis on time jgk..hahhaa..

Appoinment baru2 ini

hari ahad baru baru ini, aku ada appoinment dgn Dr Ganga. aritu dr wat vaginal scan tuk pantau pengeluaran telur.drpd scan itu dr gtau telur yg ada kecil2 means tdk matang.dan ada satu bentuk yg agak besar saiznya dalam 3.55cm. Dr bagitau itu berkemungkinan cyst. aku penah jgk tebaca tentang benda ni. dr refer aku ke general hospital tuk rawatan selanjutnya.katanya cyst ini jika membesar dia boleh menyebabkan ketidaksuburan..risaunya aku masa tuh..jika ia membesar, ia pelu dibuang..huhu.. kat sini aku nk kongsikan sedikit mengenai cyst ini..artekel aku amik dari kawan blogger aku nizza-abira.ngehngeh...sory eh nizza amik tanpa pengetahuan awk..hehehhe...

Definisi cyst. Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah

Jenis-Jenis Cyst Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum : Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini? Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah: **Sakit perut **Rasa perut penuh dan tak selesa **Rasa berat pada ari-ari **Sukar atau kerap kencing **Sakit semasa hubungan seks **Muntah dan loya.

Diagnosa Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut. Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburanBagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Saturday, October 10, 2009

kenduri kawin + jmpa dokter

arini aku nk balik kg.after keja jam 1 nti trus gerak balik..klu tak ngt xnak blk lg.ye aarr raya aritu dh blk lama h kann.tp disebabkan aku ada hal terpaksa jgk blk..ada 2 sbb kenapa aku kena jgk blk.1st, arini big day kawan aku..kawan masa study kt usm dedulu..yatie namanya..kena la pegi kan.lagi pulak dh lama kami xjmpa.start2 abis study thn 2006 tu mang xnah jmpa lansung.sekadar2 contact2 tru fon je aahh.rindu rinduan occay..pastu kawan aku dr melaka, ida namanya, pun turun kedah jgk hadirkan diri ke majlis si yati nih.leh aah jmpa dia skali.xsabar nk critacriti ttg diri masing2 nih..ahahaha.. 2cnd reason lak..sbb ada appointment dgn dr ganga..uhu sangat takut occay..malu pun iyer jgk..apa lg la dr tuh nk wat kt aku eh..appointment tu esok..alahaiii isaunya aku..harap2 suma occay lah..kawan2 doakan utk aku eh..

Thursday, October 08, 2009

Bowling????

semalam kitaorang pegi main bowling..hahaha..terasa musykil ngn diri sendiri.seumur idup aku ni xpenah aku main or teringin nk mencubanya.xtaulah kenapa?mukin aku segan or malu kot.mlm tu lah 1st time aku main bowling.mang xtahu sungguh-sungguh nie.hehehe.. abg cakap xper nanti dia ajarkan..percubaan pertama, kedua,ketiga, sungguh hampeh..wakakka..terasa kelakar disitu..lama2 ada la jgk gaya tuh..huhu..occay la kan..baru belajar berjinak2..;p bila dh mencuba tuh kan, rasa mcm seronok plak..after that, kandaku ajak temankan dia men snooker..ikutkan ajalah sekali sekala kan.dua kali berkala kala la plak nti eh kanda syg..selepas membazir duit untuk syok sendiri, kami pun gerak la dari situ menuju ke queensbay lak..saja lepak2.ngt nk lepak kejap je, dh plak abg terjumpa kawan sekolah dia.lama xjmpa kan.jadi mcm2 la nk di storymorry kannn.sudahnya around 1pagi jgk ler kitaorg balik umah..

Wednesday, October 07, 2009

N3 di petang hari

sudah seminggu kisah sukadukaku berlalu..alhamdulillah keadaan kembali seperti biasa.syukur padamu tuhan kerana masih memberi peluang kepada kami berdua.namun begitu aku tahu aku perlu beware dalam meniti alam rumahtangga yg penuh cabaran ni.terlalu banyak onak dan duri yg perlu ditempuhi.In future kita sebagai manusia tidak tahu apa yg akan berlaku.apa yg diharapkan sesuatu yang lebih baik.aku sedar dalam perhubungan antara suami & isteri, xsemuanya indah, tak semuanya manis. pasti akan wujud juga perselisihan. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. benar sekali ungkapan itu. andai hilang pertimbangan, runtuhlah ikatan cinta,kasih dan syg yg dibina sekian lamanya.terima kasih tuhanku, ujianmu memberi banyak hikmah dalam hubungan kami.bimbinglah kami menuju ke arah keredhaanmu.ku tahu JANJIMU ADALAH PASTI..

Thursday, October 01, 2009

macam macam nak cerita.tapi..

semalam abg kena pegi taiping sbb arini abg ada appointment kat Lumut.mukin abg balik penang esok pagi.semalam abg call aku.x tahan lagi rasa.aku berbual ngn abg sambil menangis..penantian kami masih tetap menjadi penantian.xtahu sampai bila kami akn terus menanti.abg pujuk aku supaya aku besabar.apa lagi yg mampu aku lakukan selain bersabar kan. dalam masa yang sama aku masih kecewa ngn abg.mengapa dan kenapa biarlah antara kami berdua saja yang tahu.tapi aku sedar manusia tidak ada yg sempurna.tidak lepas dari membuat kesilapan.kerana itulah aku masih memberi peluang pada abg. pagi tadi aku msg abg.tanya abg ingatkah dia hari apakah ini?then trus abg call wish hp bezday to me..huhuhu.masa tu abg tengah besiap2 untuk ke Lumut.jd malas nk kaco abg.oh ya 11 oct nanti aku ada appointment dengan dr gangga lagi.takut ada,isau banyak..huhu...