Assalammualaikum w.b.t
Anak mama makin membesar. Mood pun dah berbagai-bagai dah. Kejap mood bagus, kejap lagi pulak mood buruk sangat. Nak kena babab ni. Besa tuuu.. Lagi dua hari genap la umur Amanie 6 bulan. Kira aci la mama updatekan pasal perkembangan dia. Stock ketandusan idea :)
- Amanie dah pandai meniarap. Pantang baringkan dia kat bawah, mesti dia meniarap.
- Amanie sangat suka membebel dan terjerit-jerit.
- Amanie dah mula melompat-lompat si katak lompat bila orang pegang dia. azab juga la orang yang pegang dia tu
- Amanie dah pandai pegang benda. Paling mama suka bila Amanie pegang botol susunya. Kejap-kejap dia pegang cam biasa elok-elok ja. Bila dia bosan mungkin mula la dia tunggang kemain lagi botol tu. yang paling best, bila susu dah habis, terus dia lepaskan botol tu.hihihi...
- Amanie dah pandai juga melalak sakan sekarang ni.huhuhu..mana la dia belajar eh. Dulu, ekek sikit je, sekarang ni tak main la ekek, uwaarghhhh mau tau la.
- Amanie masih lagi suka bermain air liur. Hobi buat buih-buih. Habis rambut mama
- Amanie dah demand sekarang ni. pilih-pilih orang nak mesra. Orang yang dia tak kenal, tak mahu. Kalau amik juga menangis jawabnya
- Amanie suka dengar muzik. Bila papa buka lagu, kemain lagi Amanie tersengih-sengih sambil lompat-lompat
- Amanie dah pandai mamam. Mama bagi makan nestum beras. Nanti mama wat bubur nasi ye sayang.
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment