Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, November 12, 2010

Kisah Apple & Bubur Nasi Carrot

Assalammualaikum w.b.t


Semalam sangat sibuk sekali berkerja sampaikan di waktu rehat pun, mama asyik la dok menyiapkan segala mak nenek report. Report-report tu semua perlu dihantar dengan segera ke KL. Jadi tak sempatlah nak update blog. 2 hari lepas, mama merajinkan diri membuat puri epal untuk Amanie. Saja nak bagi Amanie cuba-cuba. Sebelum mencuba sesuatu makanan untuk Amanie, Doktor Amanie dan mak la menjadi tempat rujukan utama. Bila mereka bagi greenlight, mama pun meneruskan agenda mempelbagaikan makanan untuk Amanie:)
Puri epal - Masa mama suapkan Amanie puri ni, muka dia menunjukkan cam reaksi peli-pelik.hihi...baru pertama kali mencubakan. Haruslah dia merasa pelik. Entah apa la yang mama dia bagi makan tu. Walaupun pelik-pelik, Amanie masih lagi mengangakan mulutnya untuk merasa lagi. Kali ketiga suapan dia macam geli-geleman pulak.hihi..Terus mama stop suap.


Bubur nasi carrot lak, mama masak hari ni untuk Amanie. Mama nak dia try bubur nasi pulak. Mama tak letak garam, sebab dari pembacaan mama, garam dan gula tak boleh diberikan kepada bayi sebab boleh merosakkan buah pinggangnya. Organ bayi belum kuat untuk memproses bahan itu. tak sabar nak balik dari keja, nak tanya BS Amanie, camna penerimaan Amanie pada bubur nasi tu. :) Untuk menambahkan rasa, mama suh BS Amanie campurkan bubur tu dengan sikit susu.
Masa usia Amanie 5bulan lebih-lebih, lebih kurang 2minggu nak masuk 6bulan, mama dah pun perkenalkan Amanie dengan Nestum beras. Mama buat bagi cair-cair, bimbang jugak kot-kot Amanie tak leh terima atau powpow susah. Tapi sampai hari ni, mama tengok Amanie ok-ok ja. Mama bagi makan sari sekali je. ok la kan untuk permulaan. Start bagi makan tu bukan apa, dok dengar susu dok berkocak ja dalam perut dia, tak kejap langsung, tu yang try tu.




0 Bisikan Asmara (::