Assalammualaikum w.b.t
Lately, demam denggi menjadi-jadi di kuaters kediaman kami sekeluarga. Minggu lepas sebelum Deepavali, orang-orang dari Jabatan kesihatan dah datang kuaters untuk sembur ubat tu. Mama tak tau la orang panggil apa asap tu. Jenuh la mama dok larikan Amanie dari dok terhidu asap tu. Last-last tak tau nak lari mana, teus mama bawak Amanie masuk dalam keta.hihihi. Selepas Deepavali pun, orang-orang dari Jabatan kesihatan datang menyembur lagi. BS Amanie pun kena demam denggi jugak. Alhamdulillah dah sihat dah sekarang ni, tapi masih perlu berulang ke klinik kesihatan untuk ambil darah.
Anak kawan papa pun dah admit kat hospital. Dah tiga hari la masuk hari ni. Bahaya la nyamuk Aedes ni. Risau ja mama bila tengok ada kesan gigitan nyamuk kat mana-mana tubuh Amanie. Sekarang mama lebih suka tidokan Amanie dalam kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk tu. Tapi yang mama risau sangat tu, bila Amanie kat umah BS. Kadang-kadang tu masa mama p amik dia dari balik keja, ada juga la bekas gigitan nyamuk kat Amanie. Minta dijauhkan segala penyakit dari anakku. Ini mama nak share sikit fakta mengenai denggi :-
- Demam Denggi - sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina
- Cara penyebaran - melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang mempunyai virus denggi kepada orang yang sihat.
- Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin alami demam mengejut diikuti dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus.
- tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
- lemah dan tidak bermaya
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Sumber : Demam Denggi
*** Mencegah sesuatu penyakit lebih baik daripada merawat
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment