Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, October 01, 2010

Mama Bersalah Bila...

Assalammualaikum w.b.t.

Lebih kurang 3 tahun yang lepas, dengan secara tidak sengaja mama telah melukakan hati seorang lelaki. Seorang lelaki yang berkulit coklat, berkumis tebal, berwajah agak garang. Percaya atau tidak suatu ketika mama pernah membuat lelaki itu menangis. Ya!! Dia menamgis kerana kata-kata yang lahir dari bibir mama. Sumpah!!! Mama tidak sengaja. Di kala itu, mama terlalu muda lantas terlalu menurut kata hati. Mama terlalu sayangkan lelaki itu, walau suatu ketika lelaki itu pernah mengecewakan mama sekeluarga.

Mama tahu terlalu banyak lelaki itu cuba membahagiakan kami semua. Sanggup berkorban apa sahaja, harta atau nyawa. Mama bersalah, mama berdosa, kala itu, mama tak sanggup lagi nak menunjukkan wajah mama padanya sebab mama sedih. Sedih melukakan hatinya. Lelaki itu merajuk dengan mama. Tapi, rajuknya tidak lama kerna kasihsayang mengatasi segalanya. Sumpah!! Takkan kuulangi lagikesalahan yang sama. Korang jangan jadi macam mama tau. Mama sedar dulu mama bukanlah anak yang baik. Alhamdulillah mama sekarang semakin insaf dan mencuba menjadi yang terbaik buat ayah, mak, papa, amanie dan seluruh keluarga mama.

Lelaki itu, ayahanda ku tercinta…
Ampunkan anakmu, walau ku tahu diri ini telah lama diampunkan..
Anda semua sudahkah memohon kemaafan dari ayahanda dan bonda tercinta?
Mesti dah kan..raya kan baru je lepas ye dakkk:)



0 Bisikan Asmara (::