Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, November 24, 2010

Bila kamu Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Buat anak mama Nur Aimey Amanie,

Semoga anak mama cepat sihat ye sayang. Mama harap anak mama dapat bersabar. Mama tahu pasti anak mama sorang ni tak selesa kan bila demam. Mama dah bagi ubat kat anak mama, mudah-mudahan anak mama cepat sembuh.

Mama bersedih bila anak mama tak sihat. Tuhan saja yang tahu kerisauan dihati mama. Jika boleh, mama sanggup menjadi pengganti kepada sakitmu wahai anakku. Mama sanggup merasa segala lenguh-lenguh di badanmu ketika demam. Mama sanggup merasa segala ketidakselesaan yang anak mama rasa. Pagi ni, mama rasa panas Amanie dah berkurang dari semalam.

Mama tak lena tidur bila kamu sakit. Kamu asyik merengek-rengek. Mungkin kamu tak selesa. Mungkin kamu lenguh-lenguh. Mungkin kamu sakit kepala. Segalanya mungkin. Kerna kamu tidak tahu bagaimana nak beritahu mama lagi apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui. Kasihan kamu wahai anak. Namun, dalam keadaan kamu tak sihat pun, masih mampu memberikan senyuman manis buat mama. Mama sayang kamu banyak-banyak.
Tuhan sembuhkanlah anakku dari sakitnya.

**Risau memikirkan esok Amanie perlu dicucuk. Adakah akan ditangguhkan jika Amanie demam? Harap ditangguhkan...

0 Bisikan Asmara (::