Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari raya

Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami sekeluarga p majlis jamuan haji raya yang dianjurkan oleh markas papa. Mulanya mama ingat tak p dah sebab papa pun tak kata apa-apa. Mama malas la nak tanya-tanyakan sebab mama lagi suka kalau tak p. Bukan apa, ada anak kecik ni mama rasa susah la nak jalan malam-malam. Susah yang mama maksudkan mama bimbang kalau-kalau Amanie ternampak sesuatu yang tak ingini. Amanie bukan tahu nak bagitau mama dan papa. Yang dia tahu hanya menangis. Budak kecik kan boleh nampak benda-benda ghaib. Tak tahulah ianya mitos atau fakta. Tapi mama still "beringat" la. Cam kolot ja pemikiran mama ni.

Masa papa balik dari kem, papa suruh mama siap untuk ke majlis tu. Amanie awal-awal lagi mama dah mandikan sejurus mama balik dari kerja. Cuma pakaikan baju yang elok sikit la kan untuk dia. Masa nak p tu, Amanie tido tapi bila masuk dalam keta dia terjaga. Takmau duduk dia. Asyik merengek-rengek. Macam-macam dah mama pujuk, tak jalan jugak. Aduhhh penat la mama sayang. Kes ni mama malas nak bawak Amanie keluar malam-malam. Bila sampai kat kem papa pun Amanie still merengek2 plus nangis2 jugak. Last mama bawa Amanie keluar dari keta. Owhh nak suruh mama dukung rupanya. Diam je dia bila mama dukung.

Mama tak snap-snap pun malam tu sebab mama bz melayan Amanie. Papa lak tak leh nak tolong snap sebab kena jadi MC paksarela.hahaha..Makanan best-best la cuma mama kempunan nak makan soto. huhu.. papa la ni lambat sangat p ambik untuk mama sampai habis sudahhh...itu saja ceritanya


Kedua-dua gambar hanya sekadar hiasan semata-mata;)

0 Bisikan Asmara (::