Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Tuesday, December 07, 2010

1st Time

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend mama ngan papa saja try-try bawa Amanie p shoping sekali. Kebiasaannya jika nak shoping mama akan tinggalkan Amanie kat BS. Tapi kali ni saja nak bawa. kesian Amanie kan asyik duk rumah ja. dah dekat 7bulan dah umur Amanie tapi mama tak penah sekali pun bawa keluar shoping-shoping dan jalan-jalan. Sorry sayang.. Bukan tak mau bawa tapi bimbang Amanie buat perangai bagai nanti. Habis la mama.hehehe..

Dan untuk pertama kalinya ini, Amanie sangat-sangat la baik. Diam ja dia, bila dah bosan dia membebel-bebel sorang-sorang. Tapi sangat tak sangka dia tak menangis langsung. Kalau dah jadi budak baik camni, nampak gayanya lepas ni dapat la mama dan papa bawak Amanie lagi soping-shoping.

Malam Ahad, papa janji nak bawak mama dan Amanie lepak-lepak kat Quensbay. Tapi sebelum tu papa nak pi ambik kereta kat kawan papa dulu. Kawannya pinjam kereta pulak. Sementara papa pi ambik kereta tu, mama kasi Amanie minum susu dulu bagi kenyang-kenyang dulu nanti takut meragam lak ia. Ada pulak Amanie nak tidur, mama haishhhh kat dia terus buka mata balik.hehehhe..Noty mama tak kasi Amanie tidur lagi. Kata nak jalan harus tak leh tidur lagi yer sayangku. kat Quensbay Mak datuk punyala ramai manusia. nak park kereta pun susah. Amanie pun baik time ni. Anak mama dah besar, mau jalan-jalan dah yer. Mama beli papaya untuk Amanie. Semua dia makan. Bagus-bagus. buah-buahan tempatan bagus untuk kesihatan yer. Masa balik tu, baru Amanie tidur. Suka hati mama dapat bawak Amanie jalan-jalan. tapi kalau maktok kat kampung tahu, mama dan papa bawak Amanie keluar malam-malam ni, habislah kami dua kena bebel. huhu..Itu jelah kisah weekend kami bertiga yang 1st time untuk Amanie :)


p/s : Mama dah lenguh-lenguh dah dukung Amanie tau:)

0 Bisikan Asmara (::