Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, May 19, 2011

Puding Laici MamaSyaida

Assalammualaikum w.b.t

Senang ja nak buat puding ni. semua orang pun mesti pandai buat kan. Campak-campak bahan tu pun mesti jadi punya..hehehehe.. Aku buat ni pun sebab teringin nak makan lepas tu saja nak bagi Amanie merasa juga. Tak la dia boring asyik makan benda yang sama ja hari-hari. Sekarang ni, macam-macam aku nak try buat sendiri. Cuma masa ja yang tak berapa nak cukup sangat. Kalau nak buat jugak kena buat time Amanie tidur boleh la nak buat apapun. Kalau tak jangan harap la yer, Amanie takkan kasi peluang punya kat mama dia ni. penah jugak aku tinggalkan dia kat ruang tamu pastu longgok segala bagai mainan kat depan mata dia. Aku pulak menuju ke dapur la nak masak-masak. Tak sampai 5 minit pasti Amanie pun ke dapur jugak untuk tolong mama. Ya ampunn.. penat hakak tau..kalau letak dalam walker pun tak boleh selesaikan masalah jugak. Lagi la buat darah aku tinggal secamca. Mana taknya, Kat dapur kan ada macam2 rak, Amanie ni kalau dia bekenan ja terus dok pulun nak ambil sampai tertonggeng-tonggeng. Kalau dibiarkan memang jatuh budak tu. Untuk pastikan keselamatan anakku itu lebih baik bagi dia tidur dulu baru start nak masak apa pun. Bukan tak boleh beli, boleh ja tapi lebih puas la buat sendiri. Kalau buat sendiri kuantiti lebih banyak, makan pun puas. Makanlah sampai muntahkan..muahaha.. Kebersihan dah tentu-tentu terjamin, kan kan..Walaupun apa yang aku masak tak la sesedap chef-chef terkemuka, tapi boleh la ikut tekak aku dan suami. Selagi suami tak komplen, ok la kot..hihi..Jangan tak tau, Amanie cukup suka dengan puding ni. Sama naik ngan mama dok pulun makan puding ni..:) walaupun resepi sangat lah senang, aku nak jugak tempek resepi tu kat sini..hahaha..

Puding laici semalam dibuat dalam keadaan yg kelamkabut..huhu..
 Bahan :-
Sebungkus agar2 tali
1 tin susu cair
1 tin buah laici
2000ml air
1 1/2 cawan gula (tambahkan jika suka manis, kurangkan jika x suka manis)
Secubit garam

Caranya:-
1. Basuh agar2. Masak agar2 dan air dalam periuk sampai larut
2. Masukkan gula. Masak sehingga gula larut. Angkat dan tapiskan.
3. Blender laici dan syrupnya.Jangan halus sangat nanti tak rasa buahnya plak
4. Masak semula agar2 yang ditapis tadi. Masukkan susu cair, laici dan secubit garam.Kacau rata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dulu. Sejukkan. Bila dah agk sejuk dan beku simpan dalam freezer. lebih sedap di makan ketika sejuk2..yummy...

0 Bisikan Asmara (::