Assalammualaikum w.b.t
Mulanya mama dok heran dan pelik la, kenapa tangan Amanie cam ada bintik-bintik kecil, lebih kurang parut kecil la. Ingatkan mama ja yang perasan, tak sangka papa pun perasan jugak. Banyak jugak la parut tu. Dua-dua belah tangan pun ada yer.
Masa Amanie admit hari tu, Amanie kena amik darah untuk testing samada kes denggi ke takkan. masa tu papa tanya kat mama, "mama tau tak bintik-bintik kat tangan Amanie tu pasal pe"? Mama bagitau tak tahu la kan, dah sememangnya tak tahu pun. Pastu papa bagitau, papa baru ja sedar, bintik-bintik kat tangan Amanie tu adalah bekas doktor cucuk amik darah Amanie. Mama terus, aaa la kannn. Dulu kan Amanie duduk lama kat hospital. Sepanjang dia duduk sana, doktor asyik la duk amik darah, juga duk masukkan drip segala mak nenek la. Ermm semua yang Amanie alami suatu ketika dulu meninggalkan kesan yang kekal.
Kat bahagian antara dada dan perut Amanie pun meninggalkan parut luka. Tak silap mama parut tu disebabkan tampalan wayar nadi. Bayangkan, boleh nurse-nurse kat situ tampal ngan salotip (tak tau la eja camna). Dah la Amanie kecik, kulitnya sangat la halus dan nipis masa tu. Mau tak terkoyakkan. Mama marah, diorang wat tak reti. Mesti diorang cakap mama ni kecoh kan. Ye aar itu bukan anak korang-korang, sebab tu ala balai je wat keja. Mestilah mama kecoh, dah anak mama. kalau anak orang takdenya mama nak kecoh-kecoh. Huhuhu...Kenangan Amanie semasa tinggal di hospital. Tiada yang manis-manis, semuanya pahit-pahit belaka.
Banyak parut-parut tu, tapi kat dalam foto ni tak jelas pulak. Ermm yang parut kat dada Amanie tu mama dah amik foto tapi nak uplode tadi cek2 tak dak lak dalam list pen drive mama. Mukin dah delete.
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment