Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, September 07, 2010

Bahasa Diri

Assalammualaikum w.b.t

Ada apa sama panggilan diri? Mungkin ia melambangkan peribadi, mungkin juga keselesaan bagi seseorang kot..Buat mama, jika dengan teman-teman yang rapat dan agak boleh ngam, mama lebih selesa membahasakan diri 'aku, hang' aja. Terasa macam lebih cepat untuk mesra dan tak rasa kekok berbicara tentang apa-apa aja. Kedengaran agak kasar kan..tapi bagi mereka-mereka yang berasal dari utara, panggilan itu biasa-biasa saja. Jika mama berborak dengan orang yang baru dikenali, mama selesa pulak membahasakan diri mama dengan nama pendek mama, 'ida'. Dan akan membahasakan orang yang baru dikenali itu dengan panggilan seperti 'kakak, makcik'.

Kalau dengan famili macam mak, ayah, tok, tokwan..for sure mama membahasakan diri sebagai 'ceq'..Manakala dengan keluarga mertua, mama suka membahasakan diri sebagai 'ida'. Sementara itu, kata ganti diri dengan en suami, sebelum, semasa dan sebelum ada Amanie, mesra membahasakan diri 'sayang, abang', tapi sekarang ni sejak ada Amanie panggilan berubah. Kadang-kadang 'sayang, abang', kadang-kadang 'mama, papa'...ikut sedap ati je membahasakan dan dibahasakan.

Masa 1st time mama mula berjinak2 dengan blogspot, mama membahasakan diri mama 'aku'. Pada mulanya nak bahasakan diri 'saya', tapi agak-agak sopan-santun gitu..hahaha...so tak jadi la guna kata panggilan itu. Sekarang macam best pulak membahasakan diri sebagai 'mama'. Bukan apa, mama create blog ni pun sebab mama nak share, nak simpan kenangan-kenangan mama bersama orang tersayang. Sungguh, masa mula-mula berblogging sampailah sekarang ni, mama tak kisah kalaupun tak dak sapa membaca penulisan mama sebab mama pun bukan pandai sangat susun ayat-ayat cantik dan menarik. Mungkin jika berkesempatan biarlah anak mama yang membaca segala kenangan antara mama, papa dan Amanie. Itu saja...

0 Bisikan Asmara (::