Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, September 21, 2010

Amanie bercerita?? ;p

Assalammualaikum w.b.t


Nama saya Nur Aimey Amanie Bt Wan Muhd Syakir. Cahaya keberkatan dan cita-citaku. Panjangkan nama Amanie, rasa-rasanya ada lagi kot baby yg namanya laaaaaagi panjang. Nama ni mama ngan papa yang pilihkan. Mulanya mama nak namakan saya Nur Aimey Alisha = cahaya keberkatan dan dilindungi tuhan. Tapi papa pulak dah berkenan sangat dengan nama Amanie. Semua ni pengaruh dari drama tv "Adam,Maya" lanie..Takpalah yang penting nama Amanie tetap ada maksud yang indah. Terima kasih mama dan papa sebab dah tunaikan tanggungjawab untuk memberikan nama yang baik untuk Amanie.

Foto ni mama yang snap. masa ni Amanie dah 4 bulan, 8 hari. Ni dalam keta nak p umah tok ngah last weekend. Tok ngah wat open house. Mama paling suka nak p sebab mama tak yah masak..haha..Mama Amanie ni mang gila camera, asal ada camera ja mesti ada mama, ada mama ja mesti ada camera. Yang jadi mangsanya Amanie la..selalu je kena jadi model paksarela mama. Dulu masa Amanie takde, papa la model paksarela mama. hihi..Tengok, tengok dalam foto kat atas, walau hanya nampak hidung ngan mulut ja, mama Amanie tetap nak interprem.hahaha..Amanie lak layan-layan ajalah mama, nanti mama sentap lak kalau tak layan. Watnya mama sentap sapa nak dodoikan Amanie malam nanti, nak harapkan papa belom sempat Amanie tido, papa dulu yang zzzzzzzzzzzz..

Nak tau hobi Amanie? Amanie suka sangat tido, minum susu ye jugak. Lagi satu, kalau Amanie bangun ja dari tido, Amanie suka senyum. Senyum kan leh buat kita awet muda;) Pastu Amanie mesti nak borak2, takkisahla dengan sapa pun, ngan mama ke, ngan papa ke atau sapa2 jalah. kalau Amanie buka mata tapi takde sapa2 kat depan Amanie, mulala Amanie nangis. Maaf ye mama, Amanie bukan apa, Amanie takut plus boring sorang-sorang..kihkih...

Amanie dah besar dah sekarang ni. Tak caya? Tu ha ada bukti. Mana? Tu kat foto tu. Tengok pipi Amanie dah 'landuq' kan. Dagu pun dah cam lagoon ja.hihihi..Dulu masa Amanie baru lahir Amanie kecik ja. Badan Amanie besar sebelah tangan papa ja. Tapak kaki Amanie lak besar ibu jari ja. huhu..Tapi takpe yang penting Amanie dah besar sekarang dan sihat. Ermm..ok lah, Amanie dah taktau nak bebel lagi.

0 Bisikan Asmara (::