Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, October 05, 2011

kisah dongeng



Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

p/s: suka dengar lagu ni..syokkk:)

NEVER MAKE WOMEN CRY... :)

Assalammualaikum w.b.t


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana
Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin
dan memberi kekuatan baru.

Monday, September 26, 2011

Ke Batu Feringgi

Assalammualikum w.b.t

Di hari minggu, bila dah tak balik kampung dan kebosanan menghantui jiwa masing-masing, akhirnya abang mengajak kami rilek-rilek kat Batu Feringgi. Kami p bertiga saja, aku, abang dan Amanie. Adik Oun keja jadi tak dapat la bawa dia bersama. lagipun ini plan yang tak dirancang pun. Kalau rancang haruslah awal pagi lagi dah p dah. Ini Jam 2 lebih kurang baru tehegeh-hegeh nak keluar rumah. Nasib la bila sampai kat sana jumpa parking yang dekat-dekat. Selalunya kalau p susah sangat nak dapat parking. Semua penuh. Tapi nasib kami ok hari tu. Nak kata orang tak ramai, ramai jugak la.

Saja jalan-jalan kat gerai-gerai kat situ. Dok usha-usha pelampung. Saja je pun. Tapi alih-alih abang nak beli pulak. Layan kan ajalah. Abang siap beli dengan short tuk dia lagi. Kami p sana tak dak bawa baju pendua pun.Baju pendua ada ke yer. hahaha..ye yer ja baju pendua. Tapi untuk Amanie adalah aku bawakan baju pendua untuk dia. Niat kami ke sana hanya untuk jalan-jalan kat atas pasir tu ja dan biar Amanie bermain-main pasir kat gigi-gigi pantai je. tapi dah jadi lain pulak. Abang teruja lak nak bawak Amanie berendam dalam laut tu. Aku ni macam worried jugak la. tak tahu nak cakap macam mana tapi aku memang takut la dengan laut tapi dalam masa yang sama aku suka permandangannya dan juga deru ombaknya. Cakap banyak pun tak gunakan. Layan gambar jelah..







dah macam minah indon dah mama ni:)

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi bila uplod gambar senget-senget lak. Tak tahu nak rotate jadi tak masuk langsung senang. Daripada dok sakit leher teleng-teleng tengok gambar tu baik tak payah masuk ye dakk..huhu...

Alkisah Malam Semalam

Assalammualaikum w.b.t

Hujan pulak pagi ni..Sejuk jer.Best. Kalau kat rumah ni pasti masih belingkar lagi bersama puteri kesayangan. Semalam entah jam berapa pulak la Amanie tidur. Dalam 10.30pm macam tu dia dah tidur. Tapi dalam 1am something dia dah jaga la pulak. Aduyaiii masak aku macam ni. Mata dah ngantuk gila. Ni semua gara-gara abang la ni dok memberus apa tah kat bilik air tu pagi-pagi buta macam tu. Sampaikan Amanie pun terjaga dengan matanya yg membulat, siap dok tegur-tegur orang lagi tu, menandakan dia dah cargas balik la tu. Dalam erti kata lain energy dia dah mari balik.huhuhu..

Aku biarkan saja Amanie. Tak larat dah nak layan kerenah dia. Bila dia dok membebel aku tak layan, tetiba terasa la tangan kecik molek tu dok tepuk-tepuk lak muka aku ni suruh layan dia jugak. Aduiii la anak..Abang pun buat tak tau kat dia. Sampai kesudah kami biarkan dia. Kesian anak mama.hehehe..sorry sayang mama ngantuk sangat. Tapi sebelum biarkan dia main sorang-sorang tu, kami make sure keadaan sekeliling tidak membahayakan, tutup semua pintu bilik dan juga bilik air serta tutup semua lampu kecuali lampu dapur. Jadi keadaan sekeliling menjadi agak suram, Amanie tak akan pergi kemana-mana. Dia hanya bermain disekitar tempat kami tidur ja.

Jam 5am camtu lebih kurang aku terjaga nak ter.... lahh hahahha..Tengok-tengok Amanie dok tidur menonggeng kat kaki aku. kepala dia ke kaki aku, kaki dia ke kepala aku lak.eh cupcup silap, kaki dia ke paha aku. Amanie kan pendek lagi..hehehe..Terus aku alihkan dia ke kedudukan asal balik..

Friday, September 23, 2011

Layannnn Ajaaaa...

Assalammualaikum w.b.t




Rasa-rasa dah ramai kot layan cerita ni. Haa aku plak baru semalam layan cerita ni..Ok jugak la, best jugak boleh buatkan kami bertiga gelak-gelak. Cerita yang penuh dengan kontrevasi panas baru-baru ini berkaitan isu menghina Islam. Pada aku, entahlah yer tak tahu nak komen macam mana? Setiap orang ada tafsiran mereka sendiri. huhuhu...

Selepas Amanie jatuh tu kan aku bagi dia tidur kan. Abang dok la tekan p mai p mai remote astro tu. Semua channel takde citer best. Kebetulan diorang beli dvd Hantu Bonceng dan citer Mr Beans tu.. Abang buka la citer Hantu Bonceng tu. Makanya dapat lah aku menonton dengan aman tanpa gangguan anak dara kesayangan aku tuh. Hehehehe..Malam ni kalau takder cerita best, mungkin nak tengok cerita Mr Bean pulak. Hahahaaha mesti lawak kan...

Tu jalah nak bebel pagi ni... Warm up sebelum bekerja dengan tekun kot..kahkahkah..

Maafkan Mama Sayang

Assalammualaikum w.b.t

Tadi, abang p pasar malam membeli keperluan dapur. Aku malas nak ikut sekali sebabnya xda sebab.huhuhu...Abang balik agak lambat jugak.Jam 9malam lebih2 macam tu baru sampai umah. Aku ni biasa la kalau lewat-lewat, jadi pemalas sket nak masuk dapur. Kalau nak masak biar masak awal-awal jadi nanti leh la aku berehat-rehat bersama amanie. Tapi tu la terpaksa jugak aku bersilat di dapur menyediakan makan malam untuk abang dan adikku. Kenapa untuk mereka ja? Untuk aku tak perlu ke? Untuk  aku awal-awal lg aku dh suruhkan abang tapau laksa. Mereka berdua tak tapau apa-apapun, begitulah kekdahnya. huhu.. hakak jugak la yang penat didapur. mana dengan Amanie yang tersangat la rajin nak masuk dapur jugak.  Bila aku bising-bising baru la papa Amanie datang aambil dia.

Masa aku tengah berhempas-pulas di dapur, tiba-tiba aku terdengar Amanie menangis. Mesti dah jatuh la tu. Amanie suka sangat begayut kt meja. Dia pegang meja dengan dua-dua tangan dia. Bila badan dah tergantung tu dia akan ayun-ayunkan badan dia. Aku ingatkan jatuh biasa-biasa ja tapi Adikku bagitau yang Amanie berdarah. Haaaaa bedarah. Terus aku berlari dapatkan Amanie. Berderau jugaklah darah aku bila tengok darah banyak kat mulut Amanie.. Takut aku...Abang ambil tisu lap-lapkan mulut Amanie. Mulut dan gigi dia luka. kesian Amanie. Tak sampai 5 minit pun Amanie dah behenti dari menangis. Itulah anakku, selalu begitu. Kira macam tahan sakit jugak la. Sejujurnya aku ni yang tak tahan tengok Amanie sakit atau luka. Terasa bersalah sebab tak duduk bersantai besama Amanie. Selalunya time begini kami bermain bersama. Maafkan mama sayang.

Sekarang ni, Amanie dah tidur. Dah lama dah dia tidur. Selepas dia jatuh tu, terus aku buatkan susu untuk dia then dodoikan dia tido.Abang pulak keluar dengan kawan dia. Aku tak kisah sangat. At least dapat jugak abang hilangkan stress dia setelah seharian bekerja. Adik aku pun dah masuk tidur jugak. aku ja yang masih dok lippoklippok lagi tak leh tidur. Dah tak leh tidur terus update blog la. huhuhu.. Seriously, di usia Amanie beginilah mencabar buat aku. Terlalu mencabar. Amanie sangat aktif tak tahu nak duduk diam. Ada ja benda yang nak diterokanya. Biasalah budak yang sedang membesar memang macam tu kan. Orang kata kalau tak boleh sakit tak sah. huhu... Cumanya kita yang melihat ni tak tahan. Aku terkilan bila benda seperti ini berlaku. Terasa seolah kecuaian aku dalam menjaga Amanie. Maafkan mama ye sayang. good night and sweet dream yeah...


















Wednesday, September 14, 2011

Redha Menjadi Insan Kedua

Assalammualaikum w.b.t

Selalunya aku sentiasa menjadi insan yang pertama didahulukan dalam apa-apa hal. Sedari kecil lagi aku sentiasa didahulukan. Akulah yang pertama dalam keluarga dan aku jugalah yang pertama di hati sang suamiku. Tapi kini semuanya berubah. Berubah sejak kehadirannya. Apa-apa sahaja mesti si dia yang didahulukan. Kasih sang suami sudah beralih arah. Di mana janji-janji manismu sebelum ini sang suami? Owh sungguh tidak kusangka begini pengakhirannya. Lagi parah duka laraku ini, bilamana kasih keluargaku juga turut beralih arah kepada si dia. Semua orang melebih-lebihkan si dia dari diriku. Apa lebihnya dia, apa kurangnya aku? Aku pasrahhh...Ni la dia, insan yang yang merebut kasih sayang semua orang dari diriku ini...huhuhu

**********
**********
**********
**********
**********
**********
**********
**********
**********
**********



Suka la tu jadi insan pertama:)



Si gadis kat atas tu la yang menjadi insan pertama kat hati semua orang sekarang ni. Hahaha..Dan dan tu juga la aku menjadi insan kedua. Sang suami time nak p kerja pasti diciumnya si gadis itu dulu, kendiannya baru la memberi ciuman untuk diriku ini. Begitu juga time balik keja and time untuk tido di malam hari..Kalau dahulu pastinya akan ditanya aku sudah makan ke belum, tapi kini tidak lagi. Yang ditanya pastilah si gadis dah makan ke belum, kemudian barulah bertanya tentang aku pula. Aku pasrah seikhlas hatiku.. Hahahaha. Apa da yang aku merepek ni. Lapar mungkin sebab tu la merepek-repek ja ni. Apapun menjadi insan kedua untuk si gadis ini tak apalah. Jangan sang suami beralih kasih dan cintanya kepada insan yang lain sudah lah. Huhuhu..tak terbayang dek akal lah kalau semua itu terjadi. Minta dijauhkan lah semua itu dari kehidupan keluarga kami ini. Semoga kehidupan keluarga kecilku ini sentiasa aman sentosa dan harmoni selamanya...Amin...

Friday, August 26, 2011

Mula-mula Sedih..Lepas tu Happy:)

Assalammualikum w.b.t


Pagi tadi dapat mesej dari adikku si siti di FB..Dia bagitau pasal Amanie..Sedihnyer fikir-fikir balik. Mesti Amanie pun rindu jugakkan kat mama dan papa. Cuma Amanie tak tahu nak bagitau sapa-sapa ja. Kesian anak mama ni. Terus takde mood dah mama ni. Nak wat keja pun tak semangat.huhu.. Rindunya mama kat Amanie.huhuhu..Dapat tau ja pasal Amanie, terus mama call maktok. Maktok kata munkin Amanie tingat kat mama dan papa. Sebab bila ada keta lalu ja depan umah mesti Amanie pulun p kat pintu sambil dok jengok-jengok.. Ya allah... kesiannyer Amanie. amanie rindu mama dan papa eh!!! mama dan papa pun rindu Amanie sangat-sangat tauu....huhuhu..

Lepas tu mak aku cakap dia nak mai penang. nanti balik kampung sekali dengan kami isnin nanti. terus aku macam happy-happy dah. Mak kata nanti dulu mak tya ayah. kalau ayah ok, mak mai ler..Aku pun tertunggu-tunggu la. mak jadi ke tak mai ni. Tiba-tiba adik aku yang bongsu si jiha call, dia bagitau mak jadi mai. Mak mai sekali ngan adikku Jiha dan sepupu aku Shira. Depa mai dengan bas..Nanti aku ngan abang p amik depa kat Butterworth nuuu..Tak sabar nak tunggu depa suma sampai. Aku dah suka dah ni..amanie sabar yer sayang nanti kita jumpa.. love u sayang. Mak, ceq sayang mak juga lah.. mak faham apa yang ceq dan Amanie rasa. Tima kasih mak..


aku yg rindu-rinduan



Kueh Raya

Assalammualikum w.b.t

Tinggal berapa hari ja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula bertandang. Sekarang ni mood aku rindu-rinduan. Rindu kat sapa eh. For sure kat anak dara aku sorang tu. Sebenarnya dah seminggu dah Amanie kat kampung dijaga oleh maktoknya. Last week, kami hantar dia balik kampung sebab pengasuh Amanie dah balik kampung ini minggu. Disebabkan aku dan abang masih bekerja makanya keputusan seprti itulah yang terpaksa diambil. Terpaksa berjauhan dengan Amanie..Terpaksa okey bukan suka-suka yer..huhu..sedihnyerrr

Memandangkan Amanie kat kampung, aku pun menyibukkan diri membuat kueh raya. Tak pernah-pernah ni buat kueh raya ni. Selalunya buat kueh tunjuk-tunjuk ja. Tapi kali ni terlebih rajin pulak. Bukan apa, memandangkan berjauhan dengan Amanie jadi aku cuma menyibukkan diri agar tak terlalu la asyik dok ingat kat puteri kesayangan tu. Tak banyak pun buat. empat jenis ja. Resepi suma google je..hahhaha...Yang bestnyer abang pun turut membantu. Selalu malam abang suka jugak keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan dia. Tapi since aku dok buat kueh raya ni, menempek plak dia kat umah. Rajin pulak tu dok tolong aku...hihihi..Aku uli doh, abang plak tolong terap kueh tu...Riuh rendah jugaklah umah kami walaupun Amanie takde. Best best dengan suasana seperti itu..:)

Biskut Coklat oat Crispy
Biskut Bebola Confleks
Tart nanas Nyonya
Honey Confleks

Budak noty yang selalu mama rindui...rindu kamu sgt2..


Wednesday, July 27, 2011

GOOD NEWS!!!

Assalammualaikum w.b.t

Guess what guys???haha..Last week kami dpt good newsss..stlh hampir 2 bln ++ menunggu loan approve finally approve jugakkk...! And supprise kami dapat corner lot. Alhamdulillah..tak sangka ada juga rezeki buat kami. Maybe rezeki Amanie kot..Happy sangat-sangat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.. alhamdulillah impian utk memiliki rumah sendiri smakin termakbul..hehe.Tau-tau ja result tu terus automaticly otak pikir nk bt konsep ape utk rumah baru kami..Berfikir dengan ligat...hehehe!actually dah ade konsep tp confius la sbb byk sgt choice..adoiiiyaiii..so, next week 1 August nanti abang akan ke KL utk sign segala wuteva aggrement yg memerlukan signnyer...Abg p sorang je sebab bajet kurang kot utk aku ikut besama..Lagipun aku kena simpan cuti utk hari raya nanti..huhuhu...Tapiiii kan,,,aku terasa macam nak ikut jugak..huhu...


Lebih kurang gini la design rumah kami nanti :)
tak sangka sgt nak dapat lot ni..alhamdulillah...
mama & Amanie, ketika melawat tapak projek..hahaha

Monday, July 18, 2011

Amanie Driving..

Assalammualaikum w.b.t

Yuppp,,, Semalam Amanie driving uols..Betol aku tak tipu..hihihi..Amanie driving kat dalam Giant ja pun..Ala naik kereta control 5 minit, RM3...Mula-mula nak bagi naik tu cam was-was jugak risau kot-kot Amanie wat perangai comey tak mau duduk dalam kereta tu. Rupanya dia excited kemain duduk dalam tu..Yang bestnye bila nampak mama ja terus dok beralih tengok-tengok mama kat belakang..Nak bagitau mama best ehh dok dalam tu..Bila orang pegang dia, mula la dok jerit-jerit tak puas hati..anak mama memang suka menjerit mehh..huhuhu...Lepas main-main, kami relax-relax sambil makan-makan. Amanie makan kentang goreng ja..Pulun lak tu makan..Penat driving kot..hahaha...
Ok, sayang nanti kita ajak papa p main-main lagi kat sana eh..



Sekian...

Thursday, June 23, 2011

Wedding Adikku Part 3 - Majlis Sebelah Pengantin Lelaki

Assalammualikum w.b.t

Biar gambar menceritakan segala-galanya..huhu...

Wedding Adikku Part 2 - Majlis Sebelah Pengantin Perempuan

Assalammualaikum w.b.t

Sabtu 4 Jun 2011

Bajet good2 ja kan dok buat entry part-part ni.hihihi.. Bukan apa supaya tak serabut mata melihat.. Boleh magrain ooo jika muntahkan segalanya sekaligus..kihkih.. Kalau yang tadi pasal akad nikah, yang ni pulak al kisahnya semasa majlis kat rumah kami pulak..Tarikh ni, punya la banyak kenduri. Tetamu yang datang tu rasanya dah pi pekena nasi minyak dah bapa buah rumah kenduri agaknya..hihihi..Hari ni best sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan study dulu-dulu. Nak dijadikan cerita, sama-sama pengantin lelaki sampai dan bersiap sedia nak menjamu selera hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Seolah-olah turut meraikan..hahaha.. Nasib la pengantin tak basah kuyup yer.. Maunyer hujan turun time berarak, tak lintang pukang pengantin perempuan lari meninggalkan pengantin lelaki..hahaha..Motif takut make up tanggal..haihhh apa yang aku mengarut ni...erm tapi sad la, gambar dengan family aku dan kawan-kawan aku belom siap lagi. Gambar yang aku nak pamerkan ni hasil snap dari kami-kami yang tak bertauliah dan hasil kidnap dari FB adik aku yang kawin ni la.kuikuikui...layan kan ajalah..

Kami yang interprame dulu dan nak jugak glomour...kihkih

My brother yang menyibuk ja








Ni baru gambar pengantin :)



And fovourite picture of the day... :)

                                                         ?????

                                                         ?????

                                                         ?????

                                                         ?????

                                                         ?????


Opppsss terlebih sudahhh..hihihikk