Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, September 03, 2010

Mau makan apa ya?

Assalammualaikum w.b.t

Semalam mama belek2 majalah Pa&Ma yang lama-lama. Saja ja mengisi masa terluang..eceyy, mentang-mentang la Amanie kat kampung kan, ada aja masa terluang tu yer. So, mama terbaca satu artikel yang mama rasa sangat-sangat memberi manfaat buat mama, mungkin juga buat ibu-ibu baru di luar sana. Jadi, mama nak share artikel tu kat sini iaitu mengenai pemakanan bayi. Sumber bacaan dari Majalah Pa&Ma Disember 2007. Kaum ibu-ibu tak payah runsing lagi mikirkan hal ini yer, just follow aja carta ini :- (mama pun akan follow jugak, tak sabar nak introduce makanan pejal kat Amanie:)

4-6 Bulan 
Mulakan dengan :
*Bijirin beras
Ini adalah makanan yang tidak akan menyebabkan alergi bahkan membekalkan zat besi kepada bayi
Berapa banyak?
* Campurkan 1 @ 2 sudu teh bijirin beras dengan 1 sudu besar susu ibu/susu formula. Pastikan ia tidak terlalu pekat. Bayi anda perlu makan 1 @ 2 suapan dalam sehari selain daripada susu ibu / susu formula sebanyak 24 - 32 auns sehari.

Resepi kejayaan :
* tunggu sehingga 4 hari sebelum memperkenalkan bayi anda kepada bijirin lain. Cara ini akan dapat membantu anda mengesan sebarang alergi makanan pada bayi.

6-8 Bulan
Mulakan dengan :
* Sayur-sayuran dan buah-buahan
Jangan ambil peduli tentang kata-kata yang tidak membenarkan anda memberi bayi makan sebelum mereka tahu tentang rasa sesuatu makanan itu.

Berapa banyak?
* Sebagai permulaan, 2-3 sudu teh sehari sudah mencukupi dan jumlah itu mungkin bertambah sehingga 2 sudu besar sehari. Berilah bayi makan sebanyak 2 atau 3 kali sehari

Resepi kejayaan :
* Tunggu sehingga bayi berusia 1 tahun sebelum beri mereka makan buah-buahan sitrus kerana kandungan asid dalam buah-buahan itu mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut bayi anda.

8-12 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan lembut
Keledek lecek ataupun dadih adalah antara makanan lembut yang sangat sesuai untuk bayi yang baru mula belajar makan. Selain itu, bayi anda perlukan zat besi tambahan. Oleh demikian, berilah bayi makan daging lembu / daging ayam yang telah dihancurkan.

Berapa banyak?
* Untuk permulaan, 1-2 sudu besar makanan lembut dan daging yang telah dihancurkan setiap hari. Ketahuilah bahawa setelah belajar makan, bayi anda mungkin kurang minum susu. Walaubagaimanapun, dia perlu minum kira2 24-26 auns susu setiap hari.

Resepi kejayaan :
* Bayi anda mungkin teruja dengan banyak jenis makanan yang boleh dimakannya. Akan tetapi, janganlah perkenalkan terlalu banyak makanan baru kepada bayi dalam satu-satu masa. Untuk memastikan bayi berani mencuba makanan baru, letakkan sedikit makanan tersebut di sebelah makanan kegemarannya.

9-12 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan jejari
Pada usia ini, bayi sudah pandai menggenggam dan mula ingin makan sendiri. Jadi, pasta, buah-buahan potong, lobak dan kacang pis yang sudah dimasak memang sesuai.

Berapa banyak?
* Berilah bayi anda 1 @ 2 makanan jejari iaitu kira-kira 1-2 sudu besar dalam setiap waktu makan mereka. Sebagai tambahan, berikan mereka buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan lembut selain daripada susu.

Resipi kejayaan :
* Pastikan semua makan yang diberi pada bayi dipotong kecil2 dan sesuai untuk dipegang oleh mereka. Walau bagaimanapun, anda masih perlu memberi bayi makan menggunakan sudu bagi memastikan makanan yang diambilnya mencukupi setiap hari.

12-24 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan biasa
Sekiranya anda tidak lagi memberi bayi minum susu badan /  susu formula, pastikan dia dapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesarannya.

Berapa banyak?
* Jumlah hidangan yang diperlukan setiap hari ialah 1/2 keping roti, 1/3 cawan bijirin ataupun pasta, 1-2 sudu besar buah-buahan atau sayur-sayuran (puri) atau 1/2 -1/3 buah-buahan yang dipotong kecil. Selain itu, mereka perlukan juga 1 auns daging, 1 biji telur atau 1/2 cawan kekacang. Untuk keperluan kalsiumnya, bayi mesti mengambil 4-6 auns susu, 1/2 cawan yogurt ataupun 1/3 auns keju.

Resipi kejayaan :
* Didik bayi makan makanan yang seibang setiap hari sejak kecil. Bagi meransang minat bayi untuk makan, pelbagaikan jenis, warna, rasa dan tekstur makanan yang diberikan pada mereka setiap kali waktu makan.

0 Bisikan Asmara (::