Assalammualaikum w.b.t
Aidiladha tahun ni keluarga kecil kami sambut disebelah keluarga mama dulu. Hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah bakal tunang adikku (Siti). Saja kunjungan balas.huhuhu...Selesai menjamu selera dan beramah mesra lebih kurang, kami semua beransur pulang. tapi tak balik ke rumah terus, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Felda bukit Tangga, rumah makcikku. Petang sudah, baru kami balik. kemudian sesi mengemaskan barang-barang pula untuk ke rumah MIL pula. Esok beraya kat sana.
Esoknya, kami bersama keluarga MIL ke rumah kak mah, dia buat kenduri korban. Lepas balik dari situ terus singgah kat umah wa. Amanie, sepanjang hari raya ni sangatlah buat perangai. letih mama duk melayan dia. Kat penang takde plak dia berperangai begitu. Anak oh anak...Balik agak lewat dari rumah wa, kerana laluan terhalang. Lori baja terbalik menghalang laluan keluar. huhu..
Cerita hari raya yang sangat pendek. Sunyi je aidiladha di kali ini.
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment