Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, November 22, 2010

Kau Tetap Kesayangan Kami

Asssalammualaikum w.b.t

Beberapa ketika mama menyepi, sekarang mama kembali (: Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mulakan yang mana satu. Ermm..Tiba-tiba mama terfikir nak berceloteh mengenai puteri kesayangan lagi. Mengenai Amanie ketika dilahirkan dan keadaannya kini.


Foto di atas adalah ketika Amanie masih lagi di wad. Kerap kali mama akan tersentuh hati bila mama lihat Amanie ketika itu. Fizikal Amanie sangat kecil, nampak tulang-tulang macam tak cukup zat. Ketika itu juga, kulit Amanie hitam dan tak comel. Kata-kata dari insan yang tak suka. Namun walau apapun keadaan Amanie, pada mama Amanie tetap bayi yang comel. Amanie anugerah dari ilahi, Amanie ciptaan Tuhan yang maha agung. Terima atau tidak, segala kata hinaan buat Amanie, seolah-olah hinaan juga dengan ciptaan DIA. Tak jejas sikit pun dengan kebencian mereka, kerana mama tahu terlalu ramai insan yang menyayangi Amanie.


Tengok keadaan Amanie kini. Semakin hari semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan untuk anak mama. Suatu pemberian yang amat besar buat mama. Semakin hari, mama lihat Amanie semakin berbeza, kulitnya tak seperti ketika di awal kelahirannya. Kuasa tuhan. Kuasa manusia sangatlah terbatas. Hitam atau putih, comel atau hodoh, itu hanya luaran. Apa yang penting dalaman haruslah bersih. Amanie sayang, walau apapun keadaanmu, mama dan papa tetap sayang kamu dunia akhirat.

0 Bisikan Asmara (::