Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, May 20, 2011

Pelik Ker?

Assalmmualaikum w.b.t


Hari ni genap anak mama setahun 9 hari. Anak mama tak boleh jalan lagi. Sekarang ni kalau kemana-mana then orang akan bertanya umur bapa dah anak u? Bila mama dah jawab terus orang yang bertanya tu menunjukkan muka yang pelik. Samapai mama pun macam kepelikkan juga. kenapa yer? Rupanya diorang pelik anak mama ni tak boleh berjalan lagi. Menurut diorang ada budak yang 9 bulan dah boleh berjalan. yeker? Biarlah anak orang tu boleh berjalan dulu. kenapa nak dibandingkan anak orang tu dengan anak mama kan. Esok-esok pasti anak mama ni pun boleh berjalan macam anak orang yang cepat berjalan tu. pelik sangat ke dalam umur Amanie sebegini dia belum boleh jalan? Setahu aku, perkembangan setiap kanak-kanak tak sama. Ada yang cepat perkembangan mereka dan ada juga yang lambat. Mengapa perlu dipertikaikan. kalau nak tahu, gigi Amanie pun baru tumbuh sebatang ja. Budak lain aku rasa mesti dah dekat nak penuh kot gigi diorang. Tengok tu rambut Amanie pun baru mula nak giat tumbuh. Apa-apa ja lah kan. Biarlah apa orang nak kata, apa tanggapan orang. Yang penting anak mama sihat. Itu sudah cukup, nanti-nanti pasti boleh bejalan, pasti gigi penuh mulut, pasti rambut penuh kepala. Apa nak heran sangat kan. Amanie tak pernah pelik di mata mama dan papa. itu sudah cukup..Mama & papa sayang Amanie sepenuh jiwa dan raga.

0 Bisikan Asmara (::