Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, October 30, 2010

Manja Mama Dah Sihat Tapi Mama Risau lagi

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Amanie semakin sihat dari demamnya. Cuma sekarang ni, masih ada perkara yang merisaukan mama. Tak tahu kat mana yang tak kena laa. Mama dan papa dah jaga Amanie sebaik mungkin. Dah cuba berikan yang terbaik buat si manjaku ini. Huhuhu..Ermm Amanie sekarang ni seluruh badan Amanie tumbuh ruam-ruam kecil pulak. kat muka pun ada. Mama tak tahan la tengok Amanie macam tu. Rasa kesian pulak. Mungkin Amanie gatal kan. tapi tak tahu nak bagitau mama ngan papa. Sejak baik dari demam, Amanie selalu merengek ngan mama dan papa. Sebab tak tahan sangat tengok keadaan Amanie macam tu, mama ajak papa p klinik check Amanie.

Semalam jumpa doktor, doktor cakap itu tidak membimbangkan sebab ia bukan masalah dari segi internal tapi external. Ia boleh baik. Sememenagnya dari segi penyusuan, Amanie menyusu seperti biasa, tiada cirit atau muntah. Cuma perlu give more attention pada Amanie. Kata doktor, banyak faktor yang menyebabkan masalah tu. Antaranya dari segi pakaiannya, air mandian, sabun bayi, bedak, ubat nyamuk, ciuman atau sentuhan dari orang-orang sekeliling dan banyak lagi faktor. Pastu doktor suruh stop antibiotik yang mama kasi kat Amanie. Katanya kadangkala ubat pun boleh menyebabkan alahan. Kulit baby sangat-sangat halus dan sensitif. Macam kulit mama jugak Amanie ni.Susahnya nak jaga baby. Owh ya, lepas tu kan doktor siap pesan jangan sapu bedak banyak sangat terutamanya bedak sejuk.hihihi... macam tau-tau aja doktor ni yang mama memang dok lumur bedak sejuk kat Amanie. Mana la mama tau tak boleh, mama cuma nak hilangkan ruam Amanie tu je. Kata Doktor, kulit ada liang roma, kalau bedak banyak sangat nanti boleh tutup liang roma tu dan kulit tak dapat nak bernafas. Macam tu ekkkk? Baiklahhhh.....Lega sikit mama bila dah dengar penerangan dari doktor. Nasib la ianya bukan masalah serius..mama ja kecoh lebih. Kan pe kesian tengok bintik-bintik merah tu kat badan dia. Takut dibiarkan melarat pulak. Sapa tak sayang anak oiiii..bukan senang la mama nak dapat anak. So, kena la jaga baik-baik. Harta dunia akhirat tuuuu....Heran macam mana la mereka-mereka tu boleh buang anak sesuka hati..

Lepas ambik ubat, terus singgah kedai makan. Mulanya nak makan kat situ tapi tengok Amanie dah laloq semacam je, makanya tapau aja. Sampai di rumah, mama terus salinkan pampers Amanie dan bagi ubat. Kemudian tidokan dia dalam ndoi (buai). kebiasaannya, bila Amanie dah lena dalam ndoi tu baru la mama angkat letak kat atas tilamnya. Kalau tak jangan harap dia nak tido kat bawah. Jarang-jarang la Amanie terus tido kat tilam dia tu. Yang menjadi masalahnya sekarang ni, tido dalam ndoi nak meniarap. Mana boleh sayang ooiii nak meniarap macam mana dalam ndoi tu. Mama kalihkan badan dia, mula la protes mama. huhuhu..anak...anak....macam-macam perangai kamu ye...

Friday, October 29, 2010

Puding Kastad Sumi

Assalammualaikum w.b.t



Bahan-bahan
Jeli sumi (buang plastik dan guna le brp banyak nak)
1 cawan tepung kastad
7 sudu besar gula
1/2 cawan susu manis
3 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1. Masuk air dan gula dalam periuk. masak atas api sederhana sehingga gula larut
2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali sumi. masak hingga pekat dan berkilat. sentiasa kacau untuk elakkan berketul
3.Tuang puding dalam bekas. susun agar2 di atasnya. sejukkan.

Bahagiakah Diri Di atas Penderitaan Insan Lain

Assalammualaikum w.b.t


foto dari google

Wujudnya insan ketiga dalam perhubungan? Salah siapa? Insan ketiga yang pada mulanya hanya dianggap teman biasa semakin hari semakin terasa dekat di hati. Keadaan inilah yang mengancam kesetiaan anda terhadap pasangan anda. Paling menyedihkan ikatan perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta yang bertahun-tahun dibaja dan dijaga, hancur berkecai begitu sahaja. Semuanya penangan insan ketiga. "Sebagai manusia kita mudah untuk jatuh cinta", itulah hakikatnya. Dan disebabkan itulah kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan adalah sangat-sangat penting. Untuk jatuh cinta sememangnya mudah, untuk menjaga cinta amatlah sukar.

Mama tak mau la nak cakap lebih-lebih, bimbang terjadi pada diri sendiri. Sedar kehidupan kita bagaikan roda. Sekejap di atas sekejap di bawah, sekejap bahagia sekejap duka. Cuma mama sedih bila melihat suami yang sanggup meninggalkan isteri semata-mata mengejar cinta insan ketiga. Sedih bila mengenangkan segala pengorbanan dan kesetiaan isteri sekian lama tidak dihargai. Sanggup menghancurkan kepercayaan seorang isteri. Tidak tahu hendak membezakan antara permata dengan kaca. Buat si suami dan insan ketiga yang sedang bahagia menyulam kasih, bahagiakah diri setelah ada insan lain mengalirkan airmata di atas kebahagiaan anda itu. Kepada isteri-isteri yang sedang diduga bersabarlah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik kedukaan itu. Mama tahu untuk bercakap amat senang tapi untuk yang menghadapi amatlah payah sekali. Tepat sekali pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya".Sedih bila menghayati bait-bait lagu di bawah.

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu Yang Tak Disangka
Seringkali Mendatangi Kita
Itukah Suratan Dalam Kehidupan
Atau Sekadar Satu Kebetulan

Kita Asyik Membicarakan
Persoalan Hidup dan Pilihan
Serta Kejujuran Semakin Berkurang
Masih Tiada Bertemu Jawapan

Walau Kita Dihadapkan Dengan Berbagai Pilihan
Mengapa Sering Terjadi
Pilihan Tak Menepati
Hingga Amat Menakutkan Menghadapi Masa Depan
Seolah Olah Terhapus Sebuah Kehidupan Yang Kudus

Pertemuan Sekali Ini
Bagi Diriku Amat Bererti
Tetapi ku Bimbang Untuk Menyatakan
Bimbang Kan Berulang Kesilapan

Sayangi dan hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum apa yang kita sayangi dan hargai itu pergi buat selamanya.

Thursday, October 28, 2010

Dah Jumpa Dahhhh:)

Assalammualaikum w.b.t


kalau ada yang baca pasal entry  nie , mesti dah tau apa benda yang mama dah jumpa. Tak sangka nak jumpa balik, sukanya hati. pen drive mama dah jumpa. Jatuh kat rumah BS Amanie. hari-hari dok p hantar dia ke sana takde lak mama nampak pun. Mungkin jatuh masa mama dok seluk poket seluar nak ambik kunci kan. Nak dijadikan cerita teman sepengasuh Amanie yang jumpa. namanya Watie. Dia bagi kat abahnya, then abahnya pun open la kan. Abah si Watie ni plak member papa. Buka-buka ja, tengok ada gambar papa, mama and amanie. So, diorang pulangkannn. ohhh..thank yeah...nasib baik jumpa kat mereka-mereka ini.

DOA

Assalammualaikum w.b.t



Waktu Mustajab Untuk berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa juga penting dan ianya merupakan satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. seperti :-

  • Semasa Lailatul-Qadar.
  •  Ketika hujan turun.
  •  Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  • Di tengah malam.
  • Di antara azan dan iqamah.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika iktidal akhir dalam solat.
  • Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  • Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  • Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  • Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Gelagat Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Amanie masih demam lagi, tapi suhu badan dia sudah turun. Cepat la sembuh sayang. nanti leh main-main lagi macam selalu. Semalam, panas dah kurang, Amanie dah leh gurau-gurau dah. Suara bukan men kuat lagi dok tejerit-jerit.hihihi..suka la tengok anak mama dah mau main-main. Sebelum ni, senyum pun xmau, bebel2 pun x mau. Orang kiss2 dia pun marah ooiiii. Ni mama tempek foto Amanie semasa beliau sihat. Gelagatnya begitu membuatkan hati mama sentiasa senang dan tenang. Mama sayang kamuuu....

ececeyyy xsyennn nampak

tengok camera eh..hahaha gilo glamour eh:)

lalalalalaaaaa....

fenatttt sudahhhh

Angkat Amanie plzzzzzzzzz

Wednesday, October 27, 2010

Cepat Sembuh Sayang

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ni manja mama demam. kesian anak mama. Start demam 24/10/10, 25/10/10 dan 26/10/10 admit kat Hosp Pulau Pinang. Suspek denggi. Untuk kesekian kalinya, terpaksa mendengar tanggisan anak mama lagi. menangis sewaktu darah diambil untuk test samada ada hidap denggi atau tak. Alhamdulillah, anak mama takde denggi, cuma demam biasa. hari ni masih demam lagi. Mama risau sangat. cepat sembuh sayang. Di hospital, Amanie cuma nak dengan mama ja. Bila mama pangku, Amanie diam and terus tido. Bila mama letak kat katil terus jaga and menangis2. Dengan papa pun takmau. Lenguh lengan mama sayang asyik memangku Amanie. nasib la anakkan. Sekaranag ni mama kat tempat keja. Tapi hati mama, sentiasa ada kt rumah, kat Amanie. Amanie, nanti petang cepat-cepat mama balik k. Sabar ye sayang...huhuhu





Saturday, October 23, 2010

Malang tidak berbau

Assalammualaikum w.b.t

pinjam foto dari en google
Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Seandainya malang tu ada bau, awal-awal lagi mama bersiap sedia cuba sedaya upaya menghindarinya. Realitinya ia tidak berbau dan tak akan berbau. Itu yang susah tu. belit-belit lak intro mama ni. Sejak akhir-akhir ni, nasib mama selalu je tidak baik. Mula-mula carger my lappy rosak. Sekarang ni pen drive kesayangan mama pulak hilang. Hilang ke mana tak dapatlah mama kesan. Pen drive mama tu lebih kurang cam foto tu lah. yang penting pink colour. Selalunya mama simpan kat poket seluar je. Semalam nak ambil pen drive, seluk-seluk takde la pulak. Ingatkan tertinggal kat umah, sekali balik check kat umah pun takda jugak. Satu umah mama geledeh tapi masih tak jumpa.sedih betol la.

Pen drive tu memang mama sayang. tapi dah nak hilang, terpaksa terima seadanya. Cuma, mama risau sangat sebab dalam pen drive tu ada banyak foto-foto mama, Amanie, papa dan famili. Risau kalau-kalau jatuh ke tangan manusia yang tak berperikemanusiaan. Takut laaa....Zaman sekarang ni macam-macam kemungkinan leh terjadi. huhu.. mohon kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. Jauh benar mama berfikir kan...pen drive...pen drive... mana la ko hilang ni.huhuhu

Friday, October 22, 2010

Teringin

Assalammualaikum w.b.t


Adehhh  mama teringin betol la nak makan laksa. Pecaya atau tidak mama dah tak makan laksa hampir 5 bulan tau..Sejak melahirkan Amanie sampai la sekarang ni, tak penah sentuh langsung laksa. Mak tak bagi mama makan lagi, katanya laksa tu sejuk takut nanti mama sakit urat.huhuhu..susah benarnya bila kita dah melahirkan anak ni. Macam-macam nak kena jaga. Dari segi luaran juga dalaman yer. kalau tak jaga diri sendiri yang merana. Ambik la habuan...

Disebabkan mama tak leh makan laksa, aidilfitri baru-baru ni, terpaksa mama warning kat mak, JANGAN BUAT LAKSA..(saja letak tulisan warna merah menggambarkan penegasan:) huhuhu..Lazimnya tiap-tiap kali hari raya mak mesti buat laksa. memang tak pernah miss la. Nasib la mak prihatin ngan mama..sayang mak banyakkkkk laaa.

Masa jamuan hari raya lepas, BS Amanie duduk sebelah mama. Tapi bukan itu yang menjadi cerita utama. Cerita utamanya, BS Amanie makan laksa. Ya allah, bauuunyeee buat mama tergoda. Tak tahannyer. Bukan bau BS yer tapi bau laksa.. Menggugat keimanan mama. Sabar...sabar....Mak kata sekurang-kurangnya harus pantang makan laksa sampai setahun.. Awat lama sangat naaaa...

Haaa satu lagi benda yang mak kata perlu pantang.Yang ni jugakk



Ayaq nyok muda...wallllahhhh....sedap kan..sejuk ja tekak eh bila minumnya. Mak kata perlu pantang minum air ni sampai la mengandung lagi. Lama tu naaa..tapi kalau tahun depan termengandung lagi leh la ceq minum naa..hahaha...Benda yang ceq suka la yang perlu pantang yerr. Nasib badan..

Rosak

Assalammualaikum w.b.t

Apa yang rosak?? Ni ha menda alah ni yang rosak..huhuhu...
Adehh..macam mana la benda ni leh rosak plak yer. Mula tu ngatkan mama ngatkan lappy mama yang rosak sebab tetiba je ter off sendiri. Pas mama selidik-selidik rupanya benda tu yang rosak. Bila caj dia degil nak masuk. Sedih betol la, nak uplode foto pun susah. Kalau uplode kat ofis boleh tapi kena la tunggu time keja takde or break time. huhuhu...

Ermm mahal tak eh benda alah tu??? Sapa-sapa yang tau, share ngan mama eh pricenyer....:(

Thursday, October 21, 2010

Tertekan owhh

Assalammualaikum w.b.t

Mama sangat-sangat tertekan semalam. huhuhu...pulut sekaya ku tidak menjadi..Ni pestime tau mama try buat kuih ni. Dulu-dulu mama tak suka masak. Tapi sejak dua menjak tiga menjak (nabill la sangat kan), mama suka sangat memasak. Suka sangat bila tengok papa makan hasil air tangan mama. Sejak menjadi suri hidup papa la. Masa bujang-bujang dulu hampeh nak masuk dapur. Mak suh p masak, wat dengar tak dengar je. Baguihhhh betoii laa...Ha la ni, buat kuih pun tak qeeti..padan la muka mama kan.

Semalam tingin nak makan pulut sekaya. Bukan tak leh beli, tapi saja nak buat sendiri. Lebih banyak..Check bahan-bahan kat dapur, yess mencukupi. so, pas amik Amanie dari BS, terus masuk dapur, dengan gigih menyediakan makan malam dan juga sesi membuat pulut sekaya. Last sekali tengok hasil pulut sekaya amatlah mengecewakan. Sungguh mama tertekan. Rasa ada tapi lembut..huhu..terlebih santan kot eh..Papa kemain lagi dok sengih-sengih mainkan mama. Ahhh pedulikkkk...Disebabkan rupa kuih ku yang tak segak tu, mama malas la nak uplode fotonya. Maluuuuu....
Puan cheff yang tertekan. walaupun begitu kutetap berikan senyuman manisku:)

Check up Amanie 5 Bulan

Assalammualaikum w.b.t

Pagi-pagi tadi, mama bawa Amanie p check up. hari ni Amanie kena cucuk untuk 5 bulan. Buat perangai dia hari ni. Menangis ja kat klinik tadi. Lom cucuk lagi dah nangis, dah kena cucuk lagi nangissss. Amanie tau eh nak kena cucuk. Sian dia..Berat Amanie dah 5 kg..ok la  tu bagi baby pra matang kan. Kalau baby normal rasanya dalam usia begini beratnya mungkin dah 6kg lebih atau mungkin 7kg. Takpe sayang, sayang sihat itu sudah cukup membuatkan mama happy.




Amanie mengenangkan nasib sebentar nanti:)
Mama suka la dengar Amanie membebel. hahhaa.Dah pandai membebel ni. Cute je dia begitu. Pantang mama lambat buatkan susu, membebel je keja dia. Bila celik ja mata dari tido, tengok takde orang, membebel lagi..Tengok papa dok makan pun, membebel jugak dia..hahahha..nak jugak ke..len kali minta k sayang:)

Wednesday, October 20, 2010

Oh Anak !!

Assalammualaikum w.b.t



Tak sampai hati nak kejutkan bila dia dah tido macam nie..huhu

Kuih Qasidah

Assalammualaikum w.b.t


Kenal tak kuih ni. Mama suka kuih ni. Nak nak lagi kalau mak yang buat, sedapppp. Kuih ni lembut, sangat-sangat sesuai la untuk mereka-mereka yang takde gigi atau sakit gusi.hahaha..Takde lah kan. sapa yang suka makan la, kalau tak suka wat dunno jeeee. Kuih ni namanya kuih jalan daaa ecehhh, kuih qasidah benarnya.
Semalam mama buat kuih ni. Senang ya amat ye kawan-kawan...Nak jugak la tempek resepi kat sini, kot-kot nanti Amanie besar dia leh jugak cedok resepi kuih tradisional  kat blog mama ni kasi mak mentua mamam.hehehe..

Bahan :-
1 cawan tepung gandum
7 Sudu besar gula (kalau suka manis tambah la lagi, jangan malu2 k)
1/4 garam (sikit je)
3 cawan air
3 ulas bawang merah ( potong kecik2, orang aloq staq kata rincik haluih2 naaa)

Caranya :-
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bawang. Masak atas api sederhana. kacau hingga
    adunan menjadi pekat dan berkilat. sentiasa kacau ye untuk elakkan tepung berketul2. Bila dah masak,
    tuang dalam bekas/loyang. sejukkan
2. Goreng bawang hingga kekuningan. Tuang bawang yang digoreng sekali dengan minyak atas kuih yang
    disejukkan tadi. Siap...leh la potong dan mamammmm

Tuesday, October 19, 2010

Kek Milo Mama Syaida

Petang semalam, lepas balik keja singgah kedai beli bahan-bahan untuk buat kek milo. Teringin nak makannn. Tapi bukan mengidam ye kawan-kawan.hehehe.. Ini adalah cubaan kali kedua yer. yang pertama kalinya buat kat kampung. Yang buat kat kampung tu kurang menjadi sebab telah terjadi macam apam pisang daaa..hahaha...Kek ni simple je..bahan-bahannya tak complicated..

Sampai-sampai kat umah, p amik amanie dulu. Kisahkan si amanie dulu. Bila dah letih bermain-main, susukan dia dan tidokan dia. Bila dah tido tu, mama start la menggigihkan diri kat dapur nunn..Gigih wat kek..dan akhirnya tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya jugak kali ni. tapi dah serupa kek coklat kukus la plak. takpalah janji ada rasa yer. papa pun sukaaa. resipinya begini :-

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan milo
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas (betul2 panas ye)

Caranya:-
1. Ayak tepung, milo, serbuk koko, baking powder bersama. gaul rata
2. Pukul telur, susu, gula, minyak, esen bersama sehingga sebati. kemudian masukkan dalam bahan yang diayak tadi. Gaulkan semuanya sehingga sebati
3. Akhir sekali masukkan air panas. kacau rata
4. Tuangkan adunan dalam loyang.kukus selama 1 jam atau sehingga masak. siap



Macam-macam Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Bebelan kali ni bercampur aduk. Dari cerita weekend dan cerita hari ini. Last weekend, Amanie bangun lambat. Dekat pukul 10pagi baru bangun. Ye lah mama tak kacau dia kan untuk hantar ke rumah ummi nya. Best la tido sayang. Bila dah bangun tu senyum-senyum kat mama dan papa. lepas tu mama tinggal kejap Amanie kat papa, sebab mama nak ke dapur siapkan bekpes jap. Wahhh siap bekpes lambat gitu. ye lah bukan Amanie je bangun lambat. Mama papa pun ikut serta juga. hihiihi...kata weekend kan..Masa kat dapur mama dengar Amanie nangis. Mama wat tak kisah aja sebab dah tahu dia ngan papa. Tapi makin lama makin kuat lak melalak. Terus mama ke bilik, tengok papa dah dok dukung dia sambil pujuk-pujuk. Papa kata papa tinggal Amanie kejap je, p sembur ambipure kat bilik sebelah nun sebab aromanya kurang menyenangkan. Pastu tetiba ja Amanie melalak. pujuk tak makan samam ok..melalak macam kena dera tu. Adoiiiyaiii...puas la mama papa dok usung-usung dia. kejap keluar rumah, kejap masuk umah. Bagi susu tak mauu, bagi toys pun tak mau jugak..mama dah tak tau dah pujuk mcm mana. Last mama p mandikan dia. Lagi la sakan..huhu..pas mandi siapkan dia. Try kasi susu lagi..owhh nasib baik mau minum dan diam. Tapi sambil minum tu, dia cam ngomel-ngomel. Owh anak mama! macam-macam ye perangai kamuu.takut eh kena tinggal sorang-sorang.  Dan hari tu jugak, mama try kasi dia nestum beras. Mama buat cair-cair, dan Amanie memang suka, pandai dia makan.

Bebelan hari ini plak, pagi tadi dalam jam 4pagi mama duk dengar la bunyi tap-tap cam hentakan tu. Mama terus tengok Amanie kat sebelah. Macam biasa, dah takde dah amanie atas tilam dia. Dah jatuh ke tikar dah. Semalam kami 3 beranak tido kat depan tv je. Jauh menjelajah Amanie kali ni. Yang bunyi cam hentakan tu rupanya kaki Amanie dok hentak-hentak. Mimpi ke apa budak ni. Mama malas la nak snap-snap segala kannn, mata ngantuk weyy.. Mama alihkan Amanie semula kat tempat tido dia. kesian lak tengok dok atas tikar tu. Lepas tu pagi tadi mama rasa kasihan, tak sampai hati nak hantar Amanie ke rumah ummi pengasuh. bukan apa, time mama selalu hantarkan dia tu, Amanie tido. 6pagi tadi Amanie jaga lagi. Dok bebel sorang-sorang dia. Mama lak duk siap-siapkan barang Amanie untuk dibawa bersama ke rumah ummi. Papa masih tido. Mama bagi susu tak nak minum. Lepas tu dia dok merengek-rengek. dah 7.30pagi, sama juga tak nak minum. Mama tak siap lagi. Jam 8.00 selalu hantar Amanie ke rumah ummi. tak sudah mama masukkan Amanie dalam ndoii (buai) orang utara panggil. henjut-henjut sket, lena lak dia. Rupanya ngantuk. Layan tido lagi la dari minum susu. Oh anak...dah tido mama pun cepat-cepat la siap. time tu papa dah p keja dah pun. 8.10pagi, kesian lak mama nak kejutkan Amanie. baru je dia tido kan. Kalau la mama tak perlu keja kan best..Mama ankat jugak dia, nasib tak jaga. Slow-slow mama jalan p antar dia sebab tak nak dia jaga. kesian..baru sangat tido. nanti kalau dia jaga mesti dia wat perangai sebab tido tak puas lagi kan. owhh kasihan kamu anakku...

Monday, October 18, 2010

Bila Amanie Sedu

Assalammualaikum w.b.t

Kalau belah utara ni panggil sedu. Belah-belah lain tu mama tak tahu la panggil apa yer. sedu jugak ke? Selalunya terjadi pada anak kecil lepas diorang menyusu. Kat yang dah tua bangka tu jarang-jarang berlaku kot. Ada, tapi jarangggg-jaranggg.hihi. Tak tahu la nak explen sedu tu camna.

Amanie selalu sedu bila habis menyusu. Lama lak tu. Sian diaaa. Kalau Amanie sedu, mama kasi dia minum susu lagi untuk hentikan sedu tu. Selain tu, mama buh jugak tisu yang dibasahkan dengan air kat ubun-ubun dia. tak tahu lah kemujarabannya kan. Dah mak mama selalu buat macam tu kat kami adik-beradik suatu ketika dulu, makanya mama pun turutkan lah juga. Mama bila dah besar gajah ni, eh gajah lagi besar laaa dari mama, kalau sedu mama minum air je untuk hilangkannya. Memang mujarab. Tu ja nak bebelll....huhu...



** owhh telefon tanganku sudah tua. kasi hint sket kat papa:)

Sunday, October 17, 2010

Buat Apa Tu Sayang?

Assalammualaikum w.b.t

Ermm, sekarang ni Amanie memang fanatik gila ngan tangan dia sendiri. Pantang ada peluang, terus sumbat tangan dalam mulut. Kalau mama or papa pegang kuat-kuat tangan dia tu tak kasi masuk lam mulut, mula tunjuk protes. Kecik-kecik dah pandai protes sama mama papa eh. Babab kang baru tauuu.. Jom layan aksi Amanieku...



sampai terkenyit-kenyit mata..
Owhh sayangggg...kamu sangat comeyyyyy;)

Saturday, October 16, 2010

Muka Ada Cenyuuuuummm

Assalammualaikum w.b.t

Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati duniamu berseri. Senyum umpama titian dalam kehidupan. kau tersenyum, ku tersenyum, kemesraan menguntum. Senyum...kepada semua. Senyumanmu amatlah berharga. Senyum...membahagiakan. Dengan senyuman terjalinlah ikatan....

Bait-bait lirik lagu ni memang betulkan. Dengan senyuman semuanya terasa indah dan membahagiakan. Tapi ada sesetengah orang tu kedekut sangat la nak senyum..tak tahu napa eh? Mama, suka senyum kot..hehhee..tapi takde lah 24jam kang papa antar mama p hospital bahagia lak. kan ke dah haruuu tu. Geram kan bila kita senyum kat orang tu, tapi orang tu buat derkkkkkkkkk ja kat kita. huhuhu...Perkara niiiii..selalu jugak terjadi kat mama. huhuhu..mama kalau jumpa orang yang mama kenal, suka la mama nak senyum kat dia kan. Tapi sekali mama senyum, orang tu buat tak tau..haaa mula la mama dah tak mau dah senyum-senyum kat dia lagi...bukan pe, mama...mama...mama maluuuuu. malu ooooo senyumanku tak berbalas...sedihnyerrrr... 

Susah erk nak senyum. Mahal kot senyuman orang-orang macam tu kan. Mana leh senyum sebarangan kat sebarang orang kan. nanti membazir lakk..yukksss aaahh...Ke tak reti cara-cara nak senyummm..hokolohhh,, meh sini, mehh sini Amanie tolong ajarkan yeeeeee....




Tengokkk...tengokkk...dalam tido pun muka tetap ada cenyummmmm...hihihi
memang membahagiakan

Kasihku Berbagi Dua

Assalammualaikum w.b.t

Yang mana satu eh nak pilih. Dua-dua mama sayang. Kadang-kadang dua-dua ni jugak mama geram. Kalau mama terlebih layan yang sorang ni, yang sorang tu tu ala-ala merajuk. Kalau mama terlebih layan yang sorang tu pulak, mula la yang sorang ni melalak tak hingatttt..Adoiiiiyai serba-salah mama dibuatnya. Susah betul la kalau berkongsi kasih ni. hihihi...Nak tahu ke siapa skandal-skandal mama tu? kalau nak tahu sila scroll ke bawah lagi :)

*

*

*

*

*

*

*

*


TADAAAAA



Yang sorang tu...pssst tgn awex mana tah kat bahu tu:)

Yang sorang ni :)

Hahaha...gila apa mama ada skandal. tak mau hidup lama agaknya kan jika betul-betul ada. Dosa, dosa tu, harus dijauhkan. Kannya apa kann, sejak bertiga ni, tanggungjawab mama semakin bertambah yer. Kalau dulu semasa berdua, tumpuan memang 100% kat papa tapi sekarang ni papa perlu berkongsi kasih sayang dengan boss kecik pulak. Masa bulan pertama bulan ke dua bertiga, mama akui masa untuk papa dah kurang sikit sebab mama lebih beri tumpuan pada boss kecik kami. Masa mula-mula tu, papa cam merajuk-rajuk jugak ngan mama. hahaha..comey-comey papa merajuk. Bila, mama terlebih bagi kasih sayang kat papa pulak, dan abaikan sekejap boss kecik tu, sekejap jeeee...ha mula la dia start enjin..mula-mula pelan je, bila mama tak hiraukan mula la melalak tak hingat. Macam kena dera pulak..hahaha..Penat mama melayan korang. Papa dear, sorry eh...tapi sekarang mama dah pandai dah bahagikan masa untuk kesayangan-kesayangan mama ni. Sekarang dua-dua dah puas hati. Ye ker????

** Pesan orang lama-lama, kekalkan peranan isteri buat suami. Jangan sesekali bertukar peranan menjadi   
     ibu kerna suami memerlukan seorang isteri bukan ibu. Sebab dia dah punya ibu :)

Friday, October 15, 2010

Intai Seluar Dalam

Assalammualaikum w.b.t


Hahaha...Jangan terkejut ye dengan tajuk entry kali ini. Yer tajuknya memang tak boleh blahhh. Pagi ni kerja kat ofis agak kurang. Jadi tadi mama mengambil kesempatan tuk masuk kat account nuffnang. Mama pun klik-klik la kan. Sekali mama klik kat part keywords, sekali kuar begini. Ishhhh keja sapa la nih dok search benda bukan-bukan ni ha... Lepas  tu mama macam, aikkkk boleh pulak yer benda-benda gini kuar kat blog hakakk..hahaha...tak patut betollll....ini blog sangat bersih tauuuu...(wahhhh statement!!!) syuhhhh syuhhh p singgah kat tempat lain yer ;)

Anak Jepun

Assalammualaikum w.b.t

Kat rumah mama ada seorang anak jepun. Kecik, comey ja lagi. Mama selalu rindu-rindu kat dia. Tak kira di mana mama berada mama mesti nak juga rindu-rindu kat dia. ohoooooiiii;) nak tahu sapa? Ni ha anak jepun tu....sila scroll ke bawah lagi...hihihi
......................
......................
......................
......................
......................
.....................
..................... 
.......................
........................
......................
.......................

 


                                                         
Dah kenal anak jepun ni..Ha kalau nak tau anak jepun ni made in malaysia.muahahaha.. Oh!! manisnya, manisnya senyumanmu..Senyuman dia....boleh menceriakan hari-hari mama. Senyuman dia....boleh menghilangkan segala penat mama. Senyuman dia.... membuatkan mama selalu rindu-rindu. Senyuman diaa....boleh memadamkan amarah mama.. sayangggg diaa banyk-banyakkkk.

Kenapa anak jepun yer? Tengok..tengok mata dia..hohoho adalah sepetttttttttt like mamanya. Mamanya pun sepetttt jugak. Dulu mamanya sering diusik oleh maktok, maktok selalu cakap mamanya anak jepun, nama
sebenarnya Harsido Hashimoto..wah wah sungguh kurang ajinamotoooo...hahahhaha

psssttt; papa jeles laaa sebab anak jepun ni lebih seiras mamanya...kuikuikui
   

Nakal ye Bang???

Assalammualaikum w.b.t

Bagi yang dah berkahwin atau yang tengah hangat bercinta tu, partner korang nakal tak? Kalau tak, okey la kan. Selamat jiwa raga, batin tak terseksa. Tapi jika partner tu nakal, makan hati juga dibuatnya. Suami mama, nakal ke tak eh? Dah nama pun lelaki kan, dah tentu-tentu dia nakal. Ada mama kisah? Ermmm kisah jugak la dah nama pun isteri kan. Kalau tak kisah, rasanya mungkin dah lama kami tak bersama lagi.huhu.. Tak tahulah pasangan yang lain. Dulu mula-mula tu memang mama geram gila. Apa tak geramnya, asal nampak awek seksi meksi, mula la dok peeewit peewitt. Pastu dok sengih-sengih kat mama. hampehhh kann..kalau la mama yang buat perangai begitu, mula la perang dingin. adoiiiyaii.. Bila dah lama-lama tu, mama dah tak marah-marah macam dulu lagi dah. Sebab mama tahu papa suka-suka ja. Tapi kan, Mama beringat-ingat juga takut dari suka-suka terus tangkap cintan. opppsss nauzubillah...minta dijauhkan..Sapa la yang suka berkongsi kasih kan..sedangkan yang baru dok bercinta tu pun cemburu bila si dia bersama orang lain, inikan pula yang dah berkahwin. Bab tngok awex cantik sexsi meksi, yang tak cantik tp sexsi pun pulun tengok jugakkkk, memang mama xleh wat apa la. Memang takleh nak kontrol la papa bab tu. Memang dah fitrah lelaki kan. Ada ke lelaki yg tak pandang perempuan lain langsung ehhh???? Ada ke????
Ni la budak nakal tu....bwekkkkk

Thursday, October 14, 2010

Ku Tujukan Khas Untukmu

Assalammualaikum w.b.t

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan Kasih
merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri..


*** Terima kasih untuk segala-galanya

Perutku Buncit

Assalammualaikum w.b.t

Perut sapa buncit? Bukan perut sapa-sapa tapi perut mama. Gerun la bila perut yang flat dah menunjukkan tanda-tanda buncit. Takutnya mama dengan perkataan tu. Huhu..Bila dibelek-belek, sangat la buruk. macam ni...


ni lagi...

dan lagi....
Oh no, perut oh perut jangan la buncit. Mama tak suka tau. Papa pun dah tentu-tentu tak suka.Takut-takut di mulut cakap ok, tak kisah semua tu, terima seadanya diri ini, tup tup kat belakang dah ada part time lover. Apakah??? Kalau bernasib malang lagi full time lover...wuuuhooooo sangat merbahaya tu.. Mama harus la beringat-ingat. Jadi mama perlu lakukan execise apa yang patutkan. Tekad!! Pagi-pagi mama akan berexercise macam gini.... 

Dan akhirnya terus mendapat hasil yang super menakjubkan. Memiliki perut yang flat lagi sihat-sihat. Tapi mungkinkah berlaku dengan budak kecik yang manja sorang tu. Ahhh perlu dilakukan juga demi kebaikan bersama. Kan best kalau perut terus kekal begini ja..mana la nak dapatkan..