Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, September 26, 2011

Alkisah Malam Semalam

Assalammualaikum w.b.t

Hujan pulak pagi ni..Sejuk jer.Best. Kalau kat rumah ni pasti masih belingkar lagi bersama puteri kesayangan. Semalam entah jam berapa pulak la Amanie tidur. Dalam 10.30pm macam tu dia dah tidur. Tapi dalam 1am something dia dah jaga la pulak. Aduyaiii masak aku macam ni. Mata dah ngantuk gila. Ni semua gara-gara abang la ni dok memberus apa tah kat bilik air tu pagi-pagi buta macam tu. Sampaikan Amanie pun terjaga dengan matanya yg membulat, siap dok tegur-tegur orang lagi tu, menandakan dia dah cargas balik la tu. Dalam erti kata lain energy dia dah mari balik.huhuhu..

Aku biarkan saja Amanie. Tak larat dah nak layan kerenah dia. Bila dia dok membebel aku tak layan, tetiba terasa la tangan kecik molek tu dok tepuk-tepuk lak muka aku ni suruh layan dia jugak. Aduiii la anak..Abang pun buat tak tau kat dia. Sampai kesudah kami biarkan dia. Kesian anak mama.hehehe..sorry sayang mama ngantuk sangat. Tapi sebelum biarkan dia main sorang-sorang tu, kami make sure keadaan sekeliling tidak membahayakan, tutup semua pintu bilik dan juga bilik air serta tutup semua lampu kecuali lampu dapur. Jadi keadaan sekeliling menjadi agak suram, Amanie tak akan pergi kemana-mana. Dia hanya bermain disekitar tempat kami tidur ja.

Jam 5am camtu lebih kurang aku terjaga nak ter.... lahh hahahha..Tengok-tengok Amanie dok tidur menonggeng kat kaki aku. kepala dia ke kaki aku, kaki dia ke kepala aku lak.eh cupcup silap, kaki dia ke paha aku. Amanie kan pendek lagi..hehehe..Terus aku alihkan dia ke kedudukan asal balik..

0 Bisikan Asmara (::