Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, December 27, 2010

Pencarian Susu Buat Anakku

Assalammualaikum w.b.t

Erm hampir seminggu lebih eh mama tak berblogging. Kekangan masa membataskan segalanya. Cewahh.. Sekarang ni mama dok tercari-cari susu yang sesuai untuk Amanie. Ni adalah susu yang pertama mama perkenalkan untuk Amanie. Susu ni boleh tahan jugak la harga dia. tapi demi Amanie mama dan papa sanggup saja. Tapi rasanya Amanie tak sesuai minum susu ni sebab dia selalu ja muntah-muntah bila minum. Jadi mama dan papa tukar la susu.

 
Kami cuba susu ni pulak untuk Amanie. Amanie pulun sangat minum. Memang sentiasa licin la dia minum. Mama suka sangat. Tapi bab popow pulak yang menjadi masalahnya. Amanie susah sangat nak powpow. sembelit. Tiap kali nak powpow menangis-nangis. kesian anak mama jadi terpaksa tukar lagi.

Mama cuba susu ni pulak untuk Amanie. Habis licin jugak Amanie minum. Powpow pun senang. Alhamdulillah. Selesai sudah pencarian susu yang sesuai buat Amanie. Amanie sekarang dah pun 7 bulan lebih usianya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, mama buat cam biasa susu untuk anak mama. tapi Amanie tak nak minum. Ditolak-tolak dengan lidahnya. Mama pun pelik, selalu dia tak macam tu. Main kejap pastu merengek-rengek. Mama sumbat la lagi susu tu, tak mau jugak. Mama tahu dia lapar tapi dia tak mau minum. Pastu mama bagitau la papa, papa kata tambah sukatan lagi, mama turutkan aja.Alhamdulillah minum juga.
Pastu masa papa dapat gaji, papa terus p beli stock susu untuk Amanie. Di kedai sana, papa call, papa kata kat mama patut la Amanie tak mahu minum, sepatutnya susu Amanie perlu ditukar ke step 2 dah. Aduh macam mana mama leh tak perasaan eh. Amanie dok minum susu Dumex Dulac. So papa belikan yang terbaru Dumex Dupro. Tapi masih sama juga tak mau minum. Minum tu minum jugak la. Cumanya tak pernah habis dah sekarang. Minum cam main-main je. Perlu mencari-cari lagi susu untuk amanie.

Papa suruh cuba lactogen tengok. Erm..suma cuba yang murah-murah kan. Papa cakap kat mama, cuba yang murah-murah dulu. Tak Aanie tak mau juga baru kita cuba yang mahal pulak. Setengah baby tak sesuia dengan yang mahal tapi dengan murah sesuai. Macam kes Amanie yang pertma dulu. Beli yang mahal, tapi ada je problem.huhu..Ok, susu ni pun Amanie tak boleh terima. Dia muntah..kesian anak mama.
Yang ni last try susu yang murah-murah. Kat gambar tu langkah satu, mama ambik yang langkah dua untuk Amanie. Dah cakap kat papa kalau amanie tak sesuai juga ngan susu ni, nak try yang mahal-mahal pulak. Risau wey anak kurang minum susu. Alhamdulillah Amanie suka dengan susu ni. licin licin minum. Powpow pun macam biasa. Selesai sudah pencarian mama untuk anak tersayang. Tapi mama teringin nak bagi Amanie susu S26 Gold. Insyallah rezeki lebih nanti kita try eh sayang. Semua foto kredit to en google.

3 Bisikan Asmara (::

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

tulah bukan senang nak cari susu yang sesuai...tapi try dari yang murah ke ,ahal..anak jue alhamdulilah minum aje dutch lady sampai sekarang...

~daRLee ZuRiS~ said...

memang lah susah kan nak cari susu tak anak nih.cam kysha lah..jenuh tukar2 susu.last2 rupanya dia langsung taknak susu fm dan botol.huhuu...
nasib baik amanie dah jumpa susu yg sesuai.
:)

IedaSyaida said...

cik jue & darleeZuris :
itu la.susah hati je bila anak xmau menyusu.nasib la dah jumpa yang sesuai dengan tekak dia.