Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, September 30, 2010

Bila Mama Berkaca Mata

Assalammualaikum w.b.t

Cuaca hari ni kelihatan agak ceria berbanding 2, 3 hari yang lepas. Sinaran matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya ke bumi. Semua report yang perlu hantar pada sales manager dah pun settle. Makanya, dikesempatan yang agak terluang ini mama nak coretkan sesuatu. Tetiba mama teringin merepek-merepak kat sini pasal kaca mata atau cermin mata atau nak ringkas lagi speck:) Mama start xtive bermata 4 semasa mama di tahun-tahun terakhir di universiti.

Bercakap pasal speck ni, mama teringat la zaman mama kaladulu dulukala, semasa mama masih pendek (sekarang tinggi sgt ke?), masih hingu-hingusan, masa suka sangat nak berkaca mata. konon macam bagus giler la kalau berkaca mata. Macam budak-budak bijak gitu. hahaha.. padahal hakikatnya, mama fikir la sendiri yer. Akibat ketaksuban mama tu, mama senyap-senyap telah meminjam mengambil speck tok mama buat main cikgu-cikgu dengan adik-adik dan juga sepupu mama. Hahaha..cuba bayangkan muka mama yg kecik diwaktu tu memakai speck tok yang agak besar, memang besar la dari bentuk muka bumi mama. Macam bini popye pun ada. eh bini popye mana pakai speck kann.

Sekarang ni, mama rasa cam tak best je jadi awex specky ni. Awex ke? Dah punya anak sorang. Belasah la kann. Tah la, mama rasa macam budak skema jeee. Mama rasa macam mama lebih berusia. hahaha...tak mau ngaku yg diri tu dah semakin dimamah usia. kadang-kadang mama pakai jugak contact lens untuk nampak lebih ayu sket. sket ja tak banyak pun. Kalau pakai speck ayu banyakkk..kihkih. sekarang sejak ada Amanie, mama kerap bermata 4. Alasan, xsempat nak robek2 tampal lens tu. Amanie kalau di waktu pagi, jaga dari tido takleh takder manusia di depan dia. kang melalak ja keja dia. Mama pun tak faham kenapa Amanie berkelakuan sopan begitu:) Tak kisah la macam mana keadaan mama sekali pun.. Apa yang penting penampilan tetap dijaga. Awex specky pun menawannnnn apa???

Awex cun bersama motobike mat remp-it mana tah;)

Kemaafan Buat Insan Tersayang

Assalammualaikum w.b.t

Kadang-kala kita amat membenci seseorang hanya disebabkan oleh satu kesalahan sahaja sehingga kita menganggapnya begitu kejam dan zalim dan kita melupakan semua kebaikannya selama ini... Kenangkanlah kembali semua kebaikannya yang dilakukannya kepada dirii kita... cubalah maafkan kesalahannya walaupun ianya adalah sepahit hampedu...Bagaimana jika bukan satu, tapi dua, tiga, empat dan seterusnya??? Masih tersedia lagikah kemaafan buat dirinya??? Jawapannya "ya" seandainya dia adalah seseorang yang terlalu amat kita sayangi dan kasihi. Mungkin agak bodoh kerana membiarkan diri selalu dipermainkan tapi itulah realitinya.

Bodohkah kita andai masih sudi memberi kemaafan buat insan yang kita sayangi di atas kesalahan lagi..dan lagii? Bagaimana pula dengan kasihnya ibu untuk seorang anak yang akan sentiasa memaafkan si anak walau melakukan kesalahan yang amat berat. Bodohkah si ibu tadi? Kata-kata marah dan benci hanya lahir dibibir, namun dihati tuhan saja yang tahu betapa kasihsayang itu mengatasi segalanya. Manusia tidak pernah sempurna. Kenapa insan yang disayangi selalu melukakan hati? Mugkin si dia sedar bahawa dirinya disayangi, terlalu disayangi, mana mungkin dirinya akan ditinggalkannn. Maka si dia terus hanyut dalam kealpaan. Dipohon agar kealpaan itu tidak akan memusnahkan segala apa yang menjadi milikknya selama ini.

Mungkin di suatu ketika, kita takkan lagi mampu bertahan, bertahan untuk sebuah kebahagiaan yang dibaja sekian lama. Mungkin ketika itu tiba, sesalan tiada gunanya. Namun yang pasti, kemaafan tetap untukmu selamanya. Tiada istilah benci, tiada istilah dendam, tiada istilah memusuhi di hati kita. Tahu kenapa? Kerana dihati kita hanya ada rasa cinta, rasa kasih, rasa sayang untukmu jua. Sesungguhnya rasa-rasa itu tetap sama walau sering dilukai, dikhianati, dibohongi..Sesungguhnya sukar untuk dimengertikan rasa-rasa yang tumbuh mekar dihati sejak sekian lama. Hati tidak pernah meminta lebih. Hati hanya inginkan kejujuran, keikhlasan, kebahagiaan, cinta dan kasih dan sayang seprti dulu..seperti dulu..yaaa seperti duluuuu... Hati terlalu rindukan kamu yang duluuuu....
kau yang kusayang dari dulu, kini, selamanya:)

Sakitnya Pinggangku

Assalammualaikum w.b.t


Dari petang semalam lagi pinggang mama sakit. Tak tahu kenapa. Sangat sakit bila mama duduk bersila atau tido kan, pastu mama nak bangun, aduhhh sangat sakit ok. Seksa sungguh la rasa. kalau mama duduk atas kerusi kurang la sket sakitnya. Agaknya mama tak perlu membongkok untuk bangun kan. Hari ni pun masih terasa sakit lagi. Tak kena tang mana pun tak tau la. Adakah ini kesan akibat mama kurang berpantang masa lepas melahirkan Amanie. Huhu.. Dulu tu bukan mama degil tak mau berpntang tapi keadaan tidak mengizinkan mama. Ke hulu ke hilir di hospital menemani Amanie. Harap2 cepat la lega sakit pinggang ni..ouchhhh

Wednesday, September 29, 2010

Amanie Dalam Tidonya

Assalammualaikum w.b.t

Pagi tadi, macam biasa mama bangun seawal 6pagi. Amanie masih tido lagi, papa pun sama. 4pagi tadi, Amanie dah pun bangun minum susu. Pas minum terus tido balik. Mama tengok Amanie, sekejap-kejap bergerak-gerak. Mama intai, kot2 jaga dari tido kan. Tengok masih lagi tido. Mama biarkan lah. Lenguh kot. Mama pun segera mandi serta malakukan apa yang sepatutnya. Mama kejutkan papa, pastu mama terus ke dapur siapkan bekpes. Tiba-tiba papa yang dah siap-siap nak p kerja datang kat mama. Papa suruh mama p tengok Amanie. Mama tanya kenapa dengan Amanie, dah jaga ke kan. Papa senyum-senyum, papa kata mama p tengok sendiri anak dara tu tido macam mana. hihi..mama pun segera beredar ke bilik nak tengok Amanie, tetiba mama macam haaaa...
****

****

****

****

****
Amanie space. nampak kepala sikiiiiit ja;)

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****


Hahahaha... mama tergelak sorang-sorang. Papa masa ni dah keluar dah pun. Amanie Amanie, nasib baiklah katil kita bertiga dah besarkan. papa kembarkan katil queensize itu dengan katil bujang;) Aktif betol anak dara mama ni tido yer. Bantalnya kemana, napkin yang mama selimutkan dia pun entah kemana, baju terangkat lagi tuh. Yang mama gelihati tu, Amanie berputar 270darjah tu;) Sengaja mama tak pakaikan Amanie seluar, pagi tadi agak panas walaupun kipas berpusing-pusing.

Tuesday, September 28, 2010

Hilangnya Cintamu



Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan


Monday, September 27, 2010

Masa Bersama Amanieku

Assalammualaikum w.b.t




mama pun ado..hihi
Semalam, kami sekeluarga tak kemana-mana. Hanya melepak-lepak kat umah je. Seperti biasa di hari cuti sebegini mama akan menghabiskan masa selesaikan kerja umah. Cepat-cepat mama kemas umah, basuh pakaian, cuci pingan mangkuk serta masak untuk lunch mama dan papa.

Bila semua settle, baru puas hati mama. Nanti dapat la mama luangkan masa bersama Amanie pula. Amanie bangun jam 11pagi. Lewat anak dara mama ni bangun eh. Mama kenyangkan perut anak mama dulu. Kemudian mama akan melayan Amanie berborak. Memang menjadi rutin harian Amanie begitu. Mama takkan pernah bosan melayan kerenah Amanie kerana mama tahu, Amanie dalam proses pembelajaran. Bila Amanie macam dah bosan, mama pun p mandikan Amanie. Selesai mandi dan bersiap, mula la Amanie mengantuk lagi. Anak kecil, itulah hobinya. Tido ja..

Petangnya pula, mama main2 dengan Amanie lagi. Mama bagi bear kat Amanie. Sengih kemain lagi bila mama usik-usik dia ngan bear tu. Sampai meleleh-leleh air liur. Aduhh anak mama. Amanie dah pandai pegang tapi tak kuat lagi pegangan dia tu. Amanie kurang tido hari ni, sebab mama asyik dok kacau dia. Hehhee…sory sayangku..saja ja mama biarkan Amanie lama-lama sikit baru bagi tido sbb mama nak main-main ngan dia. Sian anak mama tak cukup tido hari ni;)

Bila Ia Berguguran

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum mama mengandungkan Amanie, rambut mama selalu ja gugur. Sekali gugur tu banyak. Kalau sikat ja mesti gugur. Paling teruk sekali masa mama baru pas mandi.Mak mama kata mungkin sebab panas ubat. Ye masa tu mama dalam proses rawatan untuk mendapatkan Amanie. Mama banyak makan ubat yang dibekalkan oleh doctor yang merawat.

Lepas mama melahirkan Amanie, kurang sket keguguran rambut mama ni. Hilang sikit kebimbangan mama. Tapi sejak akhir-akhir ni, rambut mama keguguran lagi. Asal sikat ja gugur, merata-rata tempat ada rambut mama. Aduh, macam mana mama nak buat yer. Kena tukar syampo kot. Tapi kan, orang tua-tua ada cakap kalau anak kecil mula menyembur-nyembur air liur akan menyebabkan rambut mamanya gugur. Benarkah? Mitos atau fakta? Entah la, tapi yang nyata sekarang ni, Amanie memang dah pandai dok menyembur-nyembur air liur. Aduiii, botak la mama sayang..huhu

Ni sekali sikat, kalau berkali2 cuba bayangkan..ouchh;(

Sunday, September 26, 2010

Wajah suci dan plastic

Assalammualaikum w.b.t

wajah suci mama;)

4 foto lagi adalah wajah plastic mama;)
Make-up! Siapa yang bergelar wanita tak dapat lari daripada bermake-up. Tapi ada juga yang tak suka bermake-up. Mama? Kalau dulu di masa mama muda remaja, sekitar form 1 hingga form 4 mama tak suka bermake-up. Masa tu mama ala-ala rock dan ganas gitu.ahaks. Start form 5, Mama dah jatuh cinta sama make-up. Tapi yang simple-simple dan nampak natural ja. Mama tak suka make-up yang tebal-tebal atau over sebab mama takut nanti wajah mama bertukar menjadi tepung gomak..hahhaha...

Make-up penting untuk mentransformkan wajah kusam kepada wajah yang berseri-seri lagi bercahaya. Ia mampu menutup segala bagai noda-noda di wajah dan mampu membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan. Bagi isteri-isteri, pendapat mama penting untuk kita kelihatan cantik dan bergaya untuk suami bagi mengelakkan suami bosan dalam erti kata lain menggatal dengan perempuan lain yer. Alat make-up mama brand yang murah-murah ja yang mampu la beli atau papa sponsor. Tengok wajah mama sekarang ni, walaupun dah plastik still nampak mata mama yang sembab tu. Itu membuktikan bahawa mama seorang yang alim. hahaha..takdela. itu tandanya mama tidak cukup tido menjaga Amanie dengan penuh kasih sayang :) Mama tak gunakan conceler kat bawah mata, sebab tu kelihatan begitu. Begitu plastik la mama ni. Hargailah diri sendiri. Kerana diriku begitu berharga;)

Saturday, September 25, 2010

Jadual Imunisasi bayi

Assalammualaikum w.b.t
 

Alhamdulillah, Amanie dah dapat semua imunisasi yang diperlukan buat masa ini Pada awalnya agak bercelaru juga jadual imunisasi buat Amanie memandangkan ssejak dari lahir lagi dia keciciran 3 imunisasi memandangkan keadaan Amanie yang tidak mengizinkannya untuk mendapat imunisasi berkenaan. Syukurlah Amanie baik-baik saja. Mulai next month, jadual imunisasi Amanie akan normal kembali mengikut aturannya.

S.Y.A.I.D.A. : Rahsia di sebaliknya

Assalammualaikum w.b.t
u are my all;)
Alahai, rahsia la sangatkan. Sebenarnya takda la rahsia sangat pun, cumanya saja ja mama nak kongsikan kenapa mama gunakan syaida sebagai nickname. syaida bukan lah nama mama. Ia adalah gabungan awalan nama papa dan akhiran nama mama. Faham ke? Mama pun pelik dengan ayat yang mama taip ni. toink toink..mama mang suka la guna gabungan nama ni sebagai nickname mama. Terasa cam comelll, sweetllll, manjaaa ja kann..hahaha..sila muntah yer. syaida ada rasa yang tersendiri. Suka, duka, sentiasa bersama. Orang lain takkan dapat memahaminya. Hanya mama dan papa yang merasainya sensasinya. cewahhh konon tersirat2 la kan.

Geli ehh? Ala setakat gabungan nama ni biasalakan. Rasa mama la, kebanyakkan couple2 mesti akan createkan gabungan nama mereka dengan pasangan masing2. Masa zaman papa mama cintan cintun dulu-dulu kala, gigih kami berdua dok createkan nama gabungan bersama. Harussss mama la yang overrrrrrrnya. Mama ni luaran ja ganas tapi kat dalam hati ada tamannn oooo..pengakuan yg jujur lagi ikhlas..hahha.. Papa pula yang sedang2 saja. Macam-macam lah nama yang terhasil, akhirnya syaida yang tersangkut di hati kami berdua. kononnya masa tu bila dah create gabungan nama seolah2 'u're mind'. Tah apa-apa kan..itu lah rahsia syaida..akekeke..

Jamuan Hari raya

Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami sekeluarga p majlis jamuan haji raya yang dianjurkan oleh markas papa. Mulanya mama ingat tak p dah sebab papa pun tak kata apa-apa. Mama malas la nak tanya-tanyakan sebab mama lagi suka kalau tak p. Bukan apa, ada anak kecik ni mama rasa susah la nak jalan malam-malam. Susah yang mama maksudkan mama bimbang kalau-kalau Amanie ternampak sesuatu yang tak ingini. Amanie bukan tahu nak bagitau mama dan papa. Yang dia tahu hanya menangis. Budak kecik kan boleh nampak benda-benda ghaib. Tak tahulah ianya mitos atau fakta. Tapi mama still "beringat" la. Cam kolot ja pemikiran mama ni.

Masa papa balik dari kem, papa suruh mama siap untuk ke majlis tu. Amanie awal-awal lagi mama dah mandikan sejurus mama balik dari kerja. Cuma pakaikan baju yang elok sikit la kan untuk dia. Masa nak p tu, Amanie tido tapi bila masuk dalam keta dia terjaga. Takmau duduk dia. Asyik merengek-rengek. Macam-macam dah mama pujuk, tak jalan jugak. Aduhhh penat la mama sayang. Kes ni mama malas nak bawak Amanie keluar malam-malam. Bila sampai kat kem papa pun Amanie still merengek2 plus nangis2 jugak. Last mama bawa Amanie keluar dari keta. Owhh nak suruh mama dukung rupanya. Diam je dia bila mama dukung.

Mama tak snap-snap pun malam tu sebab mama bz melayan Amanie. Papa lak tak leh nak tolong snap sebab kena jadi MC paksarela.hahaha..Makanan best-best la cuma mama kempunan nak makan soto. huhu.. papa la ni lambat sangat p ambik untuk mama sampai habis sudahhh...itu saja ceritanya


Kedua-dua gambar hanya sekadar hiasan semata-mata;)

Friday, September 24, 2010

Aik..mintak kat ceqqq pulakkk

Assalammualaikum w.b.t

Tuuudiaaa aihhh keluaq dah cakap kedah mama :) tengahari tadi, masa mama dok bizi-bizian siapkan segala bagai report, tiba-tiba ringtone sms fon mama bernyanyi berbunyi. Owh, rupanya adik ct sms, katanya mak suruh tanya macam mana nak buat ayam madu. Hohoho...lawak la mak ni, xkan mak tanya ceq kot. Mak lagi terer masak la, ceq ni budak baru belajar, masak campak2 ja.huhu...tapi dah mak tanya, ceq habaq jugak la noooo...ok lets share resepi ayam madu ala mama syaida yang simple:)

foto: kredit to google
Bahan-bahan 2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2cm halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu kicap
4 sudu madu

Cara-cara
1. Blend semua bahan kecuali ayam, kicap dan madu
2. Gaulkan ayam bersama bahan yang diblend tadi
3. Masukkan kicap dan madu. Gaul lagi hingga sebati
4. perapkan selma sejam atau lagi lama lagi sedappp
5. Gorengkan. Siapppp

Dah T.A.M.A.T. dahhh

Assalammualaikum w.b.t
Citer ni..mama layannn. Tiap2 petang mama dok mengadap tv layan citer ni. Mama layan citer ni sambil layan Amanie. Kalau Amanie tido atau dok baik2 ja kt tilam dia tuh, leh la mama concentrade nonton tp kalau dia dah start enjinnya, tak dak sapa yang dapat tolong eh. Semalam tamatlah sudah citer ni. Citer yang akan gantikan citer ni nanti macam bestt jugak. Cuma, cuma, mama xbapa nak best ngan si heroinnya. Mama tak minat la dia, tapi kalau jalan citernya menarik, harusssss mama layannnnn

Tak tahu dah mama

Assalammualaikum w.b.t

Amanie dan ruam yg noty itu
Kesian anak mama, jadi ruam yer. Nasib la kat situ ja, tapi agak tak best juga la sebab jadi kat muka kan. Nanti Amanie dah tak comel2. Takde lah, Amanie tetap comel bagi mama. Cuma mama nak yang baik2 ja buat Amanie. Mama dah try Sapu cream yang doktor bagi, lumur bedak sejuk tapi still ada lagi. Sebenarnya agak lama juga la terjadinya ruam itu. Jadi masa mama tinggalkan Amanie kat kampung seminggu sebelum raya aritu. Kat kampung memang panas la. Bila panas ja mula la merah2 kat situ. kalau time hujan, sejuk, hilang la dia. Mesti gatalkan sayang. Aduh mama tk tau nak wat macam mana lagi. Nyah la kau wahai ruam yg noty dari anakku. Nanti mama try google petua nak hilangkan ruam. Sabar ya sayangku

Check up Amanie

Assalammualaikum w.b.t

Mama & Amanie berposing dulu. napa macam terkejut sayang:)
Semalam, bawa Amanie p RSAT untuk cucuk Amanie lagi. Sepatutnya masa umur 4 bulan, tak perlu dicucuk tapi memandangkan Amanie tercicir 1 lagi imunisasi terpaksalah bawa dia untuk dapatkan imunisasi Hepetatis B dos 2. Gila ramai orang semalam. Dapat no giliran 24, penat menunggu. Nasib Amanie behave Mula tu, start enjin jugak. Mama bagi susu sebotol, terus baik ja dia. Current weight 3.75kg. Erk..macam sikit ja naiknya. Bimbang juga di situ. Masa cucuk nangis kejap ja, pastu dah ok balik, dah leh senyum2, sembang2 ngan mama.

Selesai bab cucuk, mama papa bawa Amanie p Hospital pulak sebab di tarikh yang sama ni Amanie ada appointment ultrasound cranium. Sepatutnya dah lama buat tapi terpaksa postpon atas sebab yang tak dapat dielakkan. Menurut doktor, ultrasound penting untuk bayi2 prem ni, untuk pastikan takde bleeding kat otak bayi. Masa proses tu, Amanie menangis sungguh2 hati. Macam sakit2 ja. Padahal mama tengok biasa ja proses tu. Doktor letak gel yang sejuk kat kepala Amanie. Gel yang sama masa nak scan perut mama dulu;) pastu doktor geser2 la kat sekitar cranium Amanie tu. Aduhai anak mama. Mama rasa, mungkin Amanie marah kot mama ngan papa dok pegang kepala Amanie masa proses tu. hihi..sorry sayang terpaksa. kalau tak pegang dok tergeleng-geleng. Bila dah dapat report, terus p jumpa doktor. Doktor bagitau semua ok, cuma ada satu lapisan kat otak tu ada ruang dalam 0.8m. Tapi tak membimbangkan kerana biasa bagi bayi. Nanti masa appointment seterusnya pakar akan decide samada perlu scan ke macam mana.

Amanie yang letih menangis
Akhirnya tertido
Hari ni mama on leave. bestnya dapat luangkan masa bersama Amanie. Papa dua tiga hari ni bz, sebab dok wat preparation untuk jamuan hari raya. Lepas mama mandikan Amanie, menyusukan Amanie, terus Amanie tido. Letih yer sayang. kesian dia ;)

Perut kenyang, mata layu, kita tidooo dulu

Nyenyak ja tido, mama turunkan Amanie dari buai


Wednesday, September 22, 2010

Untitle

Assalammualaikum w.b.t


Tiada apa yang lebih membahagiakan mama melainkan Amanie membesar dengan sihat dan bijak. Menjadi anak yang solehah buat mama dan papa. Menjadi insan yang disenangi oleh semua orang. Wajahmu suci mulus ibarat kain putih tanpa dinodai oleh secalit dosa. Janji mama, akan mama didik mu wahai anak dengan ilmu dunia dan akhirat secukupnya buat bekalan Amanie di masa mendatang. Sungguhpun mama bukanlah ilmuan bijak pandai, insyallah akan mama usahakan demi satu tanggungjawab yang mama rasakan sangat berat. Mama suka tengok Amanie tido. Sungguh tenang lagaknya. Tak penah jemu mama memandang Amanie..takkan pernah jemu..Mama sayang sangat anak mama

Revolusi Tudung

Assalammualaikum w.b.t

 Last weekend, kitaorang ke rumah pak ngah (bapa sedara papa) kat area air hitam. Mama bukan nak citer pasal kejadian-kejadian di rumah pak ngah. Apa yang mama nak citer kat sini mengenai tudung. Sekarang ni ada pelbagai jenis tudung kat pasaran kan. Kini tudung xpress lebih digemari pelbagai lapisan usia. Kerna cara pemakaiannya yang mudah dan cepat. Sarung ja dah siap untuk ke mana-mana. Mama pun ada jugak la sehelai dua koleksi tudung xpress ni. Masa ke rumah pak ngah aritu, mama pakai tudung bawal setelah agak lama juga mama tak bertudung bawal. Terasa agak janggal. Mungkin sebab dah lama tak pakai kot. Ada-ada ja mama ni kan. Walaupun terasa janggal mama pakai jugak la memandangkan stok tudung xpress dan shawl mama dah tak da sebab mama basuh masa tu.

Masa mama masih di sekolah menengah dan uni, tudung bawal menjadi trend masa tu. Kira bajet comel la bergaya dengan tudung bawal ni;) Rasanya Sekitar tahun 2008 / 2009 camtu, tudung syria pula menjadi ikutan muda-mudi. Apabila munculnya penyanyi Yuna yg unik tu, makanya trend bershawl pun bermula. Sebelum2 ni ada ja yang memakainya tapi tak banyak macam sekarang kan. Di samping tu, ramai juga daripada kita menggayakan tudung ala ekin. check it out revolusi bertudung versi mama :)



Kemusykilan

Dari tadi mama try uplode foto tapi tak leh.. napa eh ngan blogspot ni..huhu..geramnya

Tuesday, September 21, 2010

Amanie bercerita?? ;p

Assalammualaikum w.b.t


Nama saya Nur Aimey Amanie Bt Wan Muhd Syakir. Cahaya keberkatan dan cita-citaku. Panjangkan nama Amanie, rasa-rasanya ada lagi kot baby yg namanya laaaaaagi panjang. Nama ni mama ngan papa yang pilihkan. Mulanya mama nak namakan saya Nur Aimey Alisha = cahaya keberkatan dan dilindungi tuhan. Tapi papa pulak dah berkenan sangat dengan nama Amanie. Semua ni pengaruh dari drama tv "Adam,Maya" lanie..Takpalah yang penting nama Amanie tetap ada maksud yang indah. Terima kasih mama dan papa sebab dah tunaikan tanggungjawab untuk memberikan nama yang baik untuk Amanie.

Foto ni mama yang snap. masa ni Amanie dah 4 bulan, 8 hari. Ni dalam keta nak p umah tok ngah last weekend. Tok ngah wat open house. Mama paling suka nak p sebab mama tak yah masak..haha..Mama Amanie ni mang gila camera, asal ada camera ja mesti ada mama, ada mama ja mesti ada camera. Yang jadi mangsanya Amanie la..selalu je kena jadi model paksarela mama. Dulu masa Amanie takde, papa la model paksarela mama. hihi..Tengok, tengok dalam foto kat atas, walau hanya nampak hidung ngan mulut ja, mama Amanie tetap nak interprem.hahaha..Amanie lak layan-layan ajalah mama, nanti mama sentap lak kalau tak layan. Watnya mama sentap sapa nak dodoikan Amanie malam nanti, nak harapkan papa belom sempat Amanie tido, papa dulu yang zzzzzzzzzzzz..

Nak tau hobi Amanie? Amanie suka sangat tido, minum susu ye jugak. Lagi satu, kalau Amanie bangun ja dari tido, Amanie suka senyum. Senyum kan leh buat kita awet muda;) Pastu Amanie mesti nak borak2, takkisahla dengan sapa pun, ngan mama ke, ngan papa ke atau sapa2 jalah. kalau Amanie buka mata tapi takde sapa2 kat depan Amanie, mulala Amanie nangis. Maaf ye mama, Amanie bukan apa, Amanie takut plus boring sorang-sorang..kihkih...

Amanie dah besar dah sekarang ni. Tak caya? Tu ha ada bukti. Mana? Tu kat foto tu. Tengok pipi Amanie dah 'landuq' kan. Dagu pun dah cam lagoon ja.hihihi..Dulu masa Amanie baru lahir Amanie kecik ja. Badan Amanie besar sebelah tangan papa ja. Tapak kaki Amanie lak besar ibu jari ja. huhu..Tapi takpe yang penting Amanie dah besar sekarang dan sihat. Ermm..ok lah, Amanie dah taktau nak bebel lagi.

Sunday, September 19, 2010

Amanie : Mandi

Assalammualaikum w.b.t


Amanie kalau bab air suka sangat dia. Masa Amanie baru balik dari hospital hari tu, mama mandikan Amanie ngan air suam, pas mandi tu cepat2 bungkuskan Amanie ngan tuala dan pakaikan baju kat Amanie. Bimbang Amanie kesejukkan. Semua sedia maklumkan Amanie baby pramatang, jadi lemak kat lapisan kulit dia masih kurang untuk hasilkan haba pada tubuhnya. Lepas tu, bila berat Amanie setiap minggu semakin bertambah, mama cuba-cuba mandikan Amanie tanpa mencampurkan dengan air panas. Amanie ok ja sikit pun tak nangis. Sampai la sekarang ni, Amanie mandi dengan air biasa ja tanpa campur ngan air panas lagi dah. Bagus anak mama. Pandai dia tak nak susahkan mama yer. Amanie tak banyak ragamnya. Kalau badan tak bapa sihat ja, dia mula la meragam.

Friday, September 17, 2010

Wajah yang sentiasa buat mama gilabayang bila berjauhan

Assalammualaikum w.b.t

1
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

2
...
...
...
...
...
...
....
...
...
...
...
....
....
....
....
....
.....


muahaha (^ _^)


Thursday, September 16, 2010

Amanie dan Puting Tipu-tipu

Assalammualaikum w.b.t



Mama belikan Amanie puting tipu-tipu. Mama fikir, kalau mama terlambat buat susu untuk Amanie boleh la mama terus sumbat puting tipu-tipu tu dulu kat Amanie. Takdelah Amanie nak start enjin ek ek kan. Rupanya bila mama try sumbat puting tu kt mulut Amanie, tak nak plak dia, siap tolak2 ngan lidah lagi tu. tengok budak2 lain selamber je nyot-nyot puting tipu-tipu ni. Anak mama tak suka eh. Tak suka tak pe lah sayang, lagipun tak elok juga kan ajar puting tipu-tipu nih. Amanie tahu eh amma tipu Amanie. hehehe bijak2..
Membesar dengan sihat dan bijak yer sayangku


Kek Batik Simple

Assalammualaikum w.b.t

Photo dari google
Di kampung juga, Adik ipar (nisah) dan adik mama ( maksu jiha) minta mama buatkan kek batik ni kat diorang. Layankan aja la, lagipun bukan susah mana pun nak buatnya. Meh share resepi cara mama :)

Bahan2
Buttercup
Milo
Susu pekat
Sebungkus biskut marrie dipatah-patahkan
Air

Caranya
1. Panaskan buttercup hingga cair atas api perlahan
2. Gaulkan milo, susu, air hingga sebati. masukkan dalam buttercup yang telah cair itu
3. Masak sehingga menjadi pekat dan berkilat
4. Bila dah masak. tutupkan api dan masukkan biskut marrie. Kacau sebati
5. Masukkan adunan tadi dalam bekas / loyang. Tekan padat2. Sejukkan