Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, December 09, 2010

Baru Senang Nak Dukung

Assalammualaikum w.b.t

Balik dari kerja, pi ambik Amanie kat rumah BS. Kami bertiga keluar pi Giant. Nak cari puting botol baru untuk Amanie. Sekali papa belikan Amanie baby cariier. Murah je pun, beli pun kat Giant kan ;) Bila dah bayar tu, terus mama testing dukung Amanie guna menda alah tu. Fuh lega rasa, takdelah lenguh-lenguh lagi kan. Amanie pun duduk diam-diam je.hihi..Heran agaknya, napalah dia terkepit gitu. Dah tu asal dongakkan kepala ja mesti nampak muka mama yang comel.hahaha...Bagus-bagus senang la mama nak dukung Amanie lama-lama kan.

Amanie diwaktu petang-petang begini adalah waktu tidurnya. Tapi dah mama dan papa gedik nak bawak dia berjalan jugak terpaksa la menahan mata.hihihi..Masuk ja dalam kereta, ha mula la, papa belum start enjin kereta Amanie start enjinnya dulu. Yelah mata mengantuk perut lapar harus menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kan.huhu...Mama pun sepantas kilat kasi la Amanie mamam susu. Tak lama lepas tu, tidur la dia. Mama dan papa terus ke Sunny Charkotiew. Dah lama tak pekena CKT. Masa makan tu, Amanie masih tidur. Bila dah nak balik baru dia jaga.

0 Bisikan Asmara (::