Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, September 30, 2010

Kemaafan Buat Insan Tersayang

Assalammualaikum w.b.t

Kadang-kala kita amat membenci seseorang hanya disebabkan oleh satu kesalahan sahaja sehingga kita menganggapnya begitu kejam dan zalim dan kita melupakan semua kebaikannya selama ini... Kenangkanlah kembali semua kebaikannya yang dilakukannya kepada dirii kita... cubalah maafkan kesalahannya walaupun ianya adalah sepahit hampedu...Bagaimana jika bukan satu, tapi dua, tiga, empat dan seterusnya??? Masih tersedia lagikah kemaafan buat dirinya??? Jawapannya "ya" seandainya dia adalah seseorang yang terlalu amat kita sayangi dan kasihi. Mungkin agak bodoh kerana membiarkan diri selalu dipermainkan tapi itulah realitinya.

Bodohkah kita andai masih sudi memberi kemaafan buat insan yang kita sayangi di atas kesalahan lagi..dan lagii? Bagaimana pula dengan kasihnya ibu untuk seorang anak yang akan sentiasa memaafkan si anak walau melakukan kesalahan yang amat berat. Bodohkah si ibu tadi? Kata-kata marah dan benci hanya lahir dibibir, namun dihati tuhan saja yang tahu betapa kasihsayang itu mengatasi segalanya. Manusia tidak pernah sempurna. Kenapa insan yang disayangi selalu melukakan hati? Mugkin si dia sedar bahawa dirinya disayangi, terlalu disayangi, mana mungkin dirinya akan ditinggalkannn. Maka si dia terus hanyut dalam kealpaan. Dipohon agar kealpaan itu tidak akan memusnahkan segala apa yang menjadi milikknya selama ini.

Mungkin di suatu ketika, kita takkan lagi mampu bertahan, bertahan untuk sebuah kebahagiaan yang dibaja sekian lama. Mungkin ketika itu tiba, sesalan tiada gunanya. Namun yang pasti, kemaafan tetap untukmu selamanya. Tiada istilah benci, tiada istilah dendam, tiada istilah memusuhi di hati kita. Tahu kenapa? Kerana dihati kita hanya ada rasa cinta, rasa kasih, rasa sayang untukmu jua. Sesungguhnya rasa-rasa itu tetap sama walau sering dilukai, dikhianati, dibohongi..Sesungguhnya sukar untuk dimengertikan rasa-rasa yang tumbuh mekar dihati sejak sekian lama. Hati tidak pernah meminta lebih. Hati hanya inginkan kejujuran, keikhlasan, kebahagiaan, cinta dan kasih dan sayang seprti dulu..seperti dulu..yaaa seperti duluuuu... Hati terlalu rindukan kamu yang duluuuu....
kau yang kusayang dari dulu, kini, selamanya:)

0 Bisikan Asmara (::