Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, November 25, 2010

Mama pun Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Semalam mama sakit perut lagi. Kali ni sekali dengan cherry berry ye. Huhuhu..Rasa letih ja dan malas nak lakukan segala. Mama tak larat sangat nak masak untuk dinner, jadi papa tapaukan saja. Nasi goreng ayam untuk papa dan bihun sup untuk mama. Selera makan mama juga berkurangan.huhu..Mama makan sikit je. Bihun sup tu tak sedap.

Amanie pulak masih merengek-rengek. Kesian dia. Dah la demam, mama lak tak berapa nak layan dia sangat. Mama tak larat sangat. Papa yang duk layan Amanie. Kan apa, Amanie kalau nampak mama makin menjadi-jadi merengek tu. Manja betul dia dengan mama. Malam-malam kalau dia terjaga dari tidur untuk menyusu, bila terpandang mama ada ja mula la dia pasang volume dia tu. Kalau papa yang tidur sebelah dia, takdelah pulak dia nak nangis bagai. Amanie, Amanie, manja sangat la kamu.

Pagi-pagi lagi, mama dan papa dah bawa Amanie ke RSAT  (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk check up enam bulan. Kena cucuk lagi. Berat Amanie sekarang 5.5kg. Sikit ja pertambahan berat badan dia. Mungkin sebab demam kot. Mama perasan bila Amanie demam, susu jarang dia habiskan. Mungkin takde selera. Macam orang besar-besar juga kot. Tiap kali demam mulut terasa pahit je, tekak tiada selera. Macam tu kot. Nasib la orang tak ramai sangat hari ni. Tak perlu lah menunggu lama-lama kat situ. Risau kalau lama-lama kat situ, nanti Amanie buat perangai macam bulan lepas. Jenuh mama nak memujuk dia. Kalau mama sihat mama tak kisah, ini mama pun sakit juga.

Lepas settle kan chec up Amanie, mama pulak masuk jumpa doktor. Ambik ubat. tak tahan rasa dok tanggung sakit, pastu dok ulang-ulang masuk rumah kecik..huhuhu... PAling penting mama nak cepat-cepat sembuh, nanti bleh layankan karenah Amanie. Terkejut mama, banyak betol la ubat yang doktor bagi. Huhuu..mau tak mau kena la makan jugak kan. Kata nak cepat baik. Dan yang paling penting tiada ubat dalam bentuk cecair sebab mama memang tak suka. Lepas antarkan Amanie kat BS, terus mama ke ofis. Sesampai di ofis terus mama makan ubat yang ambil tadi. Alhamdulillah sekarang ni tiada lagi rasa memulas-mulas dan rasa untuk memerut.

1 Bisikan Asmara (::

Cik Jue said...

budak kecik biaslah begitu...setiap bulan pasti deman nak beralih bulan...moga mama n amanie cepat sembuh ok..salam kenal dari Cik Jue